Posts

Showing posts from November 16, 2015

Kalam Presiden

Image
Mesyuarat bersama pimpinan di Mafraq, Jordan. "Alhamdulillah hari ini genap setahun saya dan beberapa rakan yang lain berada dalam pentadbiran Kelab Peguam Muda Jordan. Dan hari ini juga 15 November 2015 cukup setahun diri ini ditaklifkan sebagai Presiden dan Saudari Najwa Arifah Yasin sebagai Timbalan dalam kelab ini. Sedar tidak sedar hanya beberapa bulan sahaja lagi akan bertukar tampuk kepimpinan. Tempoh yang bagi saya cukup memberikan banyak pengalaman dan mencabar sepanjang berada dalam organisasi ini.Memimpin bukanla h suatu perkara yang mudah.  Ianya memerlukan kesabaran dan kekuatan. Pastinya setiap bermula pasti ada pengakhirannya.  Pelbagai kenangan dan memori telah tercipta. Di kesempatan ini juga saya ingin mewar-warkan pada 27&28 November ini program tahunan Kelab Peguam Muda Jordan iaitu Lawyers : One Stop Center(Lancer IV) bakal berlangsung di Universiti Al Al-Bayt,Mafraq, Jordan .Tema pada tahun ini adalah Dunia Forensik : Mitos, Perundangan &