Ucapan Raya daripada Presiden KPMJ



Eid mubarak diucapkan kepada semua umat islam di dunia khususnya kepada mahasiswa/wi Malaysia yang berada di bumi Jordan dan tidak dilupakan juga kepada Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM),penaung dan penasihat tetap KPMJ yang diwakili oleh Dato' Zainul Rijal Abu Bakar.
Syawal ialah bulan di mana umat Islam kembali kepada fitrahnya,diampuni semua dosanya setelah melakukan ibadah Ramadhan sebulan penuh.1 Syawal juga umat Islam “kembali makan pagi” dan diharamkan berpuasa pada hari itu.
Ketibaan Syawal membawa kemenangan bagi mereka yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan. Ia merupakan lambang kemenangan umat Islam hasil dari “peperangan” menentang musuh dalam jiwa yang terbesar, iaitu hawa nafsu.
Perginya Ramadan tidak bermakna iman dan takwa kita hilang begitu sahaja.Inilah makna terpenting bulan Syawal. Setelah Ramadhan berlalu, pada bulan Syawal lah “pembuktian” berhasil-tidaknya ibadah Ramadhan, utamanya puasa, yang bertujuan meraih derajat takwa.
Jika tujuan itu tercapai, sudah tentu seorang Muslim menjadi lebih baik kehidupannya, lebih saleh perbuatannya, lebih dermawan, lebih bermanfaat bagi sesama, lebih khusyu’ ibadahnya, dan seterusnya. Paling tidak, semangat beribadah dan dakwah tidak menurun setelah Ramadhan. Amin Ya Rabba Alamin.
"Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"
Ahmad Shauqie bin Zainal Abidin
(Presiden Kelab Peguam Muda Jordan 2015/2016)

Comments

Popular posts from this blog

Info tentang Diploma Perundangan

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri