Posts

Showing posts from May, 2016

Stand Toward Remarkable Mooters

Image
Pada 26/5/2016 telah diadakan perjumpaan diantara penasihat coach dan coach STORM untuk membincangkan persediaan dan perjalanan gerak kerja di seluruh mantiqah. Sesi taklimat STORM telah dibentangkan oleh Saudara Muhamad Nabil Syahir Bin Halim Syah selaku Exco Penyelidikan dan Pembangunan Akademik KPMJ. Penasihat coach: Puan Hanisah Safiei dan Cik Wan Amalina Wa n Ismail. Coach Mafraq: Saudara Ubaidillah Asyraf Shokeri Coach Mutah: Saudari Zulaikha Sapuan Coach Amman: Saudari Solehah Badrol Coach Irbid: Saudari Syaidatul Sairah STORM adalah satu program latihan berkesinambunangan daripada Bengkel Inspirasi Guaman Syarie dan akan dijalankan secara berkala diseluruh mantiqah yang bertujuan untuk memberi latihan kepada ahli sekaligus untuk membuat pemilihan mooters LANCER pada tahun ini. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Slot Tahukah Anda?

KES NUSYUZ DI MAHKAMAH SYARIAH: CABARAN DAN PERMASALAHANNYA. NUSYUZ WANITA DALAM AL-QURAN Surah Al-Nisa’: 34 “Dan wanita-wanita (isteri-isteri) yang kamu khuatir nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahlah diri di tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari untuk menyusahkan mereka sesungguhnya Allah Maha Tinggi Lagi Maha Besar” NUSYUZ LELAKI DALAM AL-QURAN Surah al-Nisa’: 128 “Dan jika seseorang perempuan bimbang (akan ) timbul dari suaminya nusyuz (kebencian) atau tidak melayaninya maka tidaklah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaiknya) kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai). Sedangkan sifat bakhil, kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semulajadi manusia yang ada pada manusia dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan) dan mencegah diri (dari melakukan kezaliman) maka sesungguhnya All

Slot Tahukah Anda?

Image
Perundangan Islam Di Malaysia Memahami Perkara 121 (1A) Perlembagaan - TIDAK ramai yang mengetahui Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, kontroversi membabitkan bekas pendaki Everest, Allahyarham Mohammad Abdullah atau nama asalnya, M Moorthy, tiba-tiba menjadi perhatian bukan saja mereka yang terbabit dalam bidang undang-undang, malah masyarakat secara keseluruhan. Apakah peruntukan ini sebenarnya dan kewajaran sesetengah pihak mendesak peruntukan ini dipinda?? • Kuasa Mahkamah Sivil dan Syariah KETIKA Perlembagaan digubal, isu ini tidak timbul. Suruhanjaya Reid cuma membuat andaian bahawa ini bukan isu penting. Tetapi memang disebut dalam Perlembagaan seperti Perkara 145 menyatakan Peguam Negara tidak ada kuasa dalam Mahkamah Syariah, Mahkamah Tentera dan Mahkamah Anak Negeri. Ini sudah jelas memperlihatkan Perlembagaan mengakui kewujudan Mahkamah Syariah walaupun ketika itu belum disebut secara jelas seperti Perkara 121(1A). Pada masa sama, Perlembagaan menye

Slot Tahukah Anda?

Hukuman Islam VS Hukuman Civil Hukuman Sebat Cara Islam Dalam islam hukum sebat (had jilid) hanya dikenakan ke atas jenayah : (a) Zina Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. (b) Qazaf (Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik) Hukuman : sebat 80 kali (c) Minum arak Hukuman : sebat 40 kali Sifat-Sifat Sebatan: - Rotan yang digunakan tidak besar sehingga boleh mematahkan tulang. - Rotan yang digunakan tidak halus sehingga boleh melukakan. - Rotan yang digunakan tidak pecah-pecah. - Tukang sebat tidak boleh mengangkat tangan melebihi kepala sehingga kelihatan putih ketiaknya. Tujuan sebatan (hudud) bukan untuk membunuh atau membinasakan, tetapi untuk memberi keinsafan dan mencegah pasalah daripada melakukan kejahatan.

Pengenalan STORM

Image
[STORM - Stands Towards Remarkable Mooters] Program ini diadakan bagi memberi peluang ahli dan bukan ahli Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) mendapat kefahaman tent ang moot syariah seperti gerak kerja serta etika seorang peguam di dalam dan luar mahkamah, kefahaman terhadap prosiding mahkamah syariah. Peserta bakal mendapat bimbingan daripada jurulatih mantiqah masing-masing. Semoga bengkel ini, dapat membantu merealisasikan segala objektif yang dirancang. Hal ini amat penting bagi memperluas pengetahuan peserta dalam bidang kerjaya sebagai guaman syarie pada masa akan datang. Apa tunggu lagi? jom sertai STORM sekarang!! "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Slot Tahukah Anda?

Etika Berada Di Mahkamah. Arahan dan Larangan Masuk dan Keluar Dewan Mahkamah Syariah Bagi Pelanggan atau Orang Awam. A. ARAHAN -Hormat Hendaklah hormat kepada Y.A. Tuan Hakim ketika masuk dan keluar Dewan dengan berhenti dan tunduk menghadap Y.A. Tuan Hakim. -Tempat Duduk Lelaki : Kerusi sebelah kanan Perempuan : Kerusi sebelah kiri *Tertakluk kepada kesesuaian lokasi dan arahan -Senyap Ketika Mahkamah bersidang hendaklah senyap -Pakaian

Slot Tahukah Anda?

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG KELUARGA DI NEGARA-NEGARA ISLAM Undang-undang Islam yang dilaksanakan di sebahagian besar negara-negara Islam adalah berkaitan dengan undang-undang diri atau undang-undang keluarga yang dikenali sebagai al-ahwal al-Shakhsiyyah atau al-huquq al-ailah. Undang-undang im berkaitan dengan perkahwinan, perceraian, hak dan tanggungjawab mengenai nafkah, kesahtarafan anak, penjagaan anak, pusaka berwasiat dan tak berwasiat. Kecuali beberapa buah negara sahaja seperti Arab Saudi yang masih menge-kalkan pemakaian undang-undang Islam dalam aspek undang-undang sivil, jenayah dan percukaian Islam sepertimana diperkenalkan oleh fuqaha' Islam terdahulu. Undang-undang Keluarga Islam yang dilaksanakan oleh negara-negara Islam boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza, iaitu: 1. Negara Islam yang masih mengekalkan pemakaian Undang-Undang Keluarga Islam klasik berdasarkan pelbagai mazhab, tanpa mengubah dan membuat kodifikasi hingga sekarang. 2. Negara Is

Slot Tahukah Anda?

Image
Tahukah anda siapa Ketua Hakim Negara? Ayuh kita lihat sedikit profil diri beliau. Moga bermanfaat.  YAA Tun Dato' Seri Arifin bin Zakaria (Dato' Lela Negara) Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan Malaysia SSM, PSM, SPMS, SPSK, SPCM, SSAP, DUPN, SPMP, DPMK, DPCM PROFIL Dilahirkan pada 1.10.1950 di Kg. Repek, Pasir Mas, Kelantan. Nama Bapa : Zakaria bin Senik Nama Ibu : Wan Zainab binti wan Yusoff Pendidikan awal Sekolah Melayu Tiang Chandi, Repek, Pasir Mas; Sekolah Melayu Gual Periok, Pasir Mas; Sultan Ibrahim Primary School, Pasir Mas; Sultan Ibrahim Secondary School, Pasir Mas; Sultan Ismail College, Kota Bharu.