Posts

Showing posts from June 17, 2015

Slot Tahukah Anda?

Slot kali ini dikongsikan oleh Saudari Nur Shakina binti Bensui, Perwakilan Mafraq. ~ETIKA PEGUAM SYARIE~ (Take five ) 1. Akhlak dan peranan Peguam Syarie. ~Peguam Syarie hendaklah mempunyai akhlak, sikap dan tingkah laku yang mulia, dan dalam melaksanakan tugas dan peranannya hendaklah bersifat amanah, jujur dan berniat baik untuk menegakkan keadilan. 2. Meningkatkan pengetahuan. ~Peguam Syarie hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan hukum syarak dan undang-undang supaya tugas guaman dapat dijalankan dengan lebih cekap dan berkesan. 3. Peguam Syarie hendaklah menjalankan pembelaan dengan cara yang saksama dan terhormat. ~Peguam Syarie yang menjalankan pembelaan bagi seseorang dalam apa-apa perkara, hendaklah bertanggungan dengan segala cara yang saksama dan terhormat mengemukakan setiap pembelaan yang dibenarkan oleh undang-undang. 4. Menghormati mahkamah. ~Peguam Syarie hendaklah sentiasa menghormati dan tidak boleh melakukan perdayaan ke atas

Kalam Presiden | RAMADHAN 1436H

Image
Wahai orang-orang yang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." Al-Baqarah:183 "Orang yang puasa Ramadhan kerana iman dan megharap pahala,akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" ( HR Bukhari 1869 ) Saya mewakili pimpinan Kelab Peguam Muda Jordan sesi 2015/16 mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H kepada seluruh muslimin & muslimat seluruh dunia khususnya yang berada di Jordan dan Malaysia.  Moga amalan kita diterima oleh Allah SWT. "Syariah Diperkasa, Krebiliti Terbina" "Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama"