Posts

Showing posts from June, 2015

Salam Perpisahan

Image
Kelab Peguam Muda Jordan mengucapkan selamat pulang ke tanah air kepada Prof. Madya Dr. Mohd Azidan bin Abdul Jabbar. Terima kasih atas segala jasa,keringat dan pengorbanan kepada kami semua di sini Mahasiswa Jordan sepanjang berkhidmat sebagai Pengarah Education Malaysia Jordan. Sungguh terlalu banyak budi yang telah ditabur. Semoga Allah membalas tiap-tiap kebaikan yang telah dilakukan. Diharapkan Prof dapat meneruskan kecemerlanga n dalam berkhidmat kepada anak bangsa serta sentiasa dipermudahkan dalam apa jua urusan. Akhir kata, terima kasih dan salam perpisahan. Kuning emas masaknya padi, Mawar merah dalam jambangan, Terima kasih daun keladi, Budi tuan jadi kenangan. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina" "Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama"

Senarai Nama Peserta SPC 2015

[Summer Pre Chambering 2015] Berikut merupakan senarai nama peserta SPC pada tahun ini beserta dengan penempatan masing-masing. In shaa Allah surat panggilan SPC akan dihantar kepada peserta dalam masa terdekat.  Tahniah diucapkan kepada semua. Selamat berpraktikal dan menimba pengalaman!  klik sini untuk senarai nama dan penempatan di mahkamah "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Slot Tahukah Anda?

Slot kali ini dikongsikan oleh Saudari Nur Shakina binti Bensui, Perwakilan Mafraq. ~ETIKA PEGUAM SYARIE~ (Take five ) 1. Akhlak dan peranan Peguam Syarie. ~Peguam Syarie hendaklah mempunyai akhlak, sikap dan tingkah laku yang mulia, dan dalam melaksanakan tugas dan peranannya hendaklah bersifat amanah, jujur dan berniat baik untuk menegakkan keadilan. 2. Meningkatkan pengetahuan. ~Peguam Syarie hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan hukum syarak dan undang-undang supaya tugas guaman dapat dijalankan dengan lebih cekap dan berkesan. 3. Peguam Syarie hendaklah menjalankan pembelaan dengan cara yang saksama dan terhormat. ~Peguam Syarie yang menjalankan pembelaan bagi seseorang dalam apa-apa perkara, hendaklah bertanggungan dengan segala cara yang saksama dan terhormat mengemukakan setiap pembelaan yang dibenarkan oleh undang-undang. 4. Menghormati mahkamah. ~Peguam Syarie hendaklah sentiasa menghormati dan tidak boleh melakukan perdayaan ke atas ...

Kalam Presiden | RAMADHAN 1436H

Image
Wahai orang-orang yang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." Al-Baqarah:183 "Orang yang puasa Ramadhan kerana iman dan megharap pahala,akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" ( HR Bukhari 1869 ) Saya mewakili pimpinan Kelab Peguam Muda Jordan sesi 2015/16 mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H kepada seluruh muslimin & muslimat seluruh dunia khususnya yang berada di Jordan dan Malaysia.  Moga amalan kita diterima oleh Allah SWT. "Syariah Diperkasa, Krebiliti Terbina" "Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama"