Ucapan Raya daripada Presiden KPMJ
Eid mubarak diucapkan kepada semua umat islam di dunia khususnya kepada mahasiswa/wi Malaysia yang berada di bumi Jordan dan tidak dilupakan juga kepada Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM),penaung dan penasihat tetap KPMJ yang diwakili oleh Dato' Zainul Rijal Abu Bakar. Syawal ialah bulan di mana umat Islam kembali kepada fitrahnya,diampuni semua dosanya setelah melakukan ibadah Ramadhan sebulan penuh.1 Syawal juga umat Islam “kembali makan pagi ” dan diharamkan berpuasa pada hari itu. Ketibaan Syawal membawa kemenangan bagi mereka yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan. Ia merupakan lambang kemenangan umat Islam hasil dari “peperangan” menentang musuh dalam jiwa yang terbesar, iaitu hawa nafsu. Perginya Ramadan tidak bermakna iman dan takwa kita hilang begitu sahaja.Inilah makna terpenting bulan Syawal. Setelah Ramadhan berlalu, pada bulan Syawal lah “pembuktian” berhasil-tidaknya ibadah Ramadhan, utamanya puasa, yang bertujuan meraih derajat takwa