Posts

Bengkel Inspirasi Guaman Syarie II

Image
Assalamualaikum wbt. Kelab Peguam Muda Jordan kali ini membawakan anda sebuah program "Bengkel Inspirasi Guaman Syarie" (BIGS II) khas untuk semua ahli KPMJ di semua mantiqah. Nantikan awal Mei ini di mantiqah Mu'tah. Dengan tema "Peguam Syarie, Kerjaya Berintegriti." Ayuh bersama kami dengan slot-slot yang begitu bermanfaat dan bersama mengenali kerjaya guaman dengan lebih dekat lagi !!! "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina" ::Membangun Mahasiswa Muslim Kelas Pertama::

Pengalaman Menyertai SPC

Image
SPC bukanlah sekadar omong kosong. Ramai yang telah berjaya membuktikan bahawa dengan SPC banyak perkara baru yang berjaya mereka pelajari dan dalami. Mereka sudah, kini tiba masa untuk anda pula menyahut cabaran ini. Jom manfaatkan peluang ini! Untuk makluman,pendaftaran masih lagi dibuka sehingga 17 April 2015.. Jangan lupa untuk mendaftar! "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Pengalaman Menyertai SPC

Image
Apa pengalaman mereka menyertai SPC ? Jom daftar! Mereka sudah.. Anda bila lagi ? "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

[ Talk - Introduction to Law ]

Image
Assalamualaikum ahli KPMJ di seluruh Jordan terutama di Irbid. Dijemput hadir ke program ini untuk mengetahui serba sedikit berkenaan undang-undang. Bertempat di PUSKOM. Jam 8 malam Disampaikan oleh Wan Ahmad Fadhli bin Wan Md Hatta. Jumpa di sana! "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

FORUM "PELAKSANAAN HUDUD DAN CABARANNYA DI MALAYSIA MENGIKUT REALITI SEMASA"

Image
"APAKAH PANDANGAN ISLAM TERHADAP PENJENAYAH? MEREKA JAHAT ATAU ADAKAH SEBENARNYA MEREKA PESAKIT YANG PERLU DIRAWAT? SELAIN HUDUD YANG BERSIFAT PUNITIF, APAKAH ISLAM MEMPUNYAI SISTEM DAN PENDEKATAN YANG LAIN DALAM MENANGANI MASALAH JENAYAH?" "APAKAH KEADAAN (CIRCUMSTANCES) YANG HARUS TERLEBIH DAHULU WUJUD SEBELUM HUDUD? TERUTAMA DARI SEGI EKONOMI MASYARAKAT DAN SISTEM KEHAKIMAN". "REALITI MALAYSIA AKAN PELAKSANAAN HUDUD DALAM KERANGKAAN PERLEMBAGAAN, APAKAH KERAJAAN NEGERI BERHAK MEMPUNYAI SET UNDANG-UNDANG TERSENDIRI?" Assalamualaikum w.b.t. Kini saat yang dinanti-nantikan oleh semua mahasiswa sudah tiba. Dengan sukacitanya anjuran Kelab Peguam Muda Jordan & kerjasama Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah (PERMATA) membawakan kepada anda sebuah pentas forum isu perundangan negara tanah air bertajuk ;

Current Affairs : sekitar Hudud dan Parlimen

Perjalanan untuk melihat hudud dilaksanakan di negeri Kelantan masih lagi panjang dan jauh. Beberapa akta dan fasal dalam Perlembagaan harus dipinda di Dewan Rakyat terlebih dahulu. Dua perkara yang perlu dipinda ialah Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah) Bidang Kuasa Jenayah 1965 dan Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada negeri Kelantan melaksanakan kanun jenayah syariah itu. Untuk meminda dua akta ini hanya memerlukan sokongan “simple majority” atau 112 orang ahli parlimen bersetuju bagi membolehkan ianya diluluskan. Apakah cukup jumlah 112 untuk membolehkan undang undang itu dipinda di parlimen? Jika dilihat data semua ahli parlimen Islam yang ada dalam Dewan Rakyat,

Pendaftaran Summer Pre-Chambering (SPC) 2015!

Image
Kini saat yang dinanti oleh semua sudah tiba. Dengan sukacitanya, Kelab Peguam Muda Jordan mengumumkan pendaftaran SPC telah mula dibuka kepada semua ahli KPMJ.  Anda berpeluang menyertai praktikal di seluruh Malaysia! Pendaftaran SPC bermula pada hari ini sehingga 17 April 2015 . Borang pendaftaran pula hendaklah diserahkan selewatnya pada 24 April 2015 kepada perwakilan mantiqah masing masing. Yuran pendaftaran adalah sebanyak 5JD . Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan borang pendaftaran dan untuk mengetahui senarai mahkamah syariah yang terdapat di Malaysia. http://mykpmj.blogspot.com/p/muat-turun.html Jika ada sebarang kemusykilan dan persoalan bolehlah menghubungi perwakilan mantiqah masing masing untuk mendapatkan penjelasan. Amman - Fakhri Irbid - Irfan Mafraq - Shakina Mu'tah - Haziqah Ayuh semua rebut peluang ini! Kalian pasti tidak rugi sama sekali. Jom sertai kami! "Syariah diperkasa, Kredibiliti terbina."

Summer Pre-Chambering (SPC)

Image
Summer Pre-Chambering (SPC) Summer Pre-Chambering (SPC) adalah satu program yang SAMA seperti attachment kedoktoran. Malah, SPC ini juga adalah suatu latihan berpraktikal di KAMAR MAHKAMAH sebagai seorang PEGUAM bagi pelajar Jurusan Fiqh wa Usuluhu di Jordan. Ianya juga satu program PENGENALAN dan ASAS LATIHAN GUAMAN di mahkamah dan firma guaman syarie sekitar Malaysia di bawah kelolaan Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) . Objektif SPC Memperolehi pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan. Mendedahkan para pelajar kepada fungsi dan operasi firma guaman syarie. Pendedahan kepada pelajar mengenai aspek pentadbiran badan legislatif dan perundangan di firma guaman syarie dan mahkamah. Memberi pendedahan teori dan amali kepada pelajar mengenai prosiding perundangan syariah di firma guaman syarie. Syarat Penyertaan SPC (Syarat wajib) Ahli rasmi KPMJ dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Fiqh Wa Usuluhu. Ahli bersekutu KPMJ s...

Booth KPMJ di Karnival Permata, Mu'tah

Image
Pada 27 Februari yang lepas, KPMJ telah menyertai Karnival Permata di Mu'tah. Setinggi-tinggi  ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi berkunjung ke booth kami. Diharapkan semuanya mendapat pengetahuan dan manfaat daripada booth ini. Moga ketemu lagi di program yang mendatang. "Syariah diperkasa, Kredibiliti terbina."

Pendaftaran Ahli KPMJ

Kini saat yang dinanti oleh semua sudah tiba. Dengan sukacitanya Kelab Peguam Muda Jordan mengumumkan pendaftaran ahli baru telah mula dibuka kepada seluruh mahasiswa Jordan. Pendaftaran keahlian bermula pada hari ini sehingga 20 Februari 2015. Borang pendaftaran pula hendaklah diserahkan selewatnya pada 24 Februari 2015 kepada perwakilan mantiqah masing masing. Terbuka kepada semua tanpa mengira jurusan kalian. Ahli RASMI - Jurusan Fiqh wa Usuluhu Ahli BERSEKUTU - selain jurusan Fiqh wa Usuluhu Yuran pendaftaran adalah sebanyak 2JD. Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan borang pendaftaran. https://www.dropbox.com/s/ciwbgvkulhdj3no/Borangkeahlian.pdf?dl=0 Jika ada sebarang kemusykilan dan persoalan bolehlah menghubungi perwakilan mantiqah masing masing untuk mendapatkan penjelasan. Amman - Fakhri Irbid - Irfan Mafraq - Shakina Mu'tah - Haziqah Ayuh semua rebut peluang ini! Kalian pasti tidak rugi sama sekali. Jom sertai kami! "Syariah diperkasa...

Selamat Kembali ke Kampus!

Image
Kelab Peguam Muda Jordan mengucapkan selamat kembali menyambung pelajaran dan selamat memulakan sem baru kepada seluruh mahasiswa Jordan dengan azam baru serta semangat yang membara. Semoga sem ini lebih baik dari sebelumnya dan diharapkan sem ini menjanjikan kejayaan yang cemerlang buat kita semua. Selamat maju jaya! "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Salam Takziah

Image
Kelab Peguam Muda Jordan merakamkan ucapan takziah di atas pemergian seorang ulama yang disegani dan dihormati.  Moga Allah merahmati Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.  Moga Allah menempatkan rohnya bersama roh-roh orang beriman.  Damailah di kau di sana wahai pejuang Islam .  Al-fatihah.  "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Kunjungan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia di Jordan

6 Feb, Sweileh - Kelab Peguam Muda Jordan telah menerima kunjungan hormat Dato' Zainul Rijal dan keluarga sekaligus mengadakan perjumpaan ringkas bersama beliau. Banyak cadangan dan nasihat yang dilontarkan oleh beliau untuk terus menggerakkan Kelab Peguam Muda Jordan ke arah yang lebih baik.  Banyak juga isu yang dikongsikan bersama-sama.  Kami daripada KPMJ juga berbesar hati kerana Dato' sudi meluangka n masa bersama-sama walaupun sibuk dengan urusan-urusan yang lain. Makan malam khas juga turut diadakan bersama kedutaan Malaysia ke Jordan dan Education Malaysia Jordan (EMJ) sebelum beliau dan keluarga pulang ke Malaysia pada malam tadi. Semoga hubungan baik KPMJ bersama PPMM akan terus dikekalkan. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Lawatan ke EMJ

Image
Pada 4 Februari yang lalu, pimpinan Kelab Peguam Muda Jordan telah mengadakan lawatan ke Education Malaysia Jordan (EMJ) dalam usaha untuk meneruskan hubungan baik dengan EMJ serta mendapatkan nasihat bagi memastikan KPMJ tetap utuh sebagai sebuah organisasi yang mantap dalam memberi manfaat kepada semua. Banyak harapan dan impian serta cadangan yang telah dilontarkan oleh Prof. Azidan dan Ustaz Kamaruzzaman sendiri kepada KPMJ. Antaran ya, mereka mengharapkan ramai lagi mahasiswa Jordan yang akan berkecimpung dalam bidang ini setelah melihat sebilangan alumni KPMJ berjaya menempatkan diri dan bergelar peguam syariah di Malaysia. Ini merupakan hasil yang positif yang telah dicapai oleh KPMJ sejak tertubuhnya kelab ini. Semoga kejayaan mereka itu dapat memberi inspirasi kepada kita semua untuk turut sama menceburkan diri dalam bidang ini. Semoga KPMJ terus mengorak langkah menuju kejayaan dan kegemilangan. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

BUKU LOG SPC 2014

Assalamualaikum wbt. Berikut merupakan pautan untuk memuat turun buku log SPC 2104. Para peserta perlu memuat turun buku log tersebut dan print untuk dijadikan sebagai 'hardcopy'. Link :  Buku Log SPC 2014 Peserta hanya perlu mengisi dan mematuhi keperluan-keperluan catatan yang dinyatakan di bahagian awal buku log tersebut. Rujuk fb Kelab Peguam Muda Jordan untuk sebarang pertanyaan lanjut. " Memartabat Syarie Berpaksi Integriti "

Penempatan Summer Pre-Chambering 2014

Assalamualaikum.. Berikut merupakan senarai nama peserta beserta penempatan bagi program praktikal Summer pre-Chambering 2014.. Peserta diingatkan untuk membawa bersama surat pengesahan daripada Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan senarai nama negeri masing-masing. ( Surat pengesahan dan senarai nama perlu di print  sendiri oleh peserta ) Surat pengesahan PPMM Sila klik di pautan di bawah untuk mendapatkan senarai nama. 1. Peserta Johor 2. Peserta Kedah 3. Peserta Perak 4. Peserta Negeri Sembilan 5. Peserta Melaka 6. Peserta Kelantan 7. Peserta Selangor 8. Peserta Terengganu 9. Peserta Wilayah Persekutuan ( KL dan Putrajaya ) 10. Peserta Sabah 1    Bagi negeri-negeri selain di atas, kami masih menunggu respon daripada pihak PPMM. Sebarang perubahan akan dihebahkan dari semasa ke semasa. Pihak Kelab Peguam Muda Jordan mengucapkan selamat menjalani praktikal sebagai seorang peguam muslim di mahkamah...

Termenterainya Perjanjian..

Image
SWEILEH, 24 April - Telah dilaksanakan Majlis Penandatanganan Perjanjian  Persetujuan Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) sebagai kelab di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) semalam. KPMJ telah diwakili oleh Saudara Muhammad bin Abdullah, Presiden dan Saudara Asrol Nizam bin Yusof, Setiausaha Kehormat dalam memenuhi jemputan mesyuarat MPMMJ. Hasil mesyuarat tersebut, wakil kelab telah bersetuju dengan dasar-dasar perjanjian yang dikemukakan oleh pihak MPMMJ. Dasar perjanjian ini telah ditandatangani oleh Presiden KPMJ, saudara Muhammad dan telah disaksikan oleh para AMT MPMMJ sendiri. Turut dihadiri bersama wakil Kelab Haluan Siswa Jordan, Kelab Unit Zakat Dan Sedekah dan Kelab Revolusi Multimedia SeJordan.

S.P.C Menyusul Lagi!

Image
Tawaran kepada semua ahli KPMJ.  Berminat dan bercita-cita menjadi peguam/hakim? Ingin merasai pengalaman praktikal di mahkamah dan firma?

Salam Takziah!

Image
Kelab Peguam Muda Jordan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga YB Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan pembantu beliau yang telah terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan. Dikenali sebagai seorang tokoh yang berpegang teguh kepada prinsip undang-undang dan perlembagaan. Beliau juga seorang yang berpengalaman luas dalam arena perundangan serta meninggalkan sumbangan yang besar dalam bidang ini. Disegani oleh pihak kawan dan lawan. Semoga keluarga mendiang terus bersabar atas dugaan yang berlaku.

Pendakwaan Ke Atas Kassim Ahmad Tidak Bercanggah Syariat atau Perlembagaan

27 Mac -  Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) telah mengikuti kronologi isu Kasim Ahmad sehingga beliau didakwa di mahkamah syariah Putrajaya semalam. Kronologi peristiwa tersebut diukur berdasarkan parameter perundangan, perlembagaan dan syariah.  PPMM menegaskan  bahawa setiap kebebasan yang dianugerahkan di dalam Perlembagaan Persekutuan ataupun dalam Islam termasuk kebebasan bercakap bukanlah diberikan secara total tetapi ada had yang telah digariskan. Tiada kebebasan mutlak di dalam mana-mana sistem perundangan di dunia ini. PPMM juga menegaskan bahawa pendakwaan terhadap Kasim Ahmad adalah sejajar dengan undang-undang yang berkuatkuasa. Beban pembuktian untuk mensabitkan beliau bersalah atas kesalahan yang didakwa masih lagi terletak di bahu pendakwa syarie.