Slot Tahukah Anda?
KES NUSYUZ DI MAHKAMAH SYARIAH: CABARAN DAN PERMASALAHANNYA.
NUSYUZ WANITA DALAM AL-QURAN
Surah Al-Nisa’: 34 “Dan wanita-wanita (isteri-isteri) yang kamu khuatir nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahlah diri di tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari untuk menyusahkan mereka sesungguhnya Allah Maha Tinggi Lagi Maha Besar”
NUSYUZ LELAKI DALAM AL-QURAN
Surah al-Nisa’: 128 “Dan jika seseorang perempuan bimbang (akan ) timbul dari suaminya nusyuz (kebencian) atau tidak melayaninya maka tidaklah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaiknya) kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai). Sedangkan sifat bakhil, kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semulajadi manusia yang ada pada manusia dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan) dan mencegah diri (dari melakukan kezaliman) maka sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya akan apa yang kamu lakukan”
CABARAN DAN MASALAH
1. Kekeliruan, kekaburan dan ketidakfahaman masyarakat tentang maksud Nusyuz itu sendiri terutama di kalangan kaum suami. Ini kerana ramai pihak telah mentafsirkan istilah ‘nusyuz’ ini dengan sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada ulamak muktabar
2. Terdapat perkataan-perkataan atau istilah yang digunakan di dalam undang-undang membawa maksud yang seakan-akan sama seperti Nusyuz seperti berkelakuan buruk (fahisyah) atau boleh ditafsirkan sebagai membawa makna Nusyuz.
3. Isu nusyuz isteri ini telah dijadikan senjata ampuh bagi para suami dan telah cuba dibangkitkan oleh pihak suami dalam semua kes termasuk dalam tuntutan mutaah, fasakh kerana penganiayaan, hadhanah, harta sepencarian dan sebagainya.
4. Prosedur tuntutan nusyuz yang berubah-ubah dan kurang jelas baik prosedur Mal mahupun Jenayah.
5. Beban Pembuktian yang berat dalam kes-kes nusyuz.
NUSYUZ MENURUT UNDANG-UNDANG
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah 2008 tidak memberi sebarang tafsiran secara khusus sebagaimana istilah-istilah fiqh lain. Di Kelantan, Enakmen 1983 memperuntukkan:
“suatu tindakan isteri terhadap suaminya yang dianggap derhaka menurut Hukum Syarak”
Seksyen 115 Enakmen Keluarga Islam Kedah, 1979*
“ Seseorang yang dengan sengaja tidak menurut perintah yang munasabah atau tidak taat dan tamkin kepada suaminya atau tidak menjalankan tugas-tugasnya sebagai seorang isteri, hendaklah apabila dithabitkan nusyuz dan gugur semua haknya di sisi Hukum Syarak “.
*Undang-undang ini telah dimansuhkan
NUSYUZ ISTERI
Istilah Nusyuz hanya dikaitkan dengan tindakan isteri sahaja dan tiada tafsiran berkenaan nusyuz suami. Walaupun terdapat undang-undang yang menyebut mengenai tindakan suami Nusyuz seperti tidak berlaku adil dalam berpoligami, menganiayai isteri, meninggal langsung isteri, namun istilah Nusyuz tidak digunakan ke atas suami
DEFINISI NUSYUZ
Di dalam EUUKIK 2008, perkataan nusyuz disebutkan sebanyak 3 kali sahaja iaitu 2 kali disebutkan di dalam sek 60 dan sekali disebutkan di dalam sek 66. Di dalam Sek. 60 disebutkan berkaitan hak isteri untuk mendapat nafkah dari suaminya semasa dalam pernikahan, manakala sek 66 pula adalah mengenai hak isteri untuk mendapatkan nafkah ketika di dalam iddah.
Ringkasnya, isu Nusyuz hanya berkaitan dengan nafkah isteri semasa dalam pernikahan dan selepas perceraian atau di dalam iddah.
Sek. 60 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah (EUUKIK) 2008.
(2) Tertakluk kepada Hukum Syara’ dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia NUSYUZ atau enggan dengan tidak munasabah menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu antara lain-
1. apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya.
2. apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya;
3. atau apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syara’.
2. apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya;
3. atau apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syara’.
(3) Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi NUSYUZ.
FAKTA PENTING BERKAITAN NUSYUZ
1. Undang-undang sangat berhati-hati memberi kuasa kepada para suami.
2. Hukum Syarak yang menjadi rujukan utama.
3. Perlu kepada pengesahan Mahkamah.
4. Bukan semua arahan atau perintah suami yang wajar dipatuhi tetapi hanya perintah yang sah sahaja.
5. Rangkaikata “enggan dengan tidak munasabah” dan “tanpa apa-apa sebab yang sah menurut Hukum Syarak” menunjukkan bahawa ketaatan isteri kepada suaminya itu tidak bersifat mutlak.
6. Tidak berkekalan tetapi mungkin juga bersifat sementara sahaja iaitu apabila isteri bertaubat>
2. Hukum Syarak yang menjadi rujukan utama.
3. Perlu kepada pengesahan Mahkamah.
4. Bukan semua arahan atau perintah suami yang wajar dipatuhi tetapi hanya perintah yang sah sahaja.
5. Rangkaikata “enggan dengan tidak munasabah” dan “tanpa apa-apa sebab yang sah menurut Hukum Syarak” menunjukkan bahawa ketaatan isteri kepada suaminya itu tidak bersifat mutlak.
6. Tidak berkekalan tetapi mungkin juga bersifat sementara sahaja iaitu apabila isteri bertaubat>
Perkongsian oleh Saudari Nurul Farhana binti Abdul Halim, Exco Pembangunan Modal Insan & Kendiri.
"Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"
Comments
Post a Comment