Jom Kenali KPMJ!

1.     Apa itu KPMJ

Kelab Peguam Muda Jordan adalah satu kelab yang berorientasikan Karier Guaman, Kehakiman dan Latihan Undang-Undang bagi membentuk pelapis Institusi Guaman dan Mahkamah Syariah Malaysia di masa akan datang.

Ini adalah satu medium untuk Mahasiswa Jordan membina karakter dan potensi ke arah melahirkan tenaga profesional berdasarkan kepada perkongsian pintar melalui modul-modul tersusun khususnya untuk pelajar jurusan Syariah (Fiqh wa Usul).

KPMJ ditubuhkan pada 19 JULAI 2011 hasil cetusan idea Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Dato' Zainul Rijal Bin Abu Bakar (PPMM) dan telah dirasmikan penubuhannya oleh YAB Dato' Seri Jamil Khir Baharom Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Amman Jordan.

2.     KPMJ bernaung dibawah siapa?

Institusi yang menjadi penaung utama kepada kelab ini adalah Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Education Malaysia Jordan (EMJ) serta Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ).

3.     Kalau masuk kelab ni 'confirm' boleh jadi 'lawyer' ke?

Tidak. KPMJ hanya berfungsi sebagai satu medium atau 'wasilah' untuk Mahasiswa mengetahui langkah yang boleh mereka ambil untuk menceburi bidang guaman. Tambahan pula fungsi kelab ini bukan sekadar untuk membuka peluang kerjaya, malah untuk mendedahkan mahasiswa kepada isu - isu berkaitan bidang perundangan di Malaysia. 

4.     Tajaan DSLP tu berlaku dalam tempoh pengajian ke?

Tidak . DSLP atau singkatan kepada Diploma in Syariah and Legal Practice akan berlaku selepas tamat tempoh pengajian di sini, iaitu selepas 4 tahun mengikut kebiasaannya. Selepas tamat pengajian di sini, para mahasiswa yang yang mengikuti DSLP ini akan mengikuti pengajian dalam tempoh antara 9 hingga 15 bulan di UiTM.

Ia merupakan sistem Pengajian Jarak Jauh dan bukan Pengajian Sepenuh Masa. Kuliyah hanya akan berlangsung pada hujung minggu sahaja. Manakala untuk hari selainya(bukan hari minggu), para pelajar yang mendapat tajaan DSLP, mereka perlu berpraktikal atau membuat latihan dalam kamar di firma-firma mereka yang terpilih.

5.     Macam mana nak jadi 'lawyer' tapi taknak sertai interview DSLP?

Ada negeri yang perlukan DSLP untuk jadi peguam dan ada negeri yang
tidak memerlukannya. Jadi, untuk negeri yang tidak memerlukan DSLP,
kalian boleh buat permohonan di mana - mana firma, dan perlu duduki
peperiksaan dan temuduga.

6.     Apa itu Pegawai suluh dan cara nak jadi?

Sebelum membincangkan berkenaan pegawai Sulh, jom kita berkenalan dengan Sulh terlebih dahulu. Sulh adalah suatu perjanjian yang dimeterai bagi menyelesaikan perselisihan atau pertikaian di antara pihak-pihak yang beragama Islam.

Di dalam amalan perundangan sivil ianya disebut MEDIATION. Dengan kata lain, para ulama fiqh mentakrifkan Sulh sebagai satu ikatan perjanjian atau kontrak bersama untuk mencapai kompromi perdamaian antara dua atau lebih pihak yang berselisih faham atau pertikaian. Amalan sulh juga telah diamalkan di dalam bidang mu’amalat Islam.

Manakala, Pegawai Sulh adalah wakil yang mempengerusikan Majlis Sulh untuk memeteraikan bagi menyelesaikan perselisihan atau pertikaian antara Plaintif dan Defendan. Pegawai Sulh adalah bertindak sebagai mengundang kepada pihak-pihak untuk berbincang dalam sesi perundingan secara langsung bagi mencapai penyelesaian secara damai dan sukarela. 

Seterusnya, cara nak jadi Pegawai Sulh adalah sama seperti menjadi Pegawai Syariah yang lain. Pegawai suluh merupakan jawatan awal bagi sesiapa yang baru menyertai Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM ) dengan Gred LS 42 , di mana dalam tempoh ini kalian akan diletakkan di pelbagai bahagian TERMASUK sebagai pegawai suluh. Dalam erti kata lain, jawatan ini BUKAN suatu pilihan.

7.     Kelebihan menjadi ahli? 

Ahli KPMJ dibahagikan kepada 2 kategori :

Ahli Rasmi 
  1. §  Jurusan Feqh wa Usuluhu (Ijazah Sarjana Muda)
  2. §  Individu yang pernah sertai Summer Pre-Chambering
  3. §  Individu yang pernah menduduki temuduga DSLP KPMJ.

**(Individu yang memenuhi salah satu daripada syarat di atas layak bergelar AHLI RASMI)

Ahli Bersekutu 
  • §  Individu daripada jurusan selain Feqh wa Usuluhu (etc : Usuluddin, Dirasat Islamiyah, Bahasa Arab, Iqtisod Islami, Medic, Dentist)

Kelebihan Ahli RASMI.
  • §  Layak diundi dan mengundi didalam KPMJii.
  • §  Layak mengikuti keseluruhan aktiviti anjuran KPMJ kecuali ada sabitan yang dikeluarkan olehAhli Majlis Tertinggi KPMJ yang tidak membenarkan ahli tersebut mengikuti program atau aktiviti yang dianjurkan.
  • §  Mendapat keistimewaan untuk sertai program yang dianjurkan oleh KPMJ dengan pembayaran yuran penyertaan yang rendah berbanding dengan bukan ahli.

Kelebihan Ahli BERSEKUTU
  • §  Layak mengundi didalam KPMJ
  • §  Layak mengikuti semua aktiviti KPMJ tanpa sebarang halangan kecuali telah adasabitan yang dikeluarkan oleh Ahli Majlis Tertinggi KPMJ bahawasanya ahli tersebut telah tidak dibenarkan untuk menghadiri aktiviti yang ditetapkan atau apa-apa jua aktiviti atas alasan yang difikirkan munasabah bergantung kepada budi bicara Ahli Majlis Tertinggi KPMJ.
  • §  Mendapat keistimewaan untuk sertai program yang dianjurkan oleh KPMJ dengan pembayaran yuran penyertaan yang rendah berbanding dengan bukan ahli.

Comments

Popular posts from this blog

Info tentang Diploma Perundangan

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri