Posts

Showing posts from 2015

Salam Imtihan Nihaie

Image
Kelab Peguam Muda Jordan mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi di seluruh Jordan. Semoga semua beroleh keputusan yang cemerlang, insyaAllah  smile emoticon Sentiasa berdoa, berusaha, kemudian bertawakal. حسبنا الله ونعم الوكيل "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbi na"

Lancer IV di Utusan Malaysia

Image
UJIAN forensik sebenarnya tidak asing dalam dunia Islam kerana pernah dilaporkan bahawa Saidina Ali k.w. pernah menggunakan air panas semasa membuktikan kesan pada pakaian wanita di dalam kes rogol. Setelah air panas dicurahkan didapati kesan yang terdapat di pakaian adalah daripada telur bukannya air mani lelaki yang sekali gus membuktikan kejadian rogol tidak berlaku. Pembuktian nasab di Mahkamah Syariah umpamanya sudah pasti akan lebih mudah sekiranya kaedah forensik diaplikasikan seperti ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Dengan perkembangan teknologi moden sekarang, pelbagai cara pembuktian kes boleh dibuat di mahkamah termasuklah kaedah forensik. Kaedah itu tidak lagi terhad kepada kes-kes pembunuhan mahupun yang melibatkan kecederaan malah turut boleh melibatkan aspek penulisan komputer, Internet, DNA dan sebagainya yang diterima di Mahkamah Syariah dan Sivil. Justeru, baru-baru ini Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) dengan kerjasama Kelab Peguam

Video Penutup LANCER IV

Image

Ucapan Perasmian Pembukaan LANCER IV

Image
Bismillahirahmanirrahim..... Assalamualaikum wrmth.... Yang saya muliakan.... Alhamdulillah, seinfiniti syukur ke hadrat Allah s.w.t di atas rahmat dan kasih sayangNya kita dapat dipertemukan di dalam satu Program LANCER IV, yang bertemakan “Dunia Forensik: Mitos, Perundangan & Syariah” Hadirin Yang Dirahmati Allah sekalian, Pada tahun ini, sekali lagi Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dengan kerjasama Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) dan Education Malaysia Jordan (EMJ) mengadakan program “LANCER IV” dengan dengan mengangkat tema “Dunia Forensik: Mitos, Perundangan & Syariah”. Sebelum saya pergi lebih jauh lagi izinkan saya untuk mengucapkan jutaan terima kaseh dan penghargaan PPMM khususnya kepada YB Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengusahakan sumbangan dana dari pihak Kerajaan Malaysia bagi program ini serta Y Bhg Dato Zainal Abidin Jaafar Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah-Wilayah Persekut

Kenyataan Presiden PPMM berkenaan isu LGBT

Kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia oleh Dato Hj Zainul Rijal Abu Bakar berkenaan isu LGBT dan hujah balas terhadap Barack Obama His Excellency Mr Ambassador Joseph Y. Yun United States Ambassador to Malaysia The U.S. Embassy in Malaysia 376, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Dear Sir, RE: STATEMENT MADE BY THE US PRESIDENT BARACK OBAMA ON THE NOTION THAT LGBT RIGHTS, SAME-SEX MARRIAGE SHOULD BE RESPECTED BY STATE (MALAYSIA) We refer the above matter. 2. We, Muslim Lawyers Association of Malaysia (Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia [PPMM]) wish to put on record our objection against the remarks made by the US President Barack Obama regarding the LGBT issues, during his visit in Malaysia, recently.

Road to LANCER IV

Image
Teater musikal HALUSinasi, LANCer IV Bersempena dengan LANCER IV, kami membawakan sebuah Teater Muzikal yang diimport khas dari bandar Irbid yang bertajuk HALUSinasi. Dibintangi oleh : Akram Zaid (Detektif Me) Zaznizam Izzat (Detektif You) Faqrullah Aken (Detektif We) Aminul El Kasmadi (Kapten Rasyid) Afifah Aqilah (Sarjan Marina) Anisah Othman (Sarah/Dr Nuha) Nabil Takiyuddin (Peguam Dakwa Rauf)

Teaser LANCER IV

Image
Forensik adalah sebuah penerapan dari berbagai ilmu pengetahuan untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang penting untuk sebuah sistem hukum dan forensik umumnya lebih meliputi sesuatu atau metode-metode yang bersifat ilmiah (bersifat ilmu) dan juga aturan-aturan yang dibentuk dari fakta-fakta berbagai kejadian, untuk melakukan pengenalan terhadap bukti-bukti fizik (contohnya mayat, bangkai, dan sebagainya). Atau untuk pengertian yang lebih mudahnya, Ilmu  Forensik adalah ilmu untuk melakukan pemeriksaan dan pengumpulan bukti-bukti fizik yang ditemukan di tempat kejadian perkara dan kemudian dihadirkan di dalam sidang pengadilan. Kegunaan forensik antaranya: 1)Information on modus operandi 2)Linking a suspect with a victim 3)Linking a person to a crime scene 4)Disproving or supporting a Witness ’s Testimony 5)Identification of a suspect 6)Providing Investigative leads Rungkaikan persoalan anda di LANCER IV pada 27&28 November ini. "Syariah Diperkasa, Kredibil

Nukilan ALUMNI KPMJ di akhbar tempatan

Image
Beliau ialah Saudara Muhammad Syafiq, Presiden KPMJ yang pertama. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina" Perkahwinan seharusnya menjanjikan ketenangan, kasih sayang dan belas ihsan sesama manusia. Sebuah perkahwinan itu tambah lebih bermakna dengan kehadiran anak yang pastinya menceriakan kehidupan berkeluarga sekali gus menjadi pemangkin ikatan kasih sayang ibu bapa dan anak. Anak bukan sahaja penyeri dan simbol kasih sayang suami isteri, bahkan aset bernilai untuk kehidupan mendatang (negeri akhirat). Mendepani kehidupan penuh pancaroba, anak harus dibekalkan dengan didikan sempurna. Selain didikan daripada ibu bapa, aspek material juga perlu diberi penekanan serius kerana anak bergantung harap pada ibu bapa. Kelengkapan asas kehidupan, keperluan persekolahan dan perubatan perlu dititikberatkan selain kefahaman berkaitan agama dengan meyakini Islam sebagai satu cara hidup sempurna. Apabila sempurna keperluan spiritual dan material, lengkaplah tanggungjawab ibu bapa meme

Kalam Presiden

Image
Mesyuarat bersama pimpinan di Mafraq, Jordan. "Alhamdulillah hari ini genap setahun saya dan beberapa rakan yang lain berada dalam pentadbiran Kelab Peguam Muda Jordan. Dan hari ini juga 15 November 2015 cukup setahun diri ini ditaklifkan sebagai Presiden dan Saudari Najwa Arifah Yasin sebagai Timbalan dalam kelab ini. Sedar tidak sedar hanya beberapa bulan sahaja lagi akan bertukar tampuk kepimpinan. Tempoh yang bagi saya cukup memberikan banyak pengalaman dan mencabar sepanjang berada dalam organisasi ini.Memimpin bukanla h suatu perkara yang mudah.  Ianya memerlukan kesabaran dan kekuatan. Pastinya setiap bermula pasti ada pengakhirannya.  Pelbagai kenangan dan memori telah tercipta. Di kesempatan ini juga saya ingin mewar-warkan pada 27&28 November ini program tahunan Kelab Peguam Muda Jordan iaitu Lawyers : One Stop Center(Lancer IV) bakal berlangsung di Universiti Al Al-Bayt,Mafraq, Jordan .Tema pada tahun ini adalah Dunia Forensik : Mitos, Perundangan &

Sumbangan untuk Syria

Image
Assalamualaikum Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia PPMM akan ke Jordan pada 25.11.2015 ini. Memandangkan lokasi program Lancer PPMM bersama  Kelab Peguam Muda Jordan  ini akan diadakan berdekatan dengan sempadan Jordan Syria. Sudi kiranya sahabat sahabat dapat menyumbang ke tabung "Sumbangan untuk Syria PPMM" bagi membantu para saudara muslim kita "Pelarian Syria" yang kini mendapatkan perlindungan oleh Kerajaan Jordan. Adzly Ab.Manas Naib Presiden PPMM Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Kunjungan Hormat ke EMJ

Image
5 November 2015 - Kelab Peguam Muda Jordan telah mengadakan pertemuan bersama En Mohd Nazrul K. Ariffin, wakil Kedutaan Malaysia di Jordan merangkap Setiausaha Kedua dan juga Prof. Madya Dr. Ahmad Sohaimi bin Lazim, Pengarah Education Malaysia Jordan. Tujuan pertemuan singkat ini diadakan bagi membincang dan menerangkan objektif Lancer IV yang akan diadakan pada tahun ini yang bertemakan "Sains Forensik". :: Dunia Forensik:Mitos,Perundangan dan Syariah :: "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Lawyer : One Stop Centre 'Lancer IV'

Image
KELAB PEGUAM MUDA JORDAN (KPMJ) sekali lagi pada tahun ini akan membawakan kepada anda program tahunan kami kepada anda semua iaitu Lawyer : One S top Centre 'Lancer IV'. Kami terbangkan beberapa individu hebat dari Malaysia bagi membincang dan mengupas pelbagai isu menarik pada kali ini.

Mesyuarat AMT KPMJ

Semalam telah berlangsungnya pertemuan sesama AMT KPMJ di Mafraq, Jordan. Mesyuarat dihadiri oleh Presiden KPMJ, Saudara Ahmad Shauqie bin Zainal Abidin, Timbalan Presiden, Saudari Najwa Arifah binti Yasin, Setiausaha Agung, Saudara Muhammad Fikri bin Khamis, Bendahari Agung, Saudara Muhammad Abdul Muiz bin Firdaus, dan Timbalan Bendahari Agung, Saudari Alifah Aqilah binti Muhammed. Pertemuan ini diadakan untuk membincangkan perancangan dan permasalahan yang dihadapi oleh pihak kelab.  Turut dibincangkan mengenai perlaksanaan LANCER IV yang akan diadakan pada November ini bertempat di Mafraq, Jordan. Sebarang pertanyaan dan permasalahan yang berkaitan, boleh hubungi kami melalui facebook Kelab Peguam Muda Jordan ataupun terus kepada AMT KPMJ.  Kami akan cuba memberikan maklum balas yang terbaik. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Slot Tahukah Anda?

Slot kali ini dikongsikan oleh Saudara Muhammad Fikri bin Khamis, Setiausaha Agung. Tahukah anda, bahawa di malaysia wanita layak untuk dilantik menjadi seorang Hakim Syarie. Tetapi hanya untuk kes-kes selain kes hudud dan qisas. ----------------------- Hakim wanita dari sisi empat mazhab Jumhur ulama iaitu Imam Maliki, Syafie dan Hanbali menolak wanita menjadi hakim tetapi Imam Hanafi menerimanya. Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, wanita boleh mejadi Hakim dalam kes-kes yang ia boleh menjadi saksi dan tidak boleh dalam kes-kes yang ia tidak menjadi saksi seperti dalam kes-kes hudud dan qisas. Hukuman yang dijatuhkan oleh hakim wanita tersebut berdasarkan perlantikan itu adalah sah dan berkuatkuasa dalam kes-kes selain kes-kes hudud dan qisas jika hukuman itu selaras dengan kitab Allah dan sunah Rasulullah.

Summer Pre-Chambering 2015

Image
Pada 19-21 September yang lalu, Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang diketuai oleh Dato' Zainul Rijal telah menganjurkan Seminar Guaman Syarie yang mana saban tahun diadakan dengan kerjasama Kelab Peguam Muda Jordan dan Mesir yang bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam, Selangor. Seminar yang berlangsung selama 3 hari itu telah memberikan sedikit sebanyak maklumat dan pendedahan berkenaan dengan tatacara guaman dan segala perkara-perkara yang  berkaitan kepada peserta-peserta SPC. Pelbagai slot telah disediakan oleh para pembentang yang hebat sepanjang seminar berlangsung. Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak penganjur yang bertungkus-lumus menyusun dan menjayakan seminar tersebut.Terima kasih juga diucapkan kepada peserta-peserta yang konsisten menghadiri seminar yang berlangsung selama 3 hari tersebut. Semoga seminar SPC yang telah dibuat dapat memberikan manfaat kepada peserta sekaligus dapat melahirkan bakal-bakal peguam dan hakim yang berkaliber akan d

Nukilan ALUMNI KPMJ di akhbar tempatan

Image
Nukilan ini ditulis oleh Saudari Nur Syairah Safiah. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Salam Aidil Adha

Image
تقبل الله منا ومنكم Kami daripada barisan kepimpinan Kelab Peguam Muda Jordan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Bersama kita tingkatkan amalan dan menghayati erti pengorbanan. Semoga amalan kita diterima oleh Allah swt. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Lawatan ke Parlimen Malaysia

Image
YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara bergambar kenang-kenangan bersama rombongan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) ketika melawat Parlimen Malaysia semalam. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Pengalaman Menyertai SPC

Image
Tahniah kepada ahli KPMJ yang menyertai SPC pada tahun ini.  Semoga pengalaman ini dapat membantu ahli serba sedikit berkenaan bidang kepeguaman. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Pengalaman Menyertai SPC

Image
Salah seorang peserta SPC pada tahun 2015 berkongsi pengalamannya. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Slot Tahukah Anda?

Slot ini dikongsikan oleh Saudara Muhsin Ubaidillah bin Muhamad Anuar, Exco Pembangunan Modal Insan dan Kendiri. Perbezaan antara Common Law dan Civil Law " Common Law " atau Sistem hukum Anglo Saxon merupakan satu istilah bahasa Inggeris yang bermaksud "undang-undang am" atau "undang-undang semua" dan merupakan sebahagian daripada undang-undang ramai negara, terutama mereka yang mempunyai sejarah penjajahan empayar British keatas mereka. ... " Civil Law " pula diringkaskan sebagai sistem undang-undang dari perundangan empayar Rom dan Justinian Kod yang digunakan sebagai kodified (undang-undang statue).

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-58!

Image
"Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Selamat Datang kepada Mahasiswa Baru

Image
Kami barisan pimpinan Kelab Peguam Muda Jordan mengucapkan selamat datang kepada mahasiswa dan mahasiswi baru bagi sesi 2015/2016. Semoga kalian diberkati oleh Allah. AHLI MAJLIS TERTINGGI PRESIDEN Ahmad Shauqie B. Zainal Abidin Tahun 4 Fiqh Wa Usuluh Universiti Al al-Bayt TIMBALAN PRESIDEN Najwa Arifah Bt. Yasin Tahun 4 Fiqh Wa Usuluh Universiti Yarmouk

Slot Tahukah Anda?

Slot ini dikongsikan oleh Saudari Nur Haziqah binti Mohamed Hafidz, Perwakilan Mu'tah. {Hukum Menggunakan DNA Untuk Menentukan Status Nasab Anak Dan Tempoh Melaksanakan Li’an Untuk Menafikan Nasab Anak} Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-101 yang bersidang pada 27 September 2012 telah membincangkan Hukum Menggunakan DNA Untuk Menentukan Status Nasab Anak Dan Tempoh Melaksanakan Li’an Untuk Menafikan Nasab Anak. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam sangat menitik beratkan persoalan nasab dan apabila telah ada dalil yang mengisbatkan nasab, maka penafiannya tidak boleh diterima melainkan dengan kaedah Li’an kerana Li’an telah sabit melalui al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijma’ dan merupakan suatu amalan taabudiah. Muzakarah juga menjelaskan bahawa Majma’ Fiqh al Islami yang bersidang pada 21 – 26 Syawal

Slot Tahukah Anda?

Image
Slot kali ini pula dikongsikan oleh Saudara  Muhamad Zulfadli B. Zulkifli Hassan, Exco Kepimpinan & Latihan Guaman. [ SULH ] Pendahuluan Panduan ringkas ini dikeluarkan bagi menerangkan secara ringkas berkenaan konsep pelaksanaan sulh yang telah diperkenalkan di dalam Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri melalui Kaedah Sulh Mahkamah Syariah. 2. Pengertian Sulh Al-Sulh di dalam bahasa Arab bererti `putus pertengkaran’ yang

Nukilan Alumni KPMJ di akhbar tempatan

Image
Nukilan oleh Saudara Iz'aan Azalan, beliau merupakan Presiden kedua KPMJ. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Agama dan Perundangan

Berita ini dikongsikan oleh Saudara Muhammad bin Abdullah, mantan Presiden KPMJ sesi 2013/2014  Dua kes penting yang akan didengarkan esok : 1) Permohonan menjadi peguam syarie oleh peguam non-muslim. 2) Kes transgender. Doakan yang terbaik. Moga baik-baik sahaja. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mahkamah-persekutuan-dengar-dua-kes-penting-khamis-69546

Slot Tahukah Anda?

Image
Assalamualaikum. Slot kali ini dikongsikan oleh Saudara Muhammad Fakhri bin Mohd Fadzli, Perwakilan Amman. Tahukah anda Dewan Negara ialah senat bagi Persekutuan Malaysia. Ia bertindak sebagai perwakilan rakyat yang tertinggi di negara ini. Dewan Negara ialah salah satu daripada dewan yang berada di Parlimen selain Dewan Rakyat. Jumlah ahli yang terdapat di Dewan Negara ialah seramai 70 orang.

Arahan dan Larangan Masuk ke dalam Dewan

ARAHAN DAN LARANGAN MASUK KE DALAM DEWAN MAHKAMAH SYARIAH A.     ARAHAN Hendaklah hormat kepada Y.A Tuan Hakim ketika masuk ke dalam Dewan dan keluar Dewan dengan berhenti dan tunduk menghadap Y.A Tuan Hakim. B.      TEMPAT DUDUK Lelaki              Tempat duduk sebelah kanan Perempuan      Tempat duduk sebelah kiri C.     SENYAP Ketika Mahkamah bersidang hendaklah senyap D.     PAKAIAN Lelaki              Pakaian sopan/tertib Perempuan      Pakaian sopan/tertib dan menutup aurat E.      LARANGAN PAKAIAN DAN LAIN-LAIN ·          Lelaki              Baju T, seluar jeans, rambut panjang melebihi paras bahu, selipar tidak dibenarkan Perempuan      Baju T, seluar panjang/pendek, mini skirt, selipar tidak dibenarkan. ·          Tidak menghisap rokok ·          Membaca Akhbar/Majalah dan lain-lain ·          Kanak-kanak di bawah umur 7 tahun kecuali dengan Kebenaran Mahkamah ·          Bersembang / Bising ·          Membawa senjata Api/

Pencarian Peserta Mooters Peguam Syarie

Assalamualaikum.. Adakah anda pernah melihat peguam membawa kes di dalam makhmah syarie ? Makluman kepada ahli KPMJ, LANCER pada kali ini pihak KPMJ sekali lagi akan membuka penyertaan kepada mana-mana ahli KPMJ yang berminat untuk menjadi salah seorang daripada team mooters untuk membuat persembahan mooting pada program LANCER nanti di hadapan delegasi para hakim mahkamah syarie yang akan dibawa dari Malaysia. Sesiapa yang berminat boleh

Selamat Datang

Image
21 Julai 2015 Selamat datang diucapkan kepada Prof Madya Dr Ahmad Sohaimi bin Lazim Pengarah Education Malaysia Jordan yang baharu memulakan tugas secara rasmi  pada hari ini. Juga untuk diperkenalkan kepada semua pimpinan persatuan dan pelajar Malaysia di Jordan. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Mafatih Mahabbah Ramadan 2015

Image
Ucapan daripada Presiden KPMJ Penghargaan buat para graduasi Slot Tazkirah oleh Dr. Ikram Adha Sesi bergambar oleh En. Kamarulzaman (Pegawai Atase Pendidikan) dan En. Alimi, serta ahli KPMJ "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Ucapan Raya daripada Presiden KPMJ

Image
Eid mubarak diucapkan kepada semua umat islam di dunia khususnya kepada mahasiswa/wi Malaysia yang berada di bumi Jordan dan tidak dilupakan juga kepada Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM),penaung dan penasihat tetap KPMJ yang diwakili oleh Dato' Zainul Rijal Abu Bakar. Syawal ialah bulan di mana umat Islam kembali kepada fitrahnya,diampuni semua dosanya setelah melakukan ibadah Ramadhan sebulan penuh.1 Syawal juga umat Islam “kembali makan pagi ” dan diharamkan berpuasa pada hari itu. Ketibaan Syawal membawa kemenangan bagi mereka yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan. Ia merupakan lambang kemenangan umat Islam hasil dari “peperangan” menentang musuh dalam jiwa yang terbesar, iaitu hawa nafsu. Perginya Ramadan tidak bermakna iman dan takwa kita hilang begitu sahaja.Inilah makna terpenting bulan Syawal. Setelah Ramadhan berlalu, pada bulan Syawal lah “pembuktian” berhasil-tidaknya ibadah Ramadhan, utamanya puasa, yang bertujuan meraih derajat takwa

Salam Takziah

Assalamualaikum.. Takziah diucapkan kepada salah seorang pimpinan KPMJ iaitu saudari Nur Haziqah binti Mohammed Hafidz yang merangkap perwakilan Mu'tah di atas pemergian bapanya ke rahmatullah petang tadi. Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat arwah.Moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin. Didoakan juga buat saudari Haziqah agar kuat dan tabah menerima ujian ini. Al-fatihah. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

MAHAR 2015

Image
Assalamualaikum semua ahli KPMJ. Selamat menjalani ibadah di bulan yang mulia ini.

Salam Perpisahan

Image
Kelab Peguam Muda Jordan mengucapkan selamat pulang ke tanah air kepada Prof. Madya Dr. Mohd Azidan bin Abdul Jabbar. Terima kasih atas segala jasa,keringat dan pengorbanan kepada kami semua di sini Mahasiswa Jordan sepanjang berkhidmat sebagai Pengarah Education Malaysia Jordan. Sungguh terlalu banyak budi yang telah ditabur. Semoga Allah membalas tiap-tiap kebaikan yang telah dilakukan. Diharapkan Prof dapat meneruskan kecemerlanga n dalam berkhidmat kepada anak bangsa serta sentiasa dipermudahkan dalam apa jua urusan. Akhir kata, terima kasih dan salam perpisahan. Kuning emas masaknya padi, Mawar merah dalam jambangan, Terima kasih daun keladi, Budi tuan jadi kenangan. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina" "Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama"

Senarai Nama Peserta SPC 2015

[Summer Pre Chambering 2015] Berikut merupakan senarai nama peserta SPC pada tahun ini beserta dengan penempatan masing-masing. In shaa Allah surat panggilan SPC akan dihantar kepada peserta dalam masa terdekat.  Tahniah diucapkan kepada semua. Selamat berpraktikal dan menimba pengalaman!  klik sini untuk senarai nama dan penempatan di mahkamah "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"