Posts

Slot Tahukah Anda?

Image
Slot kali ini pula dikongsikan oleh Saudara  Muhamad Zulfadli B. Zulkifli Hassan, Exco Kepimpinan & Latihan Guaman. [ SULH ] Pendahuluan Panduan ringkas ini dikeluarkan bagi menerangkan secara ringkas berkenaan konsep pelaksanaan sulh yang telah diperkenalkan di dalam Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri melalui Kaedah Sulh Mahkamah Syariah. 2. Pengertian Sulh Al-Sulh di dalam bahasa Arab bererti `putus pertengkaran’ yang

Nukilan Alumni KPMJ di akhbar tempatan

Image
Nukilan oleh Saudara Iz'aan Azalan, beliau merupakan Presiden kedua KPMJ. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Agama dan Perundangan

Berita ini dikongsikan oleh Saudara Muhammad bin Abdullah, mantan Presiden KPMJ sesi 2013/2014  Dua kes penting yang akan didengarkan esok : 1) Permohonan menjadi peguam syarie oleh peguam non-muslim. 2) Kes transgender. Doakan yang terbaik. Moga baik-baik sahaja. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mahkamah-persekutuan-dengar-dua-kes-penting-khamis-69546

Slot Tahukah Anda?

Image
Assalamualaikum. Slot kali ini dikongsikan oleh Saudara Muhammad Fakhri bin Mohd Fadzli, Perwakilan Amman. Tahukah anda Dewan Negara ialah senat bagi Persekutuan Malaysia. Ia bertindak sebagai perwakilan rakyat yang tertinggi di negara ini. Dewan Negara ialah salah satu daripada dewan yang berada di Parlimen selain Dewan Rakyat. Jumlah ahli yang terdapat di Dewan Negara ialah seramai 70 orang.

Arahan dan Larangan Masuk ke dalam Dewan

ARAHAN DAN LARANGAN MASUK KE DALAM DEWAN MAHKAMAH SYARIAH A.     ARAHAN Hendaklah hormat kepada Y.A Tuan Hakim ketika masuk ke dalam Dewan dan keluar Dewan dengan berhenti dan tunduk menghadap Y.A Tuan Hakim. B.      TEMPAT DUDUK Lelaki              Tempat duduk sebelah kanan Perempuan      Tempat duduk sebelah kiri C.     SENYAP Ketika Mahkamah bersidang hendaklah senyap D.     PAKAIAN Lelaki              Pakaian sopan/tertib Perempuan      Pakaian sopan/tertib dan menutup aurat E.      LARANGAN PAKAIAN DAN LAIN-LAIN ·          Lelaki              Baju T, seluar jeans, rambut panjang meleb...

Pencarian Peserta Mooters Peguam Syarie

Assalamualaikum.. Adakah anda pernah melihat peguam membawa kes di dalam makhmah syarie ? Makluman kepada ahli KPMJ, LANCER pada kali ini pihak KPMJ sekali lagi akan membuka penyertaan kepada mana-mana ahli KPMJ yang berminat untuk menjadi salah seorang daripada team mooters untuk membuat persembahan mooting pada program LANCER nanti di hadapan delegasi para hakim mahkamah syarie yang akan dibawa dari Malaysia. Sesiapa yang berminat boleh

Selamat Datang

Image
21 Julai 2015 Selamat datang diucapkan kepada Prof Madya Dr Ahmad Sohaimi bin Lazim Pengarah Education Malaysia Jordan yang baharu memulakan tugas secara rasmi  pada hari ini. Juga untuk diperkenalkan kepada semua pimpinan persatuan dan pelajar Malaysia di Jordan. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Mafatih Mahabbah Ramadan 2015

Image
Ucapan daripada Presiden KPMJ Penghargaan buat para graduasi Slot Tazkirah oleh Dr. Ikram Adha Sesi bergambar oleh En. Kamarulzaman (Pegawai Atase Pendidikan) dan En. Alimi, serta ahli KPMJ "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Ucapan Raya daripada Presiden KPMJ

Image
Eid mubarak diucapkan kepada semua umat islam di dunia khususnya kepada mahasiswa/wi Malaysia yang berada di bumi Jordan dan tidak dilupakan juga kepada Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM),penaung dan penasihat tetap KPMJ yang diwakili oleh Dato' Zainul Rijal Abu Bakar. Syawal ialah bulan di mana umat Islam kembali kepada fitrahnya,diampuni semua dosanya setelah melakukan ibadah Ramadhan sebulan penuh.1 Syawal juga umat Islam “kembali makan pagi ” dan diharamkan berpuasa pada hari itu. Ketibaan Syawal membawa kemenangan bagi mereka yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan. Ia merupakan lambang kemenangan umat Islam hasil dari “peperangan” menentang musuh dalam jiwa yang terbesar, iaitu hawa nafsu. Perginya Ramadan tidak bermakna iman dan takwa kita hilang begitu sahaja.Inilah makna terpenting bulan Syawal. Setelah Ramadhan berlalu, pada bulan Syawal lah “pembuktian” berhasil-tidaknya ibadah Ramadhan, utamanya puasa, yang bertujuan meraih derajat takwa...

Salam Takziah

Assalamualaikum.. Takziah diucapkan kepada salah seorang pimpinan KPMJ iaitu saudari Nur Haziqah binti Mohammed Hafidz yang merangkap perwakilan Mu'tah di atas pemergian bapanya ke rahmatullah petang tadi. Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat arwah.Moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin. Didoakan juga buat saudari Haziqah agar kuat dan tabah menerima ujian ini. Al-fatihah. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

MAHAR 2015

Image
Assalamualaikum semua ahli KPMJ. Selamat menjalani ibadah di bulan yang mulia ini.

Salam Perpisahan

Image
Kelab Peguam Muda Jordan mengucapkan selamat pulang ke tanah air kepada Prof. Madya Dr. Mohd Azidan bin Abdul Jabbar. Terima kasih atas segala jasa,keringat dan pengorbanan kepada kami semua di sini Mahasiswa Jordan sepanjang berkhidmat sebagai Pengarah Education Malaysia Jordan. Sungguh terlalu banyak budi yang telah ditabur. Semoga Allah membalas tiap-tiap kebaikan yang telah dilakukan. Diharapkan Prof dapat meneruskan kecemerlanga n dalam berkhidmat kepada anak bangsa serta sentiasa dipermudahkan dalam apa jua urusan. Akhir kata, terima kasih dan salam perpisahan. Kuning emas masaknya padi, Mawar merah dalam jambangan, Terima kasih daun keladi, Budi tuan jadi kenangan. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina" "Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama"

Senarai Nama Peserta SPC 2015

[Summer Pre Chambering 2015] Berikut merupakan senarai nama peserta SPC pada tahun ini beserta dengan penempatan masing-masing. In shaa Allah surat panggilan SPC akan dihantar kepada peserta dalam masa terdekat.  Tahniah diucapkan kepada semua. Selamat berpraktikal dan menimba pengalaman!  klik sini untuk senarai nama dan penempatan di mahkamah "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Slot Tahukah Anda?

Slot kali ini dikongsikan oleh Saudari Nur Shakina binti Bensui, Perwakilan Mafraq. ~ETIKA PEGUAM SYARIE~ (Take five ) 1. Akhlak dan peranan Peguam Syarie. ~Peguam Syarie hendaklah mempunyai akhlak, sikap dan tingkah laku yang mulia, dan dalam melaksanakan tugas dan peranannya hendaklah bersifat amanah, jujur dan berniat baik untuk menegakkan keadilan. 2. Meningkatkan pengetahuan. ~Peguam Syarie hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan hukum syarak dan undang-undang supaya tugas guaman dapat dijalankan dengan lebih cekap dan berkesan. 3. Peguam Syarie hendaklah menjalankan pembelaan dengan cara yang saksama dan terhormat. ~Peguam Syarie yang menjalankan pembelaan bagi seseorang dalam apa-apa perkara, hendaklah bertanggungan dengan segala cara yang saksama dan terhormat mengemukakan setiap pembelaan yang dibenarkan oleh undang-undang. 4. Menghormati mahkamah. ~Peguam Syarie hendaklah sentiasa menghormati dan tidak boleh melakukan perdayaan ke atas ...

Kalam Presiden | RAMADHAN 1436H

Image
Wahai orang-orang yang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." Al-Baqarah:183 "Orang yang puasa Ramadhan kerana iman dan megharap pahala,akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" ( HR Bukhari 1869 ) Saya mewakili pimpinan Kelab Peguam Muda Jordan sesi 2015/16 mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H kepada seluruh muslimin & muslimat seluruh dunia khususnya yang berada di Jordan dan Malaysia.  Moga amalan kita diterima oleh Allah SWT. "Syariah Diperkasa, Krebiliti Terbina" "Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama"

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri

Perlis / Kelantan : Ijazah Syariah. Kedah : Ijazah dan Sijil Negeri lain. Pulau Pinang : Ijazah Syariah, DAIJ/DIJAP, dan Sijil. Perak : Ijazah Syariah dan DAIJ/DIJAP Wilayah : Ijazah Sarjana dan DAIJ/DIJAP Sarawak : Ijazah Sarjana Selangor : Ijazah Sarjana, DAIJ/DIJAP, dan Latihan dalam Kamar Negeri Sembilan / Melaka / Terengganu : Ijazah Sarjana dan DAIJ/DIJAP "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Slot Tahukah Anda?

Image
Slot kali ini dikongsikan oleh Saudari Najihatul Munirah binti Muhamad Maznillah, Exco Penerangan dan Integriti. CARTA ALIRAN SEBUTAN ATAU PERBICARAAN KES JENAYAH Sedikit penerangan melalui video :

Slot Tahukah Anda?

Perkongsian kali ini dikongsikan oleh Timbalan Setiausaha Kehormat, Saudari Siti Nur Hamizah binti Hamid. ( BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA) Di dalam sistem perundangan Islam, bidang kuasa Mahkamah Syariah disebut sebagai 'al-wilayah', yakni hak dan juga kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes. Sekiranya Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ini, maka mahkamah tidak boleh membuat sebarang keputusan terhadap mana-mana perbicaraan. ****BIDANG KUASA JENAYAH Tidaklah sebagaimana Mahkamah Sivil, bidang kuasa jenayah bagi Mahkamah Syariah adalah "dikurniakan" oleh Perlembagaan Persekutuan. Bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun ditentukan oleh Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984). Iai memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman maksimum RM5000.00 denda, ataupun penjara maksimum 3 tahun ataupun

Kalam Pimpinan KPMJ

Image
Tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan, Tidak dapat tidak mestilah melalui jerih perih yang pelbagai, Jatuh bangun itu sudah adat berjuang, Tapi usah sesekali mengalah, Teruslah berusaha sedaya yang mungkin, Kerana kejayaan itu bukanlah sesuatu yang mustahil bagi mereka yang menginginkannya, Yakinlah sinar kejayaan pasti hadir jua nanti, Yang penting jangan pernah putus asa, Pasakkan di hati, janji Allah itu pasti. “Apabila kamu telah berazam (bertekad dan berusaha) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah sukakan golongan yang bertawakal” ( Surah Ali Imran :159) Salam imtihan! "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Selamat Hari Guru

Image
Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia dan Jordan. Selamat Hari Guru juga kepada guru kami, Dato'  Zainul Rijal Abu Bakar . Terima kasih untuk segala bimbingan dan tunjuk ajar. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"