Memahami Istilah Undang-undang

Memahami Istilah Undang-Undang
1. Alibi : Bukti yg menunjukkan bahawa seseorang tidak berada di tempat kejadian ketika sesuatu jenayah dilakukan.
2. Afidavit : Dokumen bersumpah yg mencatatkan kenyataan pengakuan seseorang tentang sesuatu hal (dalam kes jenayah atau sivil) sebarang penipuan dalam afidavit boleh menyebabkan pembuatnya dijatuhi hukuman penjara.
3. Certiorari : Perintah mahkamah yang mengetepikan keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang lebih rendah.
4. Habeas corpus : Perintah mahkamah supaya seseorang dilepaskan daripada penahanan yang tidak mengikut undang-undang.
5. Injuksi : Perintah bertulis mahkamah yang menghendaki sesuatu pihak dalam sesuatu tindakan melakukan atau tidak melakukan sesuatu.
6. Mandamus : Perintah mahkamah untuk memaksa pelaksanaan sesuatu kewajipan awam yang tertentu.
7. Prima facie : Mempunyai bukti kukuh untuk memulakan pendakwaan sesuatu kes.
8. Saman : Dokumen bertulis yang mengandungi butir tuduhan dan mewajibkan orang yang disaman itu hadir di mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
9. Sapina : Arahan kepada seseorang untuk hadir di mahkamah pada sesuatu masa untuk menjadi saksi berkaitan dengan perbicaraan.
10. Waran : Perintah yg memberikan kuasa kepada polis atau pihak bnerkuasa lain untuk menangkap orang yang dinamakan dalam waran.
11. Writ : Dokumen yg dikeluarkan oleh mahkamah bagi memerintahkan defendan (pihak yang kena tuntut) dalam kes sivil supaya hadir di mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

"Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Info tentang Diploma Perundangan

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri