Ucapan Dasar Presiden KPMJ sesi 16/17



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد

Dengan rasa penuh rendah diri, saya Ahmad Irfan Helmi Bin Md Radzi telah ditaklifkan sebagai Presiden Kelab Peguam Muda Jordan sesi 16/17. Saya sangat meyakini amanah ini bukanlah satu kebanggaan tetapi satu amanah yang akan dipersoalkan kepada saya selepas kehidupan ini. Justeru saya memohon petunjuk, kekuatan dan kesabaran dari Allah SWT untuk saya galas sebaik mungkin amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh sahabat-sahabat semua.
Dasar.
Perkara 8 perlembagaan KPMJ menyebut dasar penubuhan KPMJ adalah untuk
menyediakan platform kerjaya perundangan dan penerangan berkaitan melalui usahasama berpersatuan bagi mahasiswa dan mahasiswi di Jordan.
Objektif.
Manakala perkara 9 perlembagaan KPMJ menyebut tiga objektif penubuhan KPMJ;
1. Bertindak sebagai badan yang menyediakan platform pekerjaan yang berkaitan dengan perundangan dan guaman kepada mahasiswa Jordan.
2. Menjadi badan neutral yang menggalakkan perkongsian-perkongsian idea dan tenaga untuk mencapai kecemerlangan akademik dan perkembangan intelektual.
3. Menjalankan aktiviti pembangunan modal insan tentang kesedaran keadilan melalui perundangan bersesuaian dengan konteks Malaysia serta merespon terhadap isu-isu semasa yang berkaitan.
Perlaksanaan.
Bagi merealisasikan dasar dan objektif ini, KPMJ yang bernaung di bawah Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang diketuai oleh Dato' Haji Zainul Rijal Bin Abu Bakar telah melaksanakan dan akan cuba untuk meneruskan program tahunan seperti;
1. Summer Pre-Chambering (SPC) yang memberi peluang kepada ahli-ahli KPMJ untuk berpraktikal di mahkamah-mahkamah syariah dan firma-firma guaman di Malaysia. Bertujuan untuk mendedahkan kepada ahli KPMJ suasana dan merasai sendiri pengalaman serta cabaran dalam bidang kerjaya guaman.
2. Bengkel Inspirasi Guaman Syarie (BIGS) yang diadakan di Jordan bertujuan untuk memberi pendedahan secara langsung berkaitan bidang kerjaya guaman dari sudut persediaan, kelayakan dan lain-lain.
3. Lawyer : One Stop Centre (LANCER) iaitu program tahunan KPMJ yang membincangkan dan mendepani isu-isu semasa berkaitan dunia perundangan dalam negara.
4. Forum-forum berkaitan dengan isu-isu semasa, perundangan dan kepeguaman serta lain-lain.
Mengukuhkan Organisasi KPMJ.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua calon yang sanggup memberi komitmen untuk bertanding pada pilihanraya baru-baru ini. Saya juga ingin merakamkan tahniah dan takziah kepada calon-calon yang memenangi piliharaya;
1. Wan Nurliyana Najwa Binti Noordin sebagai Timbalan Presiden.
2. Muhamad Nabil Syahir Bin Halim Syah sebagai Exco Berportfolio.
2. Muhammad Haikal Bin Taib sebagai Exco Berportfolio.
3. Siti Maisarah Binti Mohd Amin sebagai Exco Berportfolio.
4. Nur Farhana Binti Abd Halim sebagai Exco Berportfolio.
Manakala untuk jawatan setiausaha dan bendahari serta perwakilan KPMJ di seluruh mantiqah akan kami umumkan selepas daripada ini. Insya Allah.
Sebaran Maklumat.
Kami akan menggunakan blog MyKpmj dan juga Facebook sebagai medium penyebaran maklumat berkaitan kenyataan rasmi dan perjalanan kelab. Diharap kepada semua ahli bolehlah melawati blog KPMJ dan jangan lupa "add-friend" facebook Kelab Peguam Muda Jordan untuk perkembangan semasa.
Mempromosikan KPMJ di Pentas Negara.
KPMJ kini bukan hanya dikenali dikalangan mahasiswa Jordan malah juga dikenali ditanah air jua. Alumni-alumni KPMJ yang kini bergerak aktif didalam dunia kepeguaman secara tidak lansung telah mempromosikan KPMJ dipersada negara. Moga selepas ini lebih ramai lagi ahli-ahli KPMJ yang akan terjun dalam bidang kepeguaman.
Kesimpulan.
Saya menyeru kepada semua sahabat-sahabat yang berada didalam KPMJ untuk terus memberi sokongan kepada KPMJ dan membantu kami dari sudut tenaga, idea dan sebagainya untuk membawa KPMJ pada sesi kali ini. Tanpa ahli, mustahil kami akan dapat bergerak kerana ahli adalah nadi kepada persatuan.
Sekian daripada saya yang serba kekurangan,
Ahmad Irfan Helmi Bin Md Radzi
Presiden KPMJ sesi 16/17



سيروا على بركة الله
واخر دعوانا أن الحمد الله رب العالمين
الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد

"Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Comments

Popular posts from this blog

Info tentang Diploma Perundangan

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri