Pencarian Peserta Mooters Peguam Syarie

Assalamualaikum..
Adakah anda pernah melihat peguam membawa kes di dalam makhmah syarie ?
Makluman kepada ahli KPMJ, LANCER pada kali ini pihak KPMJ sekali lagi akan membuka penyertaan kepada mana-mana ahli KPMJ yang berminat untuk menjadi salah seorang daripada team mooters untuk membuat persembahan mooting pada program LANCER nanti di hadapan delegasi para hakim mahkamah syarie yang akan dibawa dari Malaysia.
Sesiapa yang berminat boleh
isi spreadsheet di bawah ini dan yang terpilih kita akan berikan latihan secukupnya oleh tenaga pengajar yang telah disediakan.

Penyertaan ini terbuka kepada seluruh mantiqah.


Antara kelebihan yang akan diperoleh dari motting ini :-

- Mendapat pengalaman seperti seorang peguam syarie membawa kes di dalam mahkamah.
- Memperolehi skill untuk berbahas di dalam mahkamah.
- Dapat melihat aturcara perjalanan perbicaran kes di dalam makhamah
- Dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari di kelas kemudian di bawa ke dalam perbicaraan mahkamah.
- Memperoleh ilmu tambahan dalam mengkaji kes.
- Dapat mempelajari cara mencari bahan kajian kes dan menyelesaikan kes.

"Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Comments

Popular posts from this blog

Tatacara (prosuder) mal di mahkamah syariah

Info tentang Diploma Perundangan

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri