Posts

Showing posts from October, 2015

Lawyer : One Stop Centre 'Lancer IV'

Image
KELAB PEGUAM MUDA JORDAN (KPMJ) sekali lagi pada tahun ini akan membawakan kepada anda program tahunan kami kepada anda semua iaitu Lawyer : One S top Centre 'Lancer IV'. Kami terbangkan beberapa individu hebat dari Malaysia bagi membincang dan mengupas pelbagai isu menarik pada kali ini.

Mesyuarat AMT KPMJ

Semalam telah berlangsungnya pertemuan sesama AMT KPMJ di Mafraq, Jordan. Mesyuarat dihadiri oleh Presiden KPMJ, Saudara Ahmad Shauqie bin Zainal Abidin, Timbalan Presiden, Saudari Najwa Arifah binti Yasin, Setiausaha Agung, Saudara Muhammad Fikri bin Khamis, Bendahari Agung, Saudara Muhammad Abdul Muiz bin Firdaus, dan Timbalan Bendahari Agung, Saudari Alifah Aqilah binti Muhammed. Pertemuan ini diadakan untuk membincangkan perancangan dan permasalahan yang dihadapi oleh pihak kelab.  Turut dibincangkan mengenai perlaksanaan LANCER IV yang akan diadakan pada November ini bertempat di Mafraq, Jordan. Sebarang pertanyaan dan permasalahan yang berkaitan, boleh hubungi kami melalui facebook Kelab Peguam Muda Jordan ataupun terus kepada AMT KPMJ.  Kami akan cuba memberikan maklum balas yang terbaik. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Slot Tahukah Anda?

Slot kali ini dikongsikan oleh Saudara Muhammad Fikri bin Khamis, Setiausaha Agung. Tahukah anda, bahawa di malaysia wanita layak untuk dilantik menjadi seorang Hakim Syarie. Tetapi hanya untuk kes-kes selain kes hudud dan qisas. ----------------------- Hakim wanita dari sisi empat mazhab Jumhur ulama iaitu Imam Maliki, Syafie dan Hanbali menolak wanita menjadi hakim tetapi Imam Hanafi menerimanya. Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, wanita boleh mejadi Hakim dalam kes-kes yang ia boleh menjadi saksi dan tidak boleh dalam kes-kes yang ia tidak menjadi saksi seperti dalam kes-kes hudud dan qisas. Hukuman yang dijatuhkan oleh hakim wanita tersebut berdasarkan perlantikan itu adalah sah dan berkuatkuasa dalam kes-kes selain kes-kes hudud dan qisas jika hukuman itu selaras dengan kitab Allah dan sunah Rasulullah.

Summer Pre-Chambering 2015

Image
Pada 19-21 September yang lalu, Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang diketuai oleh Dato' Zainul Rijal telah menganjurkan Seminar Guaman Syarie yang mana saban tahun diadakan dengan kerjasama Kelab Peguam Muda Jordan dan Mesir yang bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam, Selangor. Seminar yang berlangsung selama 3 hari itu telah memberikan sedikit sebanyak maklumat dan pendedahan berkenaan dengan tatacara guaman dan segala perkara-perkara yang  berkaitan kepada peserta-peserta SPC. Pelbagai slot telah disediakan oleh para pembentang yang hebat sepanjang seminar berlangsung. Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak penganjur yang bertungkus-lumus menyusun dan menjayakan seminar tersebut.Terima kasih juga diucapkan kepada peserta-peserta yang konsisten menghadiri seminar yang berlangsung selama 3 hari tersebut. Semoga seminar SPC yang telah dibuat dapat memberikan manfaat kepada peserta sekaligus dapat melahirkan bakal-bakal peguam dan hakim yang berkaliber akan d...

Nukilan ALUMNI KPMJ di akhbar tempatan

Image
Nukilan ini ditulis oleh Saudari Nur Syairah Safiah. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"