Slot Tahukah Anda?

Perkongsian kali ini dikongsikan oleh Timbalan Setiausaha Kehormat, Saudari Siti Nur Hamizah binti Hamid.


( BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA)
Di dalam sistem perundangan Islam, bidang kuasa Mahkamah Syariah disebut sebagai 'al-wilayah', yakni hak dan juga kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes. Sekiranya Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ini, maka mahkamah tidak boleh membuat sebarang keputusan terhadap mana-mana perbicaraan.
****BIDANG KUASA JENAYAH
Tidaklah sebagaimana Mahkamah Sivil, bidang kuasa jenayah bagi Mahkamah Syariah adalah "dikurniakan" oleh Perlembagaan Persekutuan. Bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun ditentukan oleh Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984). Iai memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman maksimum RM5000.00 denda, ataupun penjara maksimum 3 tahun ataupun
sebatan 6 kali ataupun gabungan antara hukuman-hukuman berkenaan.
Semua kesalahan dan hukuman yang disebutkan ini adalah termasuk di dalam konsep takzir yang ditentukan oleh Islam dalam konteks kes-kes jenayah.
Dalam konteks Mahkamah Syariah di Malaysia,kesalahan-kesalahan jenayah syariah ini boleh dilihat peruntukannya di dalam tiga tempat:
1) Kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Pentadbiran Agama Negeri-negeri,
2) Kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen/Ordinan/Akta Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri, dan
3) Kesalahan-kesalahan di bawah Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah yang secara khususnya memberikan peruntukan berkaitan dengan jenayah berkenaan.
Kesalahan-kesalahan yang berada di tempat yang ketiga ini juga turut melibatkan kesalahan jenayah syariah matrimoni seperti poligami tanpa izin mahkamah dan perceraian dilakukan di luar mahkamah.
****ISTILAH 'MAL' sebenarnya merujuk kepada harta tetapi dalam konteks perundangan, ia merujuk kepada kes-kes bukan jenayah. Bidang kuasa mal bagi Mahkamah Syariah terpakai kepada semua orang Islam yang tinggal pemastautin negeri-negeri. Dan sebenarnya, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa mal yang hampir menyeluruh dan merangkumi banyak aspek kekeluargaan Islam
*Untuk info yang lebih lanjut, boleh klik link di bawah :

Comments

Popular posts from this blog

Info tentang Diploma Perundangan

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri