Isu Petisyen Pilihanraya Umum 13 (2013)
Bismillah.
Ramai yg bertanya tentang Petisyen Pilihanraya, saya cuba untuk menjawab dengan ringkas didalam bahasa komunikasi yg mudah utk disampaikan.
Petisyen Pilihanraya termaktub di bawah AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954, KAEDAH-KAEDAH PETISYEN PILIHAN RAYA 1954 yg membolehkan MANA-MANA PIHAK untuk mengemukakan rayuan atau bantaha...n kepada mahkamah pilihanraya sekiranya berlaku keraguan di dalam pilihanraya dan keputusannya.
Namun petisyen pilihanraya BUKAN bermaksud himpunan tandatangan mana-mana pihak untuk membantah, tetapi ianya adalah aduan/rayuan berdokumentasi (pliding) yg perlu dikemukakan kepada mahkamah Pilihanraya melalui Mahkamah Tinggi Malaysia, dan didalam petisyen tersebut perlulah mengandungi beberapa perkara penting, antaranya :
- Hak individu yang mengemukakan petisyen beserta tarikh dan keputusan pilihanraya,kawasan pilihanraya dan lain-lain
- Keterengan ,fakta dan alasan (berdasar bukti) ringkas petisyen tersebut, mengapa ianya perlu disokong
- Permintaan/tuntutan petisyen
- Senarai bantahan undi (sekiranya dituntut oleh calon yg kalah)
- Senarai bantahan lain/tuduh menuduh (sekiranya ada)
- Pelantikan Peguam Bela (plider)
Secara rumusannya berdasarkan kandungan tersebut dan tatacara kaedah petisyen pilihanraya, ianya perlu dilakukan oleh individu/perkumpulan yg berautoriti dan terlibat secara langsung dengan proses pilihanraya yg dibantah tersebut, kerana ia melibatkan gerak kerja dan pengumpulan bukti yang tersusun dan kompleks.
Petisyen yg dikemukakan oleh pihak-pihak yang TIDAK TERLIBAT secara rasmi didalam pilihanraya yg dibantah tersebut juga boleh dilakukan, namun berpotensi tinggi untuk menemui jalan buntu dan berlakunya kesukaran dan pembaziran didalam tuntutan dan pempetisyenan (pliding)
Oleh itu, KPMJ menasihatkan bagi mana-mana individu yang ingin terlibat langsung dan memberi kerjasama pada tuntutan petisyen pilihanraya ini, untuk berhubung terus dan melibatkan diri dengan pihak-pihak yang berautoriti untuk memfailkan pestisyen tersebut dan bukan bergerak secara sendirian.
Disamping itu, KPMJ juga menasihati atas dasar Kenegaraan dan Patriotisme rakyat Malaysia cintakan keadilan, sebarang bantahan yg ingin dibuat dikemukakan melalui kamar perundangan dan bukan melalui jalur demonstrasi, rusuhan serta protes liar yang tidak membantu proses petisyen pilihanraya ini. Keadilan yang dikemukakan melalui kamar mahkamah akan menjadi DASAR RUJUKAN PERUNDANGAN DAN PILIHANRAYA di masa hadapan supaya ianya tidak berulang dan menjadi lebih baik. Bergeraklah melalui tatacara dustur undang-undang dan perlembagaan untuk melahirkan masyarakat yg bertamadun madani sekaligu melehirkan Malaysia Yang Lebih Baik untuk masa depan Nusa yang gemilang.
Disamping itu KPMJ juga mengambil kesempatan mengucapkan Tahniah Kepada Kerajaan Persekutuan yg diterajui Barisan Nasional, dan juga Tahniah Kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat disamping kejayaan menambah kerusi di dalam Parlimen Malaysia.
sekian terima kasih.
" Syariah Asas Profesionalisme "
Presiden,
Kelab Peguam Muda Jordan.
Comments
Post a Comment