Mesyuarat AMT KPMJ
Semalam telah berlangsungnya pertemuan sesama AMT KPMJ di Mafraq, Jordan. Mesyuarat dihadiri oleh Presiden KPMJ, Saudara Ahmad Shauqie bin Zainal Abidin, Timbalan Presiden, Saudari Najwa Arifah binti Yasin, Setiausaha Agung, Saudara Muhammad Fikri bin Khamis, Bendahari Agung, Saudara Muhammad Abdul Muiz bin Firdaus, dan Timbalan Bendahari Agung, Saudari Alifah Aqilah binti Muhammed. Pertemuan ini diadakan untuk membincangkan perancangan dan permasalahan yang dihadapi oleh pihak kelab. Turut dibincangkan mengenai perlaksanaan LANCER IV yang akan diadakan pada November ini bertempat di Mafraq, Jordan. Sebarang pertanyaan dan permasalahan yang berkaitan, boleh hubungi kami melalui facebook Kelab Peguam Muda Jordan ataupun terus kepada AMT KPMJ. Kami akan cuba memberikan maklum balas yang terbaik. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"