Posts

Showing posts from April 19, 2016

Nantikan BIGS III

Image
Assalamualaikum wbt. Sukacitanya Kelab Peguam Muda Jordan akan membawakan kepada anda Bengkel Inspirasi Guaman Syarie BIGS III untuk semua ahli KPMJ dan MPMMJ d i seluruh mantiqah. Nantikan pada 7 Mei ini di mantiqah Mu'tah. Dengan tema "Syariah Dilestari, Integriti Dikagumi." Ayuh bersama kami dengan slot-slot yang begitu bermanfaat dan bersama mengenali kerjaya Guaman Syarie dengan lebih dekat lagi !!! "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan" .:Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama:.

Slot Tahukah Anda?

Slot ini dikongsikan oleh Saudari Anis Amalina selaku Timbalan Bendahari Kehormat. Assalamualaikum semua.. Saya ingin berkongsi tentang proses pengurusan kes mal/faraidh, Antara pembahagian kes yang diuruskan di mahkamah syariah adalah kes mal dan kes faraidh. Pengurusan kes mal/faraid ialah tuntutan yang dibuat oleh pelanggan di Mahkamah Syariah yang berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan dan harta benda terhadap sesuatu pihak yang lain. Proses pengurusan kes mal/faraidh adalah proses yg sama. Untuk info lebih lanjut boleh klik link di bawah, http://syariah.perak.gov.my/pengurusan-kes-mal-faraid/maklumat-tetap/pengurusan-kes-mal-faraid Terima kasih. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"