Posts

Salam Aidil Adha

Image
تقبل الله منا ومنكم Kami daripada barisan kepimpinan Kelab Peguam Muda Jordan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Bersama kita tingkatkan amalan dan menghayati erti pengorbanan. Semoga amalan kita diterima oleh Allah swt. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Lawatan ke Parlimen Malaysia

Image
YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara bergambar kenang-kenangan bersama rombongan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) ketika melawat Parlimen Malaysia semalam. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Pengalaman Menyertai SPC

Image
Tahniah kepada ahli KPMJ yang menyertai SPC pada tahun ini.  Semoga pengalaman ini dapat membantu ahli serba sedikit berkenaan bidang kepeguaman. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Pengalaman Menyertai SPC

Image
Salah seorang peserta SPC pada tahun 2015 berkongsi pengalamannya. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Slot Tahukah Anda?

Slot ini dikongsikan oleh Saudara Muhsin Ubaidillah bin Muhamad Anuar, Exco Pembangunan Modal Insan dan Kendiri. Perbezaan antara Common Law dan Civil Law " Common Law " atau Sistem hukum Anglo Saxon merupakan satu istilah bahasa Inggeris yang bermaksud "undang-undang am" atau "undang-undang semua" dan merupakan sebahagian daripada undang-undang ramai negara, terutama mereka yang mempunyai sejarah penjajahan empayar British keatas mereka. ... " Civil Law " pula diringkaskan sebagai sistem undang-undang dari perundangan empayar Rom dan Justinian Kod yang digunakan sebagai kodified (undang-undang statue).

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-58!

Image
"Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Selamat Datang kepada Mahasiswa Baru

Image
Kami barisan pimpinan Kelab Peguam Muda Jordan mengucapkan selamat datang kepada mahasiswa dan mahasiswi baru bagi sesi 2015/2016. Semoga kalian diberkati oleh Allah. AHLI MAJLIS TERTINGGI PRESIDEN Ahmad Shauqie B. Zainal Abidin Tahun 4 Fiqh Wa Usuluh Universiti Al al-Bayt TIMBALAN PRESIDEN Najwa Arifah Bt. Yasin Tahun 4 Fiqh Wa Usuluh Universiti Yarmouk

Slot Tahukah Anda?

Slot ini dikongsikan oleh Saudari Nur Haziqah binti Mohamed Hafidz, Perwakilan Mu'tah. {Hukum Menggunakan DNA Untuk Menentukan Status Nasab Anak Dan Tempoh Melaksanakan Li’an Untuk Menafikan Nasab Anak} Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-101 yang bersidang pada 27 September 2012 telah membincangkan Hukum Menggunakan DNA Untuk Menentukan Status Nasab Anak Dan Tempoh Melaksanakan Li’an Untuk Menafikan Nasab Anak. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam sangat menitik beratkan persoalan nasab dan apabila telah ada dalil yang mengisbatkan nasab, maka penafiannya tidak boleh diterima melainkan dengan kaedah Li’an kerana Li’an telah sabit melalui al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijma’ dan merupakan suatu amalan taabudiah. Muzakarah juga menjelaskan bahawa Majma’ Fiqh al Islami yang bersidang pada 21 – 26 Syawal ...

Slot Tahukah Anda?

Image
Slot kali ini pula dikongsikan oleh Saudara  Muhamad Zulfadli B. Zulkifli Hassan, Exco Kepimpinan & Latihan Guaman. [ SULH ] Pendahuluan Panduan ringkas ini dikeluarkan bagi menerangkan secara ringkas berkenaan konsep pelaksanaan sulh yang telah diperkenalkan di dalam Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri melalui Kaedah Sulh Mahkamah Syariah. 2. Pengertian Sulh Al-Sulh di dalam bahasa Arab bererti `putus pertengkaran’ yang

Nukilan Alumni KPMJ di akhbar tempatan

Image
Nukilan oleh Saudara Iz'aan Azalan, beliau merupakan Presiden kedua KPMJ. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Agama dan Perundangan

Berita ini dikongsikan oleh Saudara Muhammad bin Abdullah, mantan Presiden KPMJ sesi 2013/2014  Dua kes penting yang akan didengarkan esok : 1) Permohonan menjadi peguam syarie oleh peguam non-muslim. 2) Kes transgender. Doakan yang terbaik. Moga baik-baik sahaja. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mahkamah-persekutuan-dengar-dua-kes-penting-khamis-69546

Slot Tahukah Anda?

Image
Assalamualaikum. Slot kali ini dikongsikan oleh Saudara Muhammad Fakhri bin Mohd Fadzli, Perwakilan Amman. Tahukah anda Dewan Negara ialah senat bagi Persekutuan Malaysia. Ia bertindak sebagai perwakilan rakyat yang tertinggi di negara ini. Dewan Negara ialah salah satu daripada dewan yang berada di Parlimen selain Dewan Rakyat. Jumlah ahli yang terdapat di Dewan Negara ialah seramai 70 orang.

Arahan dan Larangan Masuk ke dalam Dewan

ARAHAN DAN LARANGAN MASUK KE DALAM DEWAN MAHKAMAH SYARIAH A.     ARAHAN Hendaklah hormat kepada Y.A Tuan Hakim ketika masuk ke dalam Dewan dan keluar Dewan dengan berhenti dan tunduk menghadap Y.A Tuan Hakim. B.      TEMPAT DUDUK Lelaki              Tempat duduk sebelah kanan Perempuan      Tempat duduk sebelah kiri C.     SENYAP Ketika Mahkamah bersidang hendaklah senyap D.     PAKAIAN Lelaki              Pakaian sopan/tertib Perempuan      Pakaian sopan/tertib dan menutup aurat E.      LARANGAN PAKAIAN DAN LAIN-LAIN ·          Lelaki              Baju T, seluar jeans, rambut panjang meleb...

Pencarian Peserta Mooters Peguam Syarie

Assalamualaikum.. Adakah anda pernah melihat peguam membawa kes di dalam makhmah syarie ? Makluman kepada ahli KPMJ, LANCER pada kali ini pihak KPMJ sekali lagi akan membuka penyertaan kepada mana-mana ahli KPMJ yang berminat untuk menjadi salah seorang daripada team mooters untuk membuat persembahan mooting pada program LANCER nanti di hadapan delegasi para hakim mahkamah syarie yang akan dibawa dari Malaysia. Sesiapa yang berminat boleh

Selamat Datang

Image
21 Julai 2015 Selamat datang diucapkan kepada Prof Madya Dr Ahmad Sohaimi bin Lazim Pengarah Education Malaysia Jordan yang baharu memulakan tugas secara rasmi  pada hari ini. Juga untuk diperkenalkan kepada semua pimpinan persatuan dan pelajar Malaysia di Jordan. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Mafatih Mahabbah Ramadan 2015

Image
Ucapan daripada Presiden KPMJ Penghargaan buat para graduasi Slot Tazkirah oleh Dr. Ikram Adha Sesi bergambar oleh En. Kamarulzaman (Pegawai Atase Pendidikan) dan En. Alimi, serta ahli KPMJ "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Ucapan Raya daripada Presiden KPMJ

Image
Eid mubarak diucapkan kepada semua umat islam di dunia khususnya kepada mahasiswa/wi Malaysia yang berada di bumi Jordan dan tidak dilupakan juga kepada Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM),penaung dan penasihat tetap KPMJ yang diwakili oleh Dato' Zainul Rijal Abu Bakar. Syawal ialah bulan di mana umat Islam kembali kepada fitrahnya,diampuni semua dosanya setelah melakukan ibadah Ramadhan sebulan penuh.1 Syawal juga umat Islam “kembali makan pagi ” dan diharamkan berpuasa pada hari itu. Ketibaan Syawal membawa kemenangan bagi mereka yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan. Ia merupakan lambang kemenangan umat Islam hasil dari “peperangan” menentang musuh dalam jiwa yang terbesar, iaitu hawa nafsu. Perginya Ramadan tidak bermakna iman dan takwa kita hilang begitu sahaja.Inilah makna terpenting bulan Syawal. Setelah Ramadhan berlalu, pada bulan Syawal lah “pembuktian” berhasil-tidaknya ibadah Ramadhan, utamanya puasa, yang bertujuan meraih derajat takwa...

Salam Takziah

Assalamualaikum.. Takziah diucapkan kepada salah seorang pimpinan KPMJ iaitu saudari Nur Haziqah binti Mohammed Hafidz yang merangkap perwakilan Mu'tah di atas pemergian bapanya ke rahmatullah petang tadi. Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat arwah.Moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin. Didoakan juga buat saudari Haziqah agar kuat dan tabah menerima ujian ini. Al-fatihah. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

MAHAR 2015

Image
Assalamualaikum semua ahli KPMJ. Selamat menjalani ibadah di bulan yang mulia ini.

Salam Perpisahan

Image
Kelab Peguam Muda Jordan mengucapkan selamat pulang ke tanah air kepada Prof. Madya Dr. Mohd Azidan bin Abdul Jabbar. Terima kasih atas segala jasa,keringat dan pengorbanan kepada kami semua di sini Mahasiswa Jordan sepanjang berkhidmat sebagai Pengarah Education Malaysia Jordan. Sungguh terlalu banyak budi yang telah ditabur. Semoga Allah membalas tiap-tiap kebaikan yang telah dilakukan. Diharapkan Prof dapat meneruskan kecemerlanga n dalam berkhidmat kepada anak bangsa serta sentiasa dipermudahkan dalam apa jua urusan. Akhir kata, terima kasih dan salam perpisahan. Kuning emas masaknya padi, Mawar merah dalam jambangan, Terima kasih daun keladi, Budi tuan jadi kenangan. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina" "Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama"