Posts

Showing posts from December, 2015

Salam Imtihan Nihaie

Image
Kelab Peguam Muda Jordan mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi di seluruh Jordan. Semoga semua beroleh keputusan yang cemerlang, insyaAllah  smile emoticon Sentiasa berdoa, berusaha, kemudian bertawakal. حسبنا الله ونعم الوكيل "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbi na"

Lancer IV di Utusan Malaysia

Image
UJIAN forensik sebenarnya tidak asing dalam dunia Islam kerana pernah dilaporkan bahawa Saidina Ali k.w. pernah menggunakan air panas semasa membuktikan kesan pada pakaian wanita di dalam kes rogol. Setelah air panas dicurahkan didapati kesan yang terdapat di pakaian adalah daripada telur bukannya air mani lelaki yang sekali gus membuktikan kejadian rogol tidak berlaku. Pembuktian nasab di Mahkamah Syariah umpamanya sudah pasti akan lebih mudah sekiranya kaedah forensik diaplikasikan seperti ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Dengan perkembangan teknologi moden sekarang, pelbagai cara pembuktian kes boleh dibuat di mahkamah termasuklah kaedah forensik. Kaedah itu tidak lagi terhad kepada kes-kes pembunuhan mahupun yang melibatkan kecederaan malah turut boleh melibatkan aspek penulisan komputer, Internet, DNA dan sebagainya yang diterima di Mahkamah Syariah dan Sivil. Justeru, baru-baru ini Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) dengan kerjasama Kelab Peguam...

Video Penutup LANCER IV

Image

Ucapan Perasmian Pembukaan LANCER IV

Image
Bismillahirahmanirrahim..... Assalamualaikum wrmth.... Yang saya muliakan.... Alhamdulillah, seinfiniti syukur ke hadrat Allah s.w.t di atas rahmat dan kasih sayangNya kita dapat dipertemukan di dalam satu Program LANCER IV, yang bertemakan “Dunia Forensik: Mitos, Perundangan & Syariah” Hadirin Yang Dirahmati Allah sekalian, Pada tahun ini, sekali lagi Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dengan kerjasama Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) dan Education Malaysia Jordan (EMJ) mengadakan program “LANCER IV” dengan dengan mengangkat tema “Dunia Forensik: Mitos, Perundangan & Syariah”. Sebelum saya pergi lebih jauh lagi izinkan saya untuk mengucapkan jutaan terima kaseh dan penghargaan PPMM khususnya kepada YB Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengusahakan sumbangan dana dari pihak Kerajaan Malaysia bagi program ini serta Y Bhg Dato Zainal Abidin Jaafar Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah-Wilayah Persekut...