Beza antara Mahkamah (undang-undang) Sivil dan Syariah di Malaysia?
Ramai di kalangan kita mengetahui akan wujudnya undang-undang Syariah di negara kita yang pada dasarnya dijalankan prosidingnya oleh Mahkamah Syariah. Namun ramai yang menyangka bahawa undang-undang Syariah itu hanya bersangkutan dengan perkara-perkara Munakahat semata-mata iaitu nikah-kahwin, cerai-rujuk, hak-hak barkaitan selepas perceraian untuk orang-orang Islam dan tidak lebih dari itu.
Adakah undang-undang Syariah itu hanya mencakupi bidang yang terbatas sebagaimana sangkaan ramai orang? Untuk mengetahui jawapannya dengan lebih lanjut, marilah kita semua berlapang dada dan minda untuk membaca dan memahami maksud sebenar undang-undang Syariah, yang sebenarnya sangat luas dan menyeluruh baik dari segi pengertiannya mahupun amalan dan perlaksanaannya.
Undang-undang Syariah adalah undang-undang yang bukan ciptaan manusia bahkan ia merupakan undang-undang dari Pencipta iaitu Allah S.W.T yang diperturunkan menerusi Rasul-Nya. Syariah dari segi bahasa membawa maksud “Jalan yang Lurus” sebagaimana Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran,“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu jalan yang lurus (Syariah) maka hendaklah kamu mengikutnya. Dan jangan sekali-kali mengikuti nafsu mereka yang tidak mengetahui” (Al-Quran 45:18) Antara maksudnya juga ialah sebagai ‘saluran air yang mengalir yang menjadi sumber minuman’.
Ahli-ahli Perundangan Islam yang terdiri dari Ulama’-ulama’ Muktabar kemudiannya meluaskan lagi definisi Syariah ini daripada maksud jalan yang lurus tadi iaitu meliputi segala hukum-hakam yang diatur oleh Allah S.W.T kepada umat manusia. Syariah Islam adalah merupakan hukum-hukum perundangan Allah yang termaktub di dalam sumber perundangan utama bagi umat Islam iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Sumber perundangan kedua iaitu hasil Ijtimak para Ulama’ termasuk Ijma’, Qiyas, Istihsan, Mursalah Mursoleh dan sebagainya yang berasaskan Quran dan Sunnah juga termasuk di dalam sumber perundangan Syariah. Undang-undang Syariah ini adalah sebagai pengatur hidup manusia yang perlu berlandaskan segala Perintah dan Larangan dari Allah sebagai Pencipta kepada kita, makhluk dan hamba-Nya.
Undang-undang Syariah ini sesuai dengan fitrah semulajadi kita tidak kira tempat dan masa. Tujuannya diperturunkan dan disyariatkan tidak lain adalah untuk kita manusia beriman dan beramal dengan apa yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Firman Allah S.W.T lagi :
“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan juga bagi perempuan yang mukminah apabila Allah dan Rasulnya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada pula pilihan yang lain dari mereka”
Justeru itu, undang-undang Syariah ini jelas meliputi seluruh kehidupan kita manusia iaitu dalam bidang Ibadah, Muamalat (urusan perniagaan), Munakahat (urusan perkahwinan), Wasiat dan Perwarisan, Jenayah, Pemerintahan, Perhubungan manusia dan lain-lain lagi. Allah S.w.t menetapkan undang-undang ini untuk menjaga Maqasid Al-Syariah (maksud-maksud Syariah) itu sendiri iaitu lima (5) perkara yang sangat penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan umat manusia seperti :-
1) Menjaga Agama
Agama sangat perlu dititikberatkan dan dipertahankan dalam kehidupan manusia sejagat. Dengan agama iaitu memurnikan sepenuh ketaatan kepada Allah S.W.T, kita manusia menjadi sebaik-baik makhluk yang mulia di sisi Allah S.W.T. Justeru itu, orang Islam dilarang sama-sekali menukar agama atau murtad kerana ini bermakna engkar dan derhaka kepada Allah yang Mencipta dan sesiapa yang engkar sedemikian rupa adalah halal darahnya di sisi Allah (dihukum bunuh).
2) Menjaga Nyawa
Nyawa adalah hak dan pemberian Allah dan bukan milik kita manusia. Orang Islam dilarang keras membunuh diri sendiri apatah lagi membunuh orang lain. Membunuh diri sendiri adalah termasuk dalam dosa besar manakala membunuh orang di dalam Islam akan dikenakan hukum Qisas iaitu bunuh balas melainkan jika dimaafkan oleh waris yang kena bunuh, maka Diyat (bayaran hutang darah) perlu diberikan.
Nyawa adalah hak dan pemberian Allah dan bukan milik kita manusia. Orang Islam dilarang keras membunuh diri sendiri apatah lagi membunuh orang lain. Membunuh diri sendiri adalah termasuk dalam dosa besar manakala membunuh orang di dalam Islam akan dikenakan hukum Qisas iaitu bunuh balas melainkan jika dimaafkan oleh waris yang kena bunuh, maka Diyat (bayaran hutang darah) perlu diberikan.
3) Menjaga Akal
Umat Islam perlu bersih akal dan mindanya dari perkara-perkara yang boleh menyebabkan terjerumus ke dalam maksiat. Hanya orang yang waras akalnya akan tunduk kepada Perintah Allah dan menjauhi Larangan-Nya. Oleh itu sebarang minuman arak yang memabukkan adalah Haram di sisi orang Islam dan orang Islam yang meminum minuman yang memabukkan ini boleh dihukum sebat dengan lapan puluh (80) kali sebatan.
4) Menjaga Keturunan
Islam sangat menitikberatkan hubungan sesama manusia untuk meneruskan kelangsungan sebagai Khalifah di muka bumi. Institusi perkahwinan adalah satu-satunya jalan yang diredhai Allah dan menerusinya manusia melahirkan zuriat-zuriat yang sah dan suci. Islam tidak mengiktiraf sebarang hubungan di luar perkahwinan untuk maksud melahirkan keturunan. Zina merupakan satu dosa besar dan Allah memerintahkan agar penzina dihukum berat dengan direjam bagi yang telah berkahwin dan dihukum sebat seratus (100) kali bagi yang bujang.
Islam sangat menitikberatkan hubungan sesama manusia untuk meneruskan kelangsungan sebagai Khalifah di muka bumi. Institusi perkahwinan adalah satu-satunya jalan yang diredhai Allah dan menerusinya manusia melahirkan zuriat-zuriat yang sah dan suci. Islam tidak mengiktiraf sebarang hubungan di luar perkahwinan untuk maksud melahirkan keturunan. Zina merupakan satu dosa besar dan Allah memerintahkan agar penzina dihukum berat dengan direjam bagi yang telah berkahwin dan dihukum sebat seratus (100) kali bagi yang bujang.
5) Menjaga Harta
Harta yang diberikan oleh Allah S.w.t juga perlu dijaga dengan baik. Memperolehinya juga perlu dengan jalan yang baik, syarak dan tidak melanggar hokum Allah. Dari harta yang baik inilah datangnya rezeki yang baik dan halal untuk keluarga, dapat diinfaq, sedekah dan dikeluarkan zakat. Islam menetapkan agar orang-orang yang memperolehi harta dengan jalan fasik seperti mencuri, menyamun dan merompak hak orang lain akan dijatuhkan hukuman yang berat iaitu dipotong tangan atau kakinya.
Namun dari segi perlaksanaan, kita di Malaysia adalah tertakluk dan menerimapakai Undang-undang Perlembagaan Malaysia yang menjadi teras dan dasar perundangan utama. Tidak dapat dinafikan bahawa undang-undang Syariah di Malaysia hanya terbatas setakat beberapa perkara terutamanya hal-hal Munakahat orang-orang Islam dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya. Itupun setelah diberikan sedikit ruang dengan adanya pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Malaysia dengan menambah Fasal (1A) Perkara 121 tersebut pada tahun 1988. Sebelum 1988, semua perkara berkaitan adalah boleh juga dibicarakan di bawah bidang kuasa Undang-undang Sivil dan selalunya memberikan satu keputusan yang bercanggah kerana penghakiman tersebut dibuat berdasarkan undang-undang sivil. Perkara 121 (1A) antara lain menyebut: “Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal 1 {Perkara 121 (1) iaitu Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Sabah dan Sarawak} tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang di dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah”
Dengan pindaan tersebut, maka perkara-perkara di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah tertakluk sepenuhnya di bawah bidang kuasanya sendiri dan hak eksklusif yang diberikan tersebut tidak memungkinkan Mahkamah Sivil campur tangan. Enakmen-enakmen Negeri di Malaysia telah menentukan perkara-perkara berikut menjadi bidang kuasa Mahkamah Syariah sepenuhnya, iaitu :-
1. PERKARA-PERKARA MAL (SIVIL) MAHKAMAH SYARIAH
1. PERKARA-PERKARA MAL (SIVIL) MAHKAMAH SYARIAH
- Pertunangan, nikah cerai, membatalkan nikah atau perceraian atau pembubaran nikah kehakiman.
- Tuntutan ke atas hartabenda atau pemberian harta benda yang berbangkit daripada perkara (a) di atas.
- Nafkah orang-orang di bawah tanggungan, anak yang sah, penjagaan atau pemeliharaan anak-anak.
- Pemberian inter-vivos, harta sepencarian, wakaf atau nazar
- Perkara lain yang diberi kuasa tadbir kepadanya oleh mana-mana undang-undang yang berkanun.
2. PERKARA-PERKARA JENAYAH MAHKAMAH SYARIAH
- Kesalahan-kesalahan matrimoni seperti menganiaya isteri dan tidak taat kepada suami.
- Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan hubungan tidah sah di sisi syarak seperti persetubuhan haram, sumbang mahram pelacuran dan khalwat
- Kesalahan-kesalahan berkaitan dengan aspek ibadah dan iman seperti tidak sembahyang Jumaat, tidak berpuasa dan tidak membayar zakat dan fitrah
- Kesalahan-kesalahan menjual dan membeli minuman keras
- Kesalahan berhubung dengan pertukaran agama iaitu tidak melaporkan, mendaftar masuk atau keluar dari agama Islam dan kesalahan berkaitan pengambilan anak angkat.
- Lain-lain jenis kesalahan selain daripada kategori di atas.
Jika dilihat dari segi perlaksanaan perundangan Syariah di Malaysia, boleh dikatakan bahawa perlaksanaannya masih terbatas dan belum menyeluruh. Kesalahan-kesalahan yang disifatkan sebagai dosa besar dan/atau maksiat di sisi syarak seperti meminum arak, terlibat dalam persetubuhan haram seperti zina dan pelacuran dan sebagainya diberikan hukuman yang ringan dan tidak memadai.
Perkara-perkara bejat dan tidak bermoral yang berlaku dikalangan orang-orang Islam perlu dibendung mengikut perundangan Syariah yang sebenarnya, sesuai dengan statusnya sebagai perundangan yang bersifat fitrah dan maha adil, juga untuk memastikan orang-orang Islam tunduk dan patuh hanya kepada Yang Maha Pencipta. Mahkamah-mahkamah Syariah di seluruh negara juga berdepan dengan isu perlaksanaan kuasa yang tidak selaras dan seragam.
Walaubagaimanapun, kita berdoa dan berharap agar kelemahan dan kekurangan perlaksanaan dalam perundangan Syariah di negara kita dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa. Hakikat ini mampu kita capai sekiranya semua.
Comments
Post a Comment