Slot Tahukah Anda?

Slot ini dikongsikan oleh Saudara Muhsin Ubaidillah bin Muhamad Anuar, Exco Pembangunan Modal Insan dan Kendiri.

Perbezaan antara Common Law dan Civil Law

"Common Law" atau Sistem hukum Anglo Saxon merupakan satu istilah bahasa Inggeris yang bermaksud "undang-undang am" atau "undang-undang semua" dan merupakan sebahagian daripada undang-undang ramai negara, terutama mereka yang mempunyai sejarah penjajahan empayar British keatas mereka....
"Civil Law" pula diringkaskan sebagai sistem undang-undang dari perundangan empayar Rom dan Justinian Kod yang digunakan sebagai kodified (undang-undang statue).

Perbezaan antara Common Law dengan Civil law, dari segi sistem peraturan, Common Law didominasi oleh hukum tidak tertulis atau hukum kebiasaan melalui keputusan hakim sedangkan Civil Law ialah hukum yang tertulis (kodifikasi) dan ada pemisahan secara tegas dan jelas antara hukum publik dengan hukum privat.
Manakala dari segi sistem pengadilan pula, Common Law menggunakan juri yang memeriksa fakta kesnya menetapkan kesalahan dan hakim hanya menetapkan hukuman dan menjatuhkan keputusan. Civil Law pula tidak menggunakan juri sehingga tanggung jawab hakim adalah memeriksa kes, menentukan kesalahan, serta menetapkan hukumnya sekaligus menjatuhkan keputusan.
Tambahan lagi, dalam Common Law, Hakim terikat pada putusan hakim sebelumnya dalam perkara yang sejenis melalui asas The Binding of precedent. Bagi Civil Law pula Hakim tidak terikat dan tidak wajib mengikuti putusan hakim sebelumnya.
sebarang komen dan penambahbaikan dialu-alukan.

"Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Comments

Popular posts from this blog

Tatacara (prosuder) mal di mahkamah syariah

Info tentang Diploma Perundangan

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri