Posts

Summer Pre-Chambering Kini Kembali!

Image
Apa itu Summer Pre-Chambering? Apakah antara input menarik yang boleh anda dapat daripada program ini? Ayuh sama-sama kita saksikan video ini untuk maklumat lebih lanjut. Nantikan. Pendaftaran Akan Dibuka! "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Pendaftaran Keahlian Dibuka

Image
Kini saat yang dinanti oleh semua sudah tiba. Dengan sukacitanya Kelab Peguam Muda Jordan mengumumkan pendaftaran ahli baru telah mula dibuka kepada seluruh mahasiswa Jordan. Kelainannya pada kali ini, Kelab Peguam Muda Jordan akan membuka pendaftaran sepanjang tahun bermula pada hari ini. Terbuka kepada semua tanpa mengira jurusan kalian. Ahli RASMI - Jurusan Fiqh wa Usuluhu Ahli BERSEKUTU - selain jurusan Fiqh wa Usuluhu

Diskusi : Malaysia; Bumiputera & Non-Bumi

Image
Siapa yang dimaksudkan dengan bumiputera dan non-bumi? Kenapa hak keistimewaan tidak diberikan kepada non-bumi seper timana bumiputera? Apakah keistimewaan bumiputera yang dinyatakan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan? Dan pelbagai persoalan lagi. Ayuh bersama kita diskusikan! Rabu 23/3/2016 8.00 malam Irbid, Bayt Wafa (Bangunan Abu Ain, Tingkat 3) Panel : 1. Abdul Muhaimin Hamzah 2. Afifi AbdulRahman Moderator : Ahmad Irfan Radzi "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Ucapan Dasar Presiden KPMJ sesi 16/17

Image
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد Dengan rasa penuh rendah diri, saya Ahmad Irfan Helmi Bin Md Radzi telah ditaklifkan sebagai Presiden Kelab Peguam Muda Jordan sesi 16/17. Saya sangat meyakini amanah ini bukanlah satu kebanggaan tetapi satu amanah yang akan dipersoalkan kepada saya selepas kehidupan ini. Justeru saya memohon petunjuk, kekuatan dan kesabaran dari Allah SWT untuk saya galas sebaik mungkin amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh sahabat-sahabat semua. Dasar. Perkara 8 perlembagaan KPMJ menyebut dasar penubuhan KPMJ adalah untuk

Majlis Makan Malam KPMJ

Image
Salam sedingin pilihan raya. Pada kali ini, kami dari pihak KPMJ membawakan kepada kalian semua sebuah program yang julung-julung kali diadakan iaitu sebuah majlis makan malam atau dengan nama rasminya D'hote de Lawyers 2016. Berikut merupakan maklumat majlis : Tarikh : 12 Februari 2016 (Jumaat) Tempat : Solah Petra (Irbid) Masa : 5.30 petang - 10.00 malam Yuran : 1 JD Pengangkutan disediakan untuk setiap mantiqah. Tempat adalah terhad untuk 100 orang terawal sahaja. Nantikan spreadsheet yang akan dibuka tidak lama lagi. Jom semua rebut peluang ini! "The fondest memories together" "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Syarat-syarat Kelayakan Bertanding

Image
Berikut merupakan syarat syarat bertanding bagi kepemimpinan KPMJ 2016. Syarat syarat ini mestilah dipenuhi oleh setiap calon yang mencalonkan diri sendiri atau mana mana individu yang mencalonkan orang lain. :: Telus Amanah :: "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Pilihan Raya KPMJ sesi 2016/2017

Image
Khas buat semua Ahli Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) Sukacitanya dimaklumkan, InsyaAllah pada kali ini KPMJ akan meneruskan lagi pembaharuan yang telah dimulakan dalam pemilihan pimpinan baru KPMJ sesi lepas dengan melantik satu badan SPR bagi melaksanakan pemilihan pimpinan baru. Unit ini ditubuhkan untuk memastikan sistem undian dapat diadakan dengan sistematik, adil dan telus. Unit pilihanraya diketuai oleh  Fakhri Fadzli  dan  Adlina Asri . Pilihan raya ini akan menggunakan sistem penamaan calon diri sendiri dan pencalonan umum yang mana mereka yang berminat untuk bertanding perlu mencalonkan diri sendiri atau mencalonkan orang lain.

Selamat Tahun Baru 2016

Image
Kelab Peguam Muda Jordan mengucapkan selamat tahun baru kepada seluruh mahasiswa di Jordan. Semoga tahun ini diiringi dengan keberkatan dan dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah amin  "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Salam Imtihan Nihaie

Image
Kelab Peguam Muda Jordan mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi di seluruh Jordan. Semoga semua beroleh keputusan yang cemerlang, insyaAllah  smile emoticon Sentiasa berdoa, berusaha, kemudian bertawakal. حسبنا الله ونعم الوكيل "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbi na"

Lancer IV di Utusan Malaysia

Image
UJIAN forensik sebenarnya tidak asing dalam dunia Islam kerana pernah dilaporkan bahawa Saidina Ali k.w. pernah menggunakan air panas semasa membuktikan kesan pada pakaian wanita di dalam kes rogol. Setelah air panas dicurahkan didapati kesan yang terdapat di pakaian adalah daripada telur bukannya air mani lelaki yang sekali gus membuktikan kejadian rogol tidak berlaku. Pembuktian nasab di Mahkamah Syariah umpamanya sudah pasti akan lebih mudah sekiranya kaedah forensik diaplikasikan seperti ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Dengan perkembangan teknologi moden sekarang, pelbagai cara pembuktian kes boleh dibuat di mahkamah termasuklah kaedah forensik. Kaedah itu tidak lagi terhad kepada kes-kes pembunuhan mahupun yang melibatkan kecederaan malah turut boleh melibatkan aspek penulisan komputer, Internet, DNA dan sebagainya yang diterima di Mahkamah Syariah dan Sivil. Justeru, baru-baru ini Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) dengan kerjasama Kelab Peguam...

Video Penutup LANCER IV

Image

Ucapan Perasmian Pembukaan LANCER IV

Image
Bismillahirahmanirrahim..... Assalamualaikum wrmth.... Yang saya muliakan.... Alhamdulillah, seinfiniti syukur ke hadrat Allah s.w.t di atas rahmat dan kasih sayangNya kita dapat dipertemukan di dalam satu Program LANCER IV, yang bertemakan “Dunia Forensik: Mitos, Perundangan & Syariah” Hadirin Yang Dirahmati Allah sekalian, Pada tahun ini, sekali lagi Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dengan kerjasama Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) dan Education Malaysia Jordan (EMJ) mengadakan program “LANCER IV” dengan dengan mengangkat tema “Dunia Forensik: Mitos, Perundangan & Syariah”. Sebelum saya pergi lebih jauh lagi izinkan saya untuk mengucapkan jutaan terima kaseh dan penghargaan PPMM khususnya kepada YB Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengusahakan sumbangan dana dari pihak Kerajaan Malaysia bagi program ini serta Y Bhg Dato Zainal Abidin Jaafar Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah-Wilayah Persekut...

Kenyataan Presiden PPMM berkenaan isu LGBT

Kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia oleh Dato Hj Zainul Rijal Abu Bakar berkenaan isu LGBT dan hujah balas terhadap Barack Obama His Excellency Mr Ambassador Joseph Y. Yun United States Ambassador to Malaysia The U.S. Embassy in Malaysia 376, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Dear Sir, RE: STATEMENT MADE BY THE US PRESIDENT BARACK OBAMA ON THE NOTION THAT LGBT RIGHTS, SAME-SEX MARRIAGE SHOULD BE RESPECTED BY STATE (MALAYSIA) We refer the above matter. 2. We, Muslim Lawyers Association of Malaysia (Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia [PPMM]) wish to put on record our objection against the remarks made by the US President Barack Obama regarding the LGBT issues, during his visit in Malaysia, recently.

Road to LANCER IV

Image
Teater musikal HALUSinasi, LANCer IV Bersempena dengan LANCER IV, kami membawakan sebuah Teater Muzikal yang diimport khas dari bandar Irbid yang bertajuk HALUSinasi. Dibintangi oleh : Akram Zaid (Detektif Me) Zaznizam Izzat (Detektif You) Faqrullah Aken (Detektif We) Aminul El Kasmadi (Kapten Rasyid) Afifah Aqilah (Sarjan Marina) Anisah Othman (Sarah/Dr Nuha) Nabil Takiyuddin (Peguam Dakwa Rauf)

Teaser LANCER IV

Image
Forensik adalah sebuah penerapan dari berbagai ilmu pengetahuan untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang penting untuk sebuah sistem hukum dan forensik umumnya lebih meliputi sesuatu atau metode-metode yang bersifat ilmiah (bersifat ilmu) dan juga aturan-aturan yang dibentuk dari fakta-fakta berbagai kejadian, untuk melakukan pengenalan terhadap bukti-bukti fizik (contohnya mayat, bangkai, dan sebagainya). Atau untuk pengertian yang lebih mudahnya, Ilmu  Forensik adalah ilmu untuk melakukan pemeriksaan dan pengumpulan bukti-bukti fizik yang ditemukan di tempat kejadian perkara dan kemudian dihadirkan di dalam sidang pengadilan. Kegunaan forensik antaranya: 1)Information on modus operandi 2)Linking a suspect with a victim 3)Linking a person to a crime scene 4)Disproving or supporting a Witness ’s Testimony 5)Identification of a suspect 6)Providing Investigative leads Rungkaikan persoalan anda di LANCER IV pada 27&28 November ini. "Syariah Diperkasa, Kredibil...

Nukilan ALUMNI KPMJ di akhbar tempatan

Image
Beliau ialah Saudara Muhammad Syafiq, Presiden KPMJ yang pertama. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina" Perkahwinan seharusnya menjanjikan ketenangan, kasih sayang dan belas ihsan sesama manusia. Sebuah perkahwinan itu tambah lebih bermakna dengan kehadiran anak yang pastinya menceriakan kehidupan berkeluarga sekali gus menjadi pemangkin ikatan kasih sayang ibu bapa dan anak. Anak bukan sahaja penyeri dan simbol kasih sayang suami isteri, bahkan aset bernilai untuk kehidupan mendatang (negeri akhirat). Mendepani kehidupan penuh pancaroba, anak harus dibekalkan dengan didikan sempurna. Selain didikan daripada ibu bapa, aspek material juga perlu diberi penekanan serius kerana anak bergantung harap pada ibu bapa. Kelengkapan asas kehidupan, keperluan persekolahan dan perubatan perlu dititikberatkan selain kefahaman berkaitan agama dengan meyakini Islam sebagai satu cara hidup sempurna. Apabila sempurna keperluan spiritual dan material, lengkaplah tanggungjawab ibu bapa meme...

Kalam Presiden

Image
Mesyuarat bersama pimpinan di Mafraq, Jordan. "Alhamdulillah hari ini genap setahun saya dan beberapa rakan yang lain berada dalam pentadbiran Kelab Peguam Muda Jordan. Dan hari ini juga 15 November 2015 cukup setahun diri ini ditaklifkan sebagai Presiden dan Saudari Najwa Arifah Yasin sebagai Timbalan dalam kelab ini. Sedar tidak sedar hanya beberapa bulan sahaja lagi akan bertukar tampuk kepimpinan. Tempoh yang bagi saya cukup memberikan banyak pengalaman dan mencabar sepanjang berada dalam organisasi ini.Memimpin bukanla h suatu perkara yang mudah.  Ianya memerlukan kesabaran dan kekuatan. Pastinya setiap bermula pasti ada pengakhirannya.  Pelbagai kenangan dan memori telah tercipta. Di kesempatan ini juga saya ingin mewar-warkan pada 27&28 November ini program tahunan Kelab Peguam Muda Jordan iaitu Lawyers : One Stop Center(Lancer IV) bakal berlangsung di Universiti Al Al-Bayt,Mafraq, Jordan .Tema pada tahun ini adalah Dunia Fo...

Sumbangan untuk Syria

Image
Assalamualaikum Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia PPMM akan ke Jordan pada 25.11.2015 ini. Memandangkan lokasi program Lancer PPMM bersama  Kelab Peguam Muda Jordan  ini akan diadakan berdekatan dengan sempadan Jordan Syria. Sudi kiranya sahabat sahabat dapat menyumbang ke tabung "Sumbangan untuk Syria PPMM" bagi membantu para saudara muslim kita "Pelarian Syria" yang kini mendapatkan perlindungan oleh Kerajaan Jordan. Adzly Ab.Manas Naib Presiden PPMM Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Kunjungan Hormat ke EMJ

Image
5 November 2015 - Kelab Peguam Muda Jordan telah mengadakan pertemuan bersama En Mohd Nazrul K. Ariffin, wakil Kedutaan Malaysia di Jordan merangkap Setiausaha Kedua dan juga Prof. Madya Dr. Ahmad Sohaimi bin Lazim, Pengarah Education Malaysia Jordan. Tujuan pertemuan singkat ini diadakan bagi membincang dan menerangkan objektif Lancer IV yang akan diadakan pada tahun ini yang bertemakan "Sains Forensik". :: Dunia Forensik:Mitos,Perundangan dan Syariah :: "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Lawyer : One Stop Centre 'Lancer IV'

Image
KELAB PEGUAM MUDA JORDAN (KPMJ) sekali lagi pada tahun ini akan membawakan kepada anda program tahunan kami kepada anda semua iaitu Lawyer : One S top Centre 'Lancer IV'. Kami terbangkan beberapa individu hebat dari Malaysia bagi membincang dan mengupas pelbagai isu menarik pada kali ini.