Posts

Nantikan BIGS III

Image
Assalamualaikum wbt. Sukacitanya Kelab Peguam Muda Jordan akan membawakan kepada anda Bengkel Inspirasi Guaman Syarie BIGS III untuk semua ahli KPMJ dan MPMMJ d i seluruh mantiqah. Nantikan pada 7 Mei ini di mantiqah Mu'tah. Dengan tema "Syariah Dilestari, Integriti Dikagumi." Ayuh bersama kami dengan slot-slot yang begitu bermanfaat dan bersama mengenali kerjaya Guaman Syarie dengan lebih dekat lagi !!! "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan" .:Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama:.

Slot Tahukah Anda?

Slot ini dikongsikan oleh Saudari Anis Amalina selaku Timbalan Bendahari Kehormat. Assalamualaikum semua.. Saya ingin berkongsi tentang proses pengurusan kes mal/faraidh, Antara pembahagian kes yang diuruskan di mahkamah syariah adalah kes mal dan kes faraidh. Pengurusan kes mal/faraid ialah tuntutan yang dibuat oleh pelanggan di Mahkamah Syariah yang berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan dan harta benda terhadap sesuatu pihak yang lain. Proses pengurusan kes mal/faraidh adalah proses yg sama. Untuk info lebih lanjut boleh klik link di bawah, http://syariah.perak.gov.my/pengurusan-kes-mal-faraid/maklumat-tetap/pengurusan-kes-mal-faraid Terima kasih. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Pendaftaran SPC 2016 Kini Dibuka!

Image
Sukacita dimaklumkan, pendaftaran SPC 2016 kini dibuka kepada semua ahli KPMJ. Pendaftaran dibuka mulai hari ini hingga 21 April 2016. Borang penyertaan hendaklah diserahkan kepada perwakilan dari mantiqah masing-masing beserta yuran sebanyak JOD 5 selewatnya pada 23 April 2016. Sila rujuk link dibawah untuk mendapatkan borang penyertaan serta senarai mahkamah dan firma yang terdapat di seluruh Malaysia http:// mykpmj.blogspot.com/p/ muat-turun.html Jika terdapat sebarang persoalan, anda boleh menghubungi perwakilan dari setiap mantiqah. Amman - Nur Syahirah Irbid - Raudhatul Rajihah Mafraq - Engku Abdul Hadi Mu'tah - Syed Abdul Hakiim Jadi tunggu apa lagi, ayuh kita sama-sama merebut peluang keemasan ini. Jom sertai kami! "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Testimoni Peserta SPC

Image
Demikian kata-kata mereka setelah menyertai SPC. Pelbagai pengalaman baru yang telah mereka perolehi. Anda bila lagi? Pendaftaran masih lagi dibuka sehingga 21  April 2016. Jangan lupa untuk mendaftar! "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Slot Tahukah Anda?

Slot kali ini dikongsikan oleh Saudara Mustofa Alakhyar selaku Bendahari Kehormat. Kali ini saya ingin berkongsi Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah Tidaklah sebagaimana Mahkamah Sivil, bidang kuasa jenayah bagi Mahkamah Syariah adalah "dikurniakan" oleh Perlembagaan Persekutuan. Bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun ditentukan oleh Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984). Iai memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman maksimum RM5000.00 denda, ataupun penjara maksimum 3 tahun ataupun sebatan  6 kali ataupun gabungan antara hukuman-hukuman berkenaan. Semua kesalahan dan hukuman yang disebutkan ini adalah termasuk di dalam konsep takzir yang ditentukan oleh Islam dalam konteks kes-kes jenayah. Dalam konteks Mahkamah Syariah di Malaysia,kesalahan-kesalahan jenayah syariah ini boleh dilihat peruntukannya di dalam tiga tempat: 1) Kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Pentadbiran Agama Negeri-n...

Slot Tahukah Anda?

Image
Slot Tahukah Anda diteruskan lagi untuk sesi kepemimpinan yang baru.  Slot ini dikongsikan oleh Saudari Wan Nurliyana Najwa selaku Timbalan Presiden. Assalamualaikum semua.. Untuk slot pertama untuk sesi kali ini, saya nak berkongsi sedikit tentang "Terminologi Perundangan Bahasa Inggeris-Bahasa Arab" dan "Glosari Kamus Istilah". Moga bermanfaat untuk semua,InsyaAllah.. Sumber gambar daripada : Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Summer Pre-Chambering Kini Kembali!

Image
Apa itu Summer Pre-Chambering? Apakah antara input menarik yang boleh anda dapat daripada program ini? Ayuh sama-sama kita saksikan video ini untuk maklumat lebih lanjut. Nantikan. Pendaftaran Akan Dibuka! "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Pendaftaran Keahlian Dibuka

Image
Kini saat yang dinanti oleh semua sudah tiba. Dengan sukacitanya Kelab Peguam Muda Jordan mengumumkan pendaftaran ahli baru telah mula dibuka kepada seluruh mahasiswa Jordan. Kelainannya pada kali ini, Kelab Peguam Muda Jordan akan membuka pendaftaran sepanjang tahun bermula pada hari ini. Terbuka kepada semua tanpa mengira jurusan kalian. Ahli RASMI - Jurusan Fiqh wa Usuluhu Ahli BERSEKUTU - selain jurusan Fiqh wa Usuluhu

Diskusi : Malaysia; Bumiputera & Non-Bumi

Image
Siapa yang dimaksudkan dengan bumiputera dan non-bumi? Kenapa hak keistimewaan tidak diberikan kepada non-bumi seper timana bumiputera? Apakah keistimewaan bumiputera yang dinyatakan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan? Dan pelbagai persoalan lagi. Ayuh bersama kita diskusikan! Rabu 23/3/2016 8.00 malam Irbid, Bayt Wafa (Bangunan Abu Ain, Tingkat 3) Panel : 1. Abdul Muhaimin Hamzah 2. Afifi AbdulRahman Moderator : Ahmad Irfan Radzi "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Ucapan Dasar Presiden KPMJ sesi 16/17

Image
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد Dengan rasa penuh rendah diri, saya Ahmad Irfan Helmi Bin Md Radzi telah ditaklifkan sebagai Presiden Kelab Peguam Muda Jordan sesi 16/17. Saya sangat meyakini amanah ini bukanlah satu kebanggaan tetapi satu amanah yang akan dipersoalkan kepada saya selepas kehidupan ini. Justeru saya memohon petunjuk, kekuatan dan kesabaran dari Allah SWT untuk saya galas sebaik mungkin amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh sahabat-sahabat semua. Dasar. Perkara 8 perlembagaan KPMJ menyebut dasar penubuhan KPMJ adalah untuk

Majlis Makan Malam KPMJ

Image
Salam sedingin pilihan raya. Pada kali ini, kami dari pihak KPMJ membawakan kepada kalian semua sebuah program yang julung-julung kali diadakan iaitu sebuah majlis makan malam atau dengan nama rasminya D'hote de Lawyers 2016. Berikut merupakan maklumat majlis : Tarikh : 12 Februari 2016 (Jumaat) Tempat : Solah Petra (Irbid) Masa : 5.30 petang - 10.00 malam Yuran : 1 JD Pengangkutan disediakan untuk setiap mantiqah. Tempat adalah terhad untuk 100 orang terawal sahaja. Nantikan spreadsheet yang akan dibuka tidak lama lagi. Jom semua rebut peluang ini! "The fondest memories together" "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Syarat-syarat Kelayakan Bertanding

Image
Berikut merupakan syarat syarat bertanding bagi kepemimpinan KPMJ 2016. Syarat syarat ini mestilah dipenuhi oleh setiap calon yang mencalonkan diri sendiri atau mana mana individu yang mencalonkan orang lain. :: Telus Amanah :: "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Pilihan Raya KPMJ sesi 2016/2017

Image
Khas buat semua Ahli Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) Sukacitanya dimaklumkan, InsyaAllah pada kali ini KPMJ akan meneruskan lagi pembaharuan yang telah dimulakan dalam pemilihan pimpinan baru KPMJ sesi lepas dengan melantik satu badan SPR bagi melaksanakan pemilihan pimpinan baru. Unit ini ditubuhkan untuk memastikan sistem undian dapat diadakan dengan sistematik, adil dan telus. Unit pilihanraya diketuai oleh  Fakhri Fadzli  dan  Adlina Asri . Pilihan raya ini akan menggunakan sistem penamaan calon diri sendiri dan pencalonan umum yang mana mereka yang berminat untuk bertanding perlu mencalonkan diri sendiri atau mencalonkan orang lain.

Selamat Tahun Baru 2016

Image
Kelab Peguam Muda Jordan mengucapkan selamat tahun baru kepada seluruh mahasiswa di Jordan. Semoga tahun ini diiringi dengan keberkatan dan dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah amin  "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Salam Imtihan Nihaie

Image
Kelab Peguam Muda Jordan mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi di seluruh Jordan. Semoga semua beroleh keputusan yang cemerlang, insyaAllah  smile emoticon Sentiasa berdoa, berusaha, kemudian bertawakal. حسبنا الله ونعم الوكيل "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbi na"

Lancer IV di Utusan Malaysia

Image
UJIAN forensik sebenarnya tidak asing dalam dunia Islam kerana pernah dilaporkan bahawa Saidina Ali k.w. pernah menggunakan air panas semasa membuktikan kesan pada pakaian wanita di dalam kes rogol. Setelah air panas dicurahkan didapati kesan yang terdapat di pakaian adalah daripada telur bukannya air mani lelaki yang sekali gus membuktikan kejadian rogol tidak berlaku. Pembuktian nasab di Mahkamah Syariah umpamanya sudah pasti akan lebih mudah sekiranya kaedah forensik diaplikasikan seperti ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Dengan perkembangan teknologi moden sekarang, pelbagai cara pembuktian kes boleh dibuat di mahkamah termasuklah kaedah forensik. Kaedah itu tidak lagi terhad kepada kes-kes pembunuhan mahupun yang melibatkan kecederaan malah turut boleh melibatkan aspek penulisan komputer, Internet, DNA dan sebagainya yang diterima di Mahkamah Syariah dan Sivil. Justeru, baru-baru ini Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) dengan kerjasama Kelab Peguam...

Video Penutup LANCER IV

Image

Ucapan Perasmian Pembukaan LANCER IV

Image
Bismillahirahmanirrahim..... Assalamualaikum wrmth.... Yang saya muliakan.... Alhamdulillah, seinfiniti syukur ke hadrat Allah s.w.t di atas rahmat dan kasih sayangNya kita dapat dipertemukan di dalam satu Program LANCER IV, yang bertemakan “Dunia Forensik: Mitos, Perundangan & Syariah” Hadirin Yang Dirahmati Allah sekalian, Pada tahun ini, sekali lagi Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dengan kerjasama Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) dan Education Malaysia Jordan (EMJ) mengadakan program “LANCER IV” dengan dengan mengangkat tema “Dunia Forensik: Mitos, Perundangan & Syariah”. Sebelum saya pergi lebih jauh lagi izinkan saya untuk mengucapkan jutaan terima kaseh dan penghargaan PPMM khususnya kepada YB Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengusahakan sumbangan dana dari pihak Kerajaan Malaysia bagi program ini serta Y Bhg Dato Zainal Abidin Jaafar Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah-Wilayah Persekut...

Kenyataan Presiden PPMM berkenaan isu LGBT

Kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia oleh Dato Hj Zainul Rijal Abu Bakar berkenaan isu LGBT dan hujah balas terhadap Barack Obama His Excellency Mr Ambassador Joseph Y. Yun United States Ambassador to Malaysia The U.S. Embassy in Malaysia 376, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Dear Sir, RE: STATEMENT MADE BY THE US PRESIDENT BARACK OBAMA ON THE NOTION THAT LGBT RIGHTS, SAME-SEX MARRIAGE SHOULD BE RESPECTED BY STATE (MALAYSIA) We refer the above matter. 2. We, Muslim Lawyers Association of Malaysia (Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia [PPMM]) wish to put on record our objection against the remarks made by the US President Barack Obama regarding the LGBT issues, during his visit in Malaysia, recently.

Road to LANCER IV

Image
Teater musikal HALUSinasi, LANCer IV Bersempena dengan LANCER IV, kami membawakan sebuah Teater Muzikal yang diimport khas dari bandar Irbid yang bertajuk HALUSinasi. Dibintangi oleh : Akram Zaid (Detektif Me) Zaznizam Izzat (Detektif You) Faqrullah Aken (Detektif We) Aminul El Kasmadi (Kapten Rasyid) Afifah Aqilah (Sarjan Marina) Anisah Othman (Sarah/Dr Nuha) Nabil Takiyuddin (Peguam Dakwa Rauf)