Slot Tahukah Anda?

Tahukah anda siapa Ketua Hakim Negara? Ayuh kita lihat sedikit profil diri beliau. Moga bermanfaat. 

YAA Tun Dato' Seri Arifin bin Zakaria (Dato' Lela Negara)
Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan Malaysia
SSM, PSM, SPMS, SPSK, SPCM, SSAP, DUPN, SPMP, DPMK, DPCM

PROFIL
Dilahirkan pada 1.10.1950 di Kg. Repek, Pasir Mas, Kelantan.
Nama Bapa : Zakaria bin Senik
Nama Ibu : Wan Zainab binti wan Yusoff

Pendidikan awal
Sekolah Melayu Tiang Chandi, Repek, Pasir Mas;
Sekolah Melayu Gual Periok, Pasir Mas;
Sultan Ibrahim Primary School, Pasir Mas;
Sultan Ibrahim Secondary School, Pasir Mas;
Sultan Ismail College, Kota Bharu.


Pendidikan Tinggi
Pada tahun 1971 beliau telah melanjutkan pelajaran ke University of Sheffield, United Kingdom dalam bidang undang-undang dan dianugerahkan ijazah LLB (Hons) dalam tahun 1974.
Pada tahun yang sama beliau telah menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. Antara jawatan yang telah disandang beliau adalah termasuk sebagai Peguam Persekutuan Mahkamah Tinggi Malaya. Pada tahun 1978 beliau telah dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang, Kementerian Perusahaan Utama sebelum melanjutkan pelajaran ke United Kingdom.
Pada tahun 1978 beliau telah mengikuti kursus LLM di University College London dalam bidang undang-undang percukaian dan pada masa yang sama mengikuti kursus Bar Final.
Lulus Bar Final Examination tahun 1979 dan telah diterima masuk sebagai Barrister oleh Lincoln’s Inn. Pada tahun yang sama beliau telah dianugerahkan ijazah LLM oleh university of London.
Sepulangnya dari pengajian beliau telah memegang beberapa jawatan penting dalam Kerajaan termasuk Peguam Kanan Persekutuan Di Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Hasil Dalam Negeri. Pada tahun 1981 beliau telah dilantik sebagai Penasihat Undang-undang Negeri Melaka sehingga1983.
Kemudiannya beliau telah berpindah ke Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai Penasihat Undang-Undang Parlimen. Jawatan terakhir yang disandangnya di dalam perkhidmatan awam ialah sebagai Ketua Bahagian Undang-Undang Di Jabatan Hasil Dalam Negeri.
Sepanjang di dalam perkhidmatan kerajaan, beliau telah mewakili Kerajaan Malaysia di dalam rundingan antara bangsa seperti “International Tin Agreement” dan perjanjian-perjanjian cukai dua hala.
Pada 1.3.1992 beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman. Dua tahun kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya. Pada tahun 2002 dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan pada tahun 2005 dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Perlantikan Yang Amat Arif sebagai Ketua Hakim Negara adalah pada 12.09.2011. Beliau juga dilantik ke beberapa badan lain sepanjang perkhidmatannya sebagai Hakim iaitu :
Anggota Panel Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Kelantan;
Hakim Mahkamah Khas menurut Perkara 182(1) Perlembagaan Persekutuan;
Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman & Perundangan;
Ahli Lembaga Kelayakan Di Bawah Seksyen 7(b) Akta Profession Undang-Undang 1976;
Ahli Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah dan Kaedah-Kaedaah Mahkamah Rendah.

Sebagai penghargaan kepada perkhidmatan beliau kepada Negara beliau telah dianugerahkan darjah-darjah kebesaran berikut:
Darjah Seri Setia Mahkota Malaysia (Persekutuan) S.S.M (02.06.2012)
Darjah Panglima Setia Mahkota (Persekutuan) P.S.M (06.06.2009)
Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (Selangor) S.P.M.S (11.12.2012)
Darjah Kebesaran Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Kelantan) S.P.S.K (30.03.2005)
Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (Perak) S.PC.M (22.05. 2012)
Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (Pahang) S.S.A.P (24.10.2012)
Darjah Utama Pangkuan Negeri (Pulau Pinang) D.U.P.N (14.07.2012)
Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (Perak) S.P.M.P (19.04.2010)
Darjah Dato' Paduka Mahkota Kelantan (Kelantan) D.P.M.K (30.03.1999)
Darjah Dato' Paduka Cura Simanja Kini (Perak) D.P.C.M (19.04.1988)
Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Robiah bte Abd Kadir dan mempunyai lima orang anak.

Perkongsian oleh Saudara Putera Muhammad Mu'izz bin Mahayudin, Setiausaha Kehormat.

"Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Comments

Popular posts from this blog

Tatacara (prosuder) mal di mahkamah syariah

Info tentang Diploma Perundangan

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri