Laporan Lawyer One Stop Centre (LANCER) 2012




Pada 16/11/2012 bersamaan hari Sabtu yang lalu, telah diadakan program Lawyer One Stop Centre (LANCER) 2012, program ini dianjurkan buat julung kalinya oleh Kelab Peguam Muda Jordan dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia dengan kerjasama Education Malaysia Jordan, Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) dan Persatuan Mahasiswa Malaysia Al-Bayt (PRISMA).


Program LANCER adalah berorinetasikan pengenalan kerjaya peguam dan pengenalan tentang undang-undang dan perlembagaan di Malaysia, dijalankan secara akademik, 2 forum dan 3 pembentangan kertas kerja, LANCER menampilkan lebih 7 orang Peguam dan 3 orang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Malaysia yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato’ Zainul Rijal bin Abu Bakar Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia.

Selain pengenalan tentang kerjaya peguam LANCER juga mengupas tentang isu-isu semasa seperti Implementasi Hudud di Malaysia, Freedom of Speech, LGBT, Ekonomi Islam dan sebagainya. Peserta juga didedahkan dengan Mock Trial iaitu Pertunjukan Perbicaraan Peringkat Mahkamah Tinggi yang dipersembahkan oleh Mahasiswa Jordan yang telah berpraktikal di Firma Guaman dan Mahkamah di Malaysia pada cuti musim panas yang lalu, praktikal perbicaraan ini juga telah diadili sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Perak, Tuan Haji Thaifur bin Ahmad Rusdi,

Menurut Pengarah Program LANCER, Saudara Khairy Jaafar juga merangkap Timbalan Presiden KPMJ, memandangkan program ini adalah pertama kali beliau berpuas hati dan menganggap ianya berjaya dengan mendapat respon positif dari peserta dan delegasi dan penyertaan yang mengalakkan yang mencecah 380 orang peserta dari seluruh Mahasiswa Malaysia di Jordan, beliau juga berharap program ini dapat dianjurkan dengan lebih baik dimasa akan datang.

Turut memeriahkan program ini adalah Tuan Yang Terutama Dato’ Abdul Malek bin Abdul Aziz, Duta Besar Malaysia ke Jordan sebagai perasmi program dan delegasi dari Kelab Peguam Muda Mesir.

Di masa yang sama, telah berlangsung juga Annual Grand Meeting kali pertama Kelab Peguam Muda Jordan dan telah diadakan pemilihan baru kepimpinan kelab bagi sesi 2012/2013, dalam pemilihan ini  Timbalan Presiden KPMJ yang lalu saudara Khairy Jaafar telah dipilih sebagai Presiden KPMJ bagi sesi 2012/2013, pengumuman keputusan pemilihan ini telah disempurnakan oleh Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar, berikut adalah kepimpinan baru KPMJ :

Presiden : Muhammad Khairi B Awang Jaafar (Universiti Yarmouk)

T. Presiden 1 : Muhammad Anas bin Abdul Rahman (Universiti Mu'tah)

T. Presiden 2 : Siti Haswani Saidin (Universiti Yarmouk)

Setiausaha Kehormat : Badrul Naim Sharipuddin universiti (Universiti Al Bayt)

Bendahari Kehormat : Raihan Adila bt Zakaria (Universiti Al Bayt)

4 exco berportfolio:

1. Muhammad bin Abdullah (Universiti Yarmouk)
2. Syairah Safiah bt Jamalulil (Universiti Yarmouk)
3. Nur Athirah bt Muhammad Faizal (Universiti Yarmouk)
4. Asrol Nizam bin Yusof (Universiti Yarmouk)

Semoga dengan kepimpinan baru ini, Kelab Peguam Muda Jordan akan terus membina identity mahasiswa Jordan dan menobatkan nama di persada Timur Tengah.






Tunggak utama..


Gimik penyerahan tampuk kepimpinan baru..


Ucapan Pengarah Program


Moot Trial


 AJK Program dan Delegasi PPMM

Comments

Popular posts from this blog

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri

Info tentang Diploma Perundangan