Summer Pre-Chambering 2015



Pada 19-21 September yang lalu, Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang diketuai oleh Dato' Zainul Rijal telah menganjurkan Seminar Guaman Syarie yang mana saban tahun diadakan dengan kerjasama Kelab Peguam Muda Jordan dan Mesir yang bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam, Selangor.
Seminar yang berlangsung selama 3 hari itu telah memberikan sedikit sebanyak maklumat dan pendedahan berkenaan dengan tatacara guaman dan segala perkara-perkara yang berkaitan kepada peserta-peserta SPC.
Pelbagai slot telah disediakan oleh para pembentang yang hebat sepanjang seminar berlangsung.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak penganjur yang bertungkus-lumus menyusun dan menjayakan seminar tersebut.Terima kasih juga diucapkan kepada peserta-peserta yang konsisten menghadiri seminar yang berlangsung selama 3 hari tersebut.
Semoga seminar SPC yang telah dibuat dapat memberikan manfaat kepada peserta sekaligus dapat melahirkan bakal-bakal peguam dan hakim yang berkaliber akan datang seterusnya memartabatkan syariah.
"Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"


Comments

Popular posts from this blog

Info tentang Diploma Perundangan

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri