Salam Perpisahan




Kelab Peguam Muda Jordan mengucapkan selamat pulang ke tanah air kepada Prof. Madya Dr. Mohd Azidan bin Abdul Jabbar. Terima kasih atas segala jasa,keringat dan pengorbanan kepada kami semua di sini Mahasiswa Jordan sepanjang berkhidmat sebagai Pengarah Education Malaysia Jordan. Sungguh terlalu banyak budi yang telah ditabur. Semoga Allah membalas tiap-tiap kebaikan yang telah dilakukan.
Diharapkan Prof dapat meneruskan kecemerlangan dalam berkhidmat kepada anak bangsa serta sentiasa dipermudahkan dalam apa jua urusan. Akhir kata, terima kasih dan salam perpisahan.
Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.

"Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"
"Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama"

Comments

Popular posts from this blog

Tatacara (prosuder) mal di mahkamah syariah

Info tentang Diploma Perundangan

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri