Posts

Slot Tahukah Anda?

Image
Perundangan Islam Di Malaysia Memahami Perkara 121 (1A) Perlembagaan - TIDAK ramai yang mengetahui Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, kontroversi membabitkan bekas pendaki Everest, Allahyarham Mohammad Abdullah atau nama asalnya, M Moorthy, tiba-tiba menjadi perhatian bukan saja mereka yang terbabit dalam bidang undang-undang, malah masyarakat secara keseluruhan. Apakah peruntukan ini sebenarnya dan kewajaran sesetengah pihak mendesak peruntukan ini dipinda?? • Kuasa Mahkamah Sivil dan Syariah KETIKA Perlembagaan digubal, isu ini tidak timbul. Suruhanjaya Reid cuma membuat andaian bahawa ini bukan isu penting. Tetapi memang disebut dalam Perlembagaan seperti Perkara 145 menyatakan Peguam Negara tidak ada kuasa dalam Mahkamah Syariah, Mahkamah Tentera dan Mahkamah Anak Negeri. Ini sudah jelas memperlihatkan Perlembagaan mengakui kewujudan Mahkamah Syariah walaupun ketika itu belum disebut secara jelas seperti Perkara 121(1A). Pada masa sama, Perlembagaan menye...

Slot Tahukah Anda?

Hukuman Islam VS Hukuman Civil Hukuman Sebat Cara Islam Dalam islam hukum sebat (had jilid) hanya dikenakan ke atas jenayah : (a) Zina Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. (b) Qazaf (Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik) Hukuman : sebat 80 kali (c) Minum arak Hukuman : sebat 40 kali Sifat-Sifat Sebatan: - Rotan yang digunakan tidak besar sehingga boleh mematahkan tulang. - Rotan yang digunakan tidak halus sehingga boleh melukakan. - Rotan yang digunakan tidak pecah-pecah. - Tukang sebat tidak boleh mengangkat tangan melebihi kepala sehingga kelihatan putih ketiaknya. Tujuan sebatan (hudud) bukan untuk membunuh atau membinasakan, tetapi untuk memberi keinsafan dan mencegah pasalah daripada melakukan kejahatan.

Pengenalan STORM

Image
[STORM - Stands Towards Remarkable Mooters] Program ini diadakan bagi memberi peluang ahli dan bukan ahli Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) mendapat kefahaman tent ang moot syariah seperti gerak kerja serta etika seorang peguam di dalam dan luar mahkamah, kefahaman terhadap prosiding mahkamah syariah. Peserta bakal mendapat bimbingan daripada jurulatih mantiqah masing-masing. Semoga bengkel ini, dapat membantu merealisasikan segala objektif yang dirancang. Hal ini amat penting bagi memperluas pengetahuan peserta dalam bidang kerjaya sebagai guaman syarie pada masa akan datang. Apa tunggu lagi? jom sertai STORM sekarang!! "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Slot Tahukah Anda?

Etika Berada Di Mahkamah. Arahan dan Larangan Masuk dan Keluar Dewan Mahkamah Syariah Bagi Pelanggan atau Orang Awam. A. ARAHAN -Hormat Hendaklah hormat kepada Y.A. Tuan Hakim ketika masuk dan keluar Dewan dengan berhenti dan tunduk menghadap Y.A. Tuan Hakim. -Tempat Duduk Lelaki : Kerusi sebelah kanan Perempuan : Kerusi sebelah kiri *Tertakluk kepada kesesuaian lokasi dan arahan -Senyap Ketika Mahkamah bersidang hendaklah senyap -Pakaian

Slot Tahukah Anda?

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG KELUARGA DI NEGARA-NEGARA ISLAM Undang-undang Islam yang dilaksanakan di sebahagian besar negara-negara Islam adalah berkaitan dengan undang-undang diri atau undang-undang keluarga yang dikenali sebagai al-ahwal al-Shakhsiyyah atau al-huquq al-ailah. Undang-undang im berkaitan dengan perkahwinan, perceraian, hak dan tanggungjawab mengenai nafkah, kesahtarafan anak, penjagaan anak, pusaka berwasiat dan tak berwasiat. Kecuali beberapa buah negara sahaja seperti Arab Saudi yang masih menge-kalkan pemakaian undang-undang Islam dalam aspek undang-undang sivil, jenayah dan percukaian Islam sepertimana diperkenalkan oleh fuqaha' Islam terdahulu. Undang-undang Keluarga Islam yang dilaksanakan oleh negara-negara Islam boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza, iaitu: 1. Negara Islam yang masih mengekalkan pemakaian Undang-Undang Keluarga Islam klasik berdasarkan pelbagai mazhab, tanpa mengubah dan membuat kodifikasi hingga sekarang. 2. Negara Is...

Slot Tahukah Anda?

Image
Tahukah anda siapa Ketua Hakim Negara? Ayuh kita lihat sedikit profil diri beliau. Moga bermanfaat.  YAA Tun Dato' Seri Arifin bin Zakaria (Dato' Lela Negara) Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan Malaysia SSM, PSM, SPMS, SPSK, SPCM, SSAP, DUPN, SPMP, DPMK, DPCM PROFIL Dilahirkan pada 1.10.1950 di Kg. Repek, Pasir Mas, Kelantan. Nama Bapa : Zakaria bin Senik Nama Ibu : Wan Zainab binti wan Yusoff Pendidikan awal Sekolah Melayu Tiang Chandi, Repek, Pasir Mas; Sekolah Melayu Gual Periok, Pasir Mas; Sultan Ibrahim Primary School, Pasir Mas; Sultan Ibrahim Secondary School, Pasir Mas; Sultan Ismail College, Kota Bharu.

BENGKEL INSPIRASI GUAMAN SYARIE III

Image
SLOT KELIMA : Cabaran, Dugaan, dan Realiti sebagai Mooters PANEL : Mohd Hafizuddin Shah bin Abd Latip &  Hanisah binti Safiei. Aktiviti mooters Mahkamah Syariah dilihat sebagai platform terbaik untuk melahirkan Peguam Syarie dalam kalangan siswa dan siswi yang mengambil jurusan Syariah dan ilmu perundangan di institusi-institusi pengajian tinggi. Nantikan perkongsian yang menarik daripada pasangan mutazawij ini yang mana mereka telah terlibat secara langsung dalam slot mooting LANCER IV yang dibimbing oleh dua orang tenaga pengajar yang tidak asing lagi dan mempunyai pengalaman yang luas iaitu Puan Hajah Norfaizah Zainuddin dan Tuan Mohd Fasha Musthafa. Nantikan pembentangan mereka dalam Cabaran, Dugaan, dan Realiti sebagai Mooters: Suatu Pengalaman! Bersama kami di BIGS III, 7 MEI 2016 ini (SABTU) dengan tema "Syariah Dilestari, Integreti Dikagumi", hanya di Mu'tah. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan" ::Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M...

BENGKEL INSPIRASI GUAMAN SYARIE III

Image
SLOT KEEMPAT: Dokumentasi, Advokasi, Persepsi dalam Prosiding di Mahkamah Syariah PANEL : Najwa Arifah bt Yasin Istimewa buat peserta yang bakal menjejakkan kaki ke dalam kamar perbicaraan, slot bersama panel ketiga bakal memberi pendedahan mengenai jenis-jenis kes dan perincian dokumen yang berkaitan. Pada masa yang sama, para peserta juga berpeluang memahami secara teori dan praktikal berkaitan kaedah perbicaraan dan penghujahan , seterusnya melakukan mooting dalam kumpulan seusai pembentangan slot. Nantikan perkongsian mengenai kaedah menyempurnakan dokumen , hujah dan fakta yang benar-benar membuatkan anda merasa bahang kehangatan kerjaya sebagai seorang peguam! Bersama kami di BIGS III, 7 MEI 2016 ini, dengan tema "Syariah Dilestari, Integriti Dikagumi", hanya di Mu'tah. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan" ::Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama::

BENGKEL INSPIRASI GUAMAN SYARIE III

Image
SLOT KETIGA : Pengenalan kepada Kes-kes Mal dan Jenayah serta Hukuman di Mahkamah Syariah. PANEL : AHMAD FARIS AINAN BIN MOHD RADZI Al-Mawardi mentakrifkan jenayah sebagai segala bentuk kesalahan menurut syariah yang boleh dihukum berdasarkan hukum Allah samada ia adalah qisas, hudud atau ta’zir. Secara umum, kes jenayah yang dibicarakan dalam mahkamah syariah melibatkan salah laku dalam agama antaranya sumbang mahram, persetubuhan luar nikah, qazaf dan liwat. Kes mal dalam konteks perundangan pula merujuk kepada kes-kes bukan jenayah yang dibicarakan di mahkamah syariah. Zahirnya, skop perbicaraan kes mal hampir menyeluruh dan merangkumi banyak aspek kekeluargaan Islam. Soroti realiti permasalahan masyarakat dalam pengenalan kes mal dan kes jenayah syariah serta hukumannya dalam slot bersama panel kedua! Bersama kami di BIGS III, 7 MEI 2016 ini, dengan tema "Syariah Dilestari, Integriti Dikagumi", hanya di Mu'tah. "Mendukung Syariah, Menegak Kea...

BENGKEL INSPIRASI GUAMAN SYARIE III

Image
SLOT KEDUA: Peluang Kerjaya sebagai Pegawai Syariah dan Peguam Syarie PANEL : Ahmad Shauqie bin Zainal Abidin Seseorang manusia yang lemah dan tidak berdaya untuk mempertahankan diri memerlukan seorang pembela bagi menegakkan keadilan di pihaknya. Maka,seorang peguam mempunyai obligasi untuk membantu seseorang yang memerlukan bantuan ini dan akan memberikan khidmat guaman kepada pelanggannya untuk memenuhi harapan dan permintaan mereka. Oleh itu,bidang guaman bukan hanya terletak di mahkamah tetapi masih luas lagi bidangnya. Tidak kiralah anda di bidang syariah,muamamalat,dan ekonomi. Jom sahabat. Peluang kerjaya masih terbuka untuk anda! Bersama kami di BIGS III, 7 MEI 2016 ini (SABTU) dengan tema "Syariah Dilestari, Integreti Dikagumi", hanya di Mu'tah. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan" ::Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama::

BENGKEL INSPIRASI GUAMAN SYARIE III

Image
SLOT PERTAMA : Mahkamah Syariah dalam Sistem Perundangan Negara PANEL : Ubaidillah Asyraf bin Ahmad Shokeri Bagi pengamal undang-undang syarie, mengenali Mahkamah Syariah secara dekat bukan saja menjadi satu kemestian, bahkan merupakan satu tanggungjawab hakiki seorang peguam syarie untuk mengetahui struktur Mahkamah Syariah terutamanya dari segi hirarki dan bidangkuasa mahkamah, kerana amanah yang dipikul dalam mengendalikan kes yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh pelanggan akan akan menjadi sia-sia kerana kegagalannya memahami atau mengenali Mahkamah Syariah secara khusus. Bersama kami di BIGS III, JANGAN LUPA ISI SPREADSHEET di bawah  grin emoticon https://docs.google.com/forms/d/1CmgSvCWH7uRUDlF-FhCjrdVZy99hGZlohM_lOzYDI8E/viewform?ths=true&edit_requested=true#responses 7 MEI 2016 ini, dengan tema "Syariah Dilestari, Integriti Dikagumi", hanya di Mu'tah. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan" ::Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M...

Lawatan ke EMJ dan Kedutaan Malaysia Jordan

Image
Pada 20hb April 2016, barisan kepimpinan KPMJ sesi 2016/2017 yang diketuai oleh Presiden Ahmad Irfan Radzi telah mengadakan lawatan ke EMJ dan Kedutaan Malaysia Jordan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan baru dan meminta pandangan serta nasihat bagi melancarkan lagi pengurusan KPMJ.  Semoga lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan   Kelab Peguam Muda Jordan   bersama EMJ dan Kedutaan Malaysia Jordan. "Mendukung Syariah,Menegak Keadilan"

Slot Tahukah Anda?

Image
Slot ini dikongsikan oleh Saudara Syed Abdul Hakim selaku Perwakilan Mu'tah. Perkongsian pada kali ini akan berkisarkan tentang tatacara dan peraturan yang perlu dipatuhi ketika berada di dewan bicara. Peraturan ini adalah diguna pakai di hampir semua mahkamah di seluruh dunia, termasuk Malaysia, samada mahkamah sivil mahupun mahkamah Syariah. Sumber rujukan :  http://syariah.terengganu.gov.my/dewanbicara.php "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Pengenalan BIGS III

Image
Sukacitanya memaklumkan bahawa Kelab Peguam Muda Jordan akan membawakan kepada anda Bengkel Inspirasi Guaman Syarie BIGS III untuk semua a hli KPMJ dan MPMMJ di seluruh mantiqah. Nantikan pada 7 Mei ini di mantiqah Mu'tah. Dengan tema "Syariah Dilestari, Integriti Dikagumi." Ayuh bersama kami dengan slot-slot yang begitu bermanfaat dan bersama mengenali kerjaya Guaman Syarie dengan lebih dekat lagi !!! "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan" .:Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama:.

Nantikan BIGS III

Image
Assalamualaikum wbt. Sukacitanya Kelab Peguam Muda Jordan akan membawakan kepada anda Bengkel Inspirasi Guaman Syarie BIGS III untuk semua ahli KPMJ dan MPMMJ d i seluruh mantiqah. Nantikan pada 7 Mei ini di mantiqah Mu'tah. Dengan tema "Syariah Dilestari, Integriti Dikagumi." Ayuh bersama kami dengan slot-slot yang begitu bermanfaat dan bersama mengenali kerjaya Guaman Syarie dengan lebih dekat lagi !!! "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan" .:Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama:.

Slot Tahukah Anda?

Slot ini dikongsikan oleh Saudari Anis Amalina selaku Timbalan Bendahari Kehormat. Assalamualaikum semua.. Saya ingin berkongsi tentang proses pengurusan kes mal/faraidh, Antara pembahagian kes yang diuruskan di mahkamah syariah adalah kes mal dan kes faraidh. Pengurusan kes mal/faraid ialah tuntutan yang dibuat oleh pelanggan di Mahkamah Syariah yang berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan dan harta benda terhadap sesuatu pihak yang lain. Proses pengurusan kes mal/faraidh adalah proses yg sama. Untuk info lebih lanjut boleh klik link di bawah, http://syariah.perak.gov.my/pengurusan-kes-mal-faraid/maklumat-tetap/pengurusan-kes-mal-faraid Terima kasih. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Pendaftaran SPC 2016 Kini Dibuka!

Image
Sukacita dimaklumkan, pendaftaran SPC 2016 kini dibuka kepada semua ahli KPMJ. Pendaftaran dibuka mulai hari ini hingga 21 April 2016. Borang penyertaan hendaklah diserahkan kepada perwakilan dari mantiqah masing-masing beserta yuran sebanyak JOD 5 selewatnya pada 23 April 2016. Sila rujuk link dibawah untuk mendapatkan borang penyertaan serta senarai mahkamah dan firma yang terdapat di seluruh Malaysia http:// mykpmj.blogspot.com/p/ muat-turun.html Jika terdapat sebarang persoalan, anda boleh menghubungi perwakilan dari setiap mantiqah. Amman - Nur Syahirah Irbid - Raudhatul Rajihah Mafraq - Engku Abdul Hadi Mu'tah - Syed Abdul Hakiim Jadi tunggu apa lagi, ayuh kita sama-sama merebut peluang keemasan ini. Jom sertai kami! "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Testimoni Peserta SPC

Image
Demikian kata-kata mereka setelah menyertai SPC. Pelbagai pengalaman baru yang telah mereka perolehi. Anda bila lagi? Pendaftaran masih lagi dibuka sehingga 21  April 2016. Jangan lupa untuk mendaftar! "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Slot Tahukah Anda?

Slot kali ini dikongsikan oleh Saudara Mustofa Alakhyar selaku Bendahari Kehormat. Kali ini saya ingin berkongsi Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah Tidaklah sebagaimana Mahkamah Sivil, bidang kuasa jenayah bagi Mahkamah Syariah adalah "dikurniakan" oleh Perlembagaan Persekutuan. Bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun ditentukan oleh Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984). Iai memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman maksimum RM5000.00 denda, ataupun penjara maksimum 3 tahun ataupun sebatan  6 kali ataupun gabungan antara hukuman-hukuman berkenaan. Semua kesalahan dan hukuman yang disebutkan ini adalah termasuk di dalam konsep takzir yang ditentukan oleh Islam dalam konteks kes-kes jenayah. Dalam konteks Mahkamah Syariah di Malaysia,kesalahan-kesalahan jenayah syariah ini boleh dilihat peruntukannya di dalam tiga tempat: 1) Kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Pentadbiran Agama Negeri-n...

Slot Tahukah Anda?

Image
Slot Tahukah Anda diteruskan lagi untuk sesi kepemimpinan yang baru.  Slot ini dikongsikan oleh Saudari Wan Nurliyana Najwa selaku Timbalan Presiden. Assalamualaikum semua.. Untuk slot pertama untuk sesi kali ini, saya nak berkongsi sedikit tentang "Terminologi Perundangan Bahasa Inggeris-Bahasa Arab" dan "Glosari Kamus Istilah". Moga bermanfaat untuk semua,InsyaAllah.. Sumber gambar daripada : Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"