Tugas Peguam Muslim Memartabatkan Agama
UMUM mengetahui bahawa dalam setiap tindakan di Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil, peguam adalah pihak penting membantu perjalanan kes. Secara umumnya, profesion kepeguaman berpaksikan kepada minat, kesungguhan dan kecintaan kepada bidang guaman itu sendiri. Seseorang peguam wajar berusaha memiliki kualiti seperti berintegriti, sabar, suka mencari ilmu, meluangkan masa, tenaga dan kepakaran membantu pihak yang memerlukan tanpa menjadikan wang sebagai ganjaran dan matlamat utama.