Kalam Presiden 12/13

Anes Baswedan, Rektor Universiti Paramida menyebut “….Kalau kita berbicara tentang anak muda, kita tidak boleh menempatkan diri mereka pada lapangan lokal , tetapi harus dilihat pada lapangan global, kerana anak muda dilahirkan tidak hanya untuk negeri, tapi juga untuk dunia…”

Di Turki pada tanggal 29 Mei 1960, anak muda  berhasil menggulingkan Bapak Menderes yang korup dengan korban nyawa hampir 20 anak muda.


 Pada tahun yang sama, Anak muda Korea Selatan membuat sejarah dengan menurunkan rejim korup Dr. Syngman Rhee yang berkuasa selama 12 tahun.

Jose Rizal adalah pengerak kebangkitan patriotik anak muda menghalau kemasukan penjajah ke Filipina.




Para hadirin-hadirat yang saya kasihi,

Demikian saya lampirkan kuasa anak muda dalam orientasi perundangan dan perlembagaan.

Ironinya hari ini, bukan saya ingin menggempur sebuah kekuatan untuk mengepalai rusuhan dan kerosakan,

Namun ingin mengetuk minda betapa penting dan perlu kita anak muda mencorak sebuah komuniti.

Peranan saya hari ini memacu Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ),

dipengaruhi oleh seorang tokoh pemikiran, Dr Muhammad Zulkifli Muhammad..

Beliau menyata, ketetapan anak muda perlu berlikur dalam dua identiti utama,

"Human transformer dan culture builder"

"Mengarusperdanakan syariah agenda bersama
"



Ingin sekali saya menghalakan perjalanan KPMJ kali ini seiring dengan matlamat asas Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Justeru,

Mengarusperdanakan syariah bukan  perlu dikepalai oleh golongan syariah, namun oleh mereka yg berjiwa syariah.

Kita tidak meletakkan matlamat bersifat kedewaan di institusi ini,

Melainkan cukup sebagai industri yang mengkaderasi tenaga-tenaga profesional syariatik di dalam acuan ulama negarawan.

Maka kita punya  visi besar didalam institusi kecil untuk melahirkan ahli-ahli KPMJ yang berjiwa besar sebagai suplier utama kepada negara..!

Jurusan syariatik sering dipandang sebagai golongan minda kelas kedua, maka KPMJ hari ini,  ingin sekali memalingkan lensa dunia kepada kita untuk dihisab bahawa pelajar syariah berada di mentaliti kelas pertama.

Melalui bantuan PPMM, gagasan human transfomer perlu di adap untuk mengetuk minda tertutup golongan agamawan, culture builder perlu diterap untuk menggarap komuniti sejahtera.

Saya menyasarkan KPMJ 2012/2013 akan digerakkan melalui 7 paksi utama :

1. Membentuk dan memperkasa perlembagaan KPMJ.
2. Kebersamaan bersama seluruh persatuan-persatuan sedia ada.
3. Membuka keahlian yang lebih luas kepada mahasiswa Jordan.
4. Tajamkan agenda perundangan dan kepeguaman untuk melahirkan future leader.
5. Terapkan budaya kerja KPMJ.
6. Tingkatkan daya intelektual mahasiswa.
7. Memanfaatkan KPMJ untuk semua.


Adik-beradik keluarga KPMJ yang saya cintai kerana Allah,

Sang pujangga Iqbal pernah bersajak,

Walaupun satu keluarga kami tidak mengenal,

Himpunlah daun-daun yang berhamburan ini,

Hidupkanlah ajaran saling mencintai,

Ajar lagi kami berkhidmat seperti dulu"

Hadirin-hadirat yang saya kasihi,

Ingin saya tegaskan sekali lagi,

Kehadiran KPMJ bukan ingin menimbulkan persaingan dengan mana-mana pihak, sehingga kini eksistensi kita hanya digerakkan komuniti kecil sahaja.

Kebersamaan bersama semua adalah asimilasi  berlandaskan pemikiran, keinginan, keazaman, kasih sayang, semangat bahu-membahu, semangat ukhuwah, daya eksistensi, idealisme, semuanya adalah satu, ibarat anak-anak panah yang berada dalam satu busur, namun dilepaskan ke sasaran yang berlainan.

akhir kalam dari saya,

Terima kasih untuk PPMM,

Terima kasih untuk PRISMA,

Terima kasih untuk semua,

Semoga perjalanan ini diredhai Allah Taala.

Salam satu ummah!

"Syariah Asas Profesionalisme"


Presiden,
Jordan Young Lawyers Club Of Malaysia.
(Kelab Peguam Muda Jordan)
+962 777 533813 (J) / +6013 2818687 (M)

Comments

Popular posts from this blog

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri

Info tentang Diploma Perundangan