Simposium Minda Patriot (SMART)

  Simposium Minda Patriot (SMART) anjuran Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) telah melabuhkan tirainya pada 19 Februari yang lalu. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pencerahan kepada mahasiswa di Jordan mengenai isu penggunaan Kalimah Allah, bangsa & agama serta hal ehwal semasa. Di samping itu, program ini menyediakan platform kepada mahasiswa untuk mengemukakan pendapat melalui dialog dan diskusi secara matang dan ilmiah serta responsive tentang isu kebangsa-agamaan.



  Dengan bertemakan “Menerjah Badai KebangsaAgamaan’’,SMART dijalankan selama 2 hari iaitu pada 18 dan 19 Februari 2013 sebelah malam, bertempat di Dewan Kindi Universiti Yarmouk. SMART telah mendapat sambutan oleh ratusan mahasiswa Irbid JUST dan Yarmouk, serta turut dihadiri oleh mahasiswa mantiqah Mafraq.

  Bertepatan dengan makna SIMPOSIUM yang didefinasikan dalam kamus dewan iaitu ‘pertemuan antara para cendekiawan, pakar dan sebagainya untuk membincangkan sesuatu persoalan’, slot pertama SMART menampilkan 3 orang panelis yang tidak asing lagi di Irbid dengan program bicara siswa yang bertajuk Horizon Kebangsa-Agamaan Di Mana Kita Bersatu.


  Menampilkan Saudara Marwan Bukhari Bin Abd Hamid mewakili Universiti Terbuka Anak Muda, Saudara Ahmad Bin Khairuddin mewakili Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Jordan, Saudara Wan Muhammad Najib Bin Muhamad Daud mewakili PERMAI, serta Saudara Khairy Bin Awang Jaafar sebagai moderator, forum ini dijalankan secara 3 pusingan. Para panelis telah diajukan soalan oleh moderator pada pusingan yang pertama, seterusnya forum diteruskan dengan soalan dari panelis sendiri kepada panelis yang lain pada pusingan kedua, dan pada pusingan yang ketiga merupakan sesi soal jawab daripada hadirin kepada panelis.

Bicarasiswa Horizon Kebangsa-Agamaan : Dimana Kita Bersatu






  Manakala pada hari kedua, SMART menampilkan dua orang speaker jemputan yang diterbangkan khas dari Malaysia iaitu Tuan Haji Rahim Bin Sinwan merupakan Timbalan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Tuan Haji Karim Bin Omar mewakili MUAFAKAT dan Saudara Badrul Naim Bin Sharipuddin wakil KPMJ sebagai moderator .

  Program dimulakan dengan ucapan Pengarah SMART dan wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan, seterusnya pembentangan kertas kerja yang sangat infomatif dan membuka minda oleh speaker jemputan. Kehangatan diskusi yang mengupas tentang isu Kalimah Allah-Kontra dan Sinonim ini dapat dirasai dengan pelbagai soalan yang diajukan oleh para hadirin kepada speaker jemputan. Program diakhiri dengan rumusan oleh speaker jemputan dan bacaan doa pada jam 10.30 malam.

  Akhir kata, diharapkan agar mahasiswa mahasiswi semakin cakna terhadap isu-isu negara tanpa mengenepikan skop undang-undang , dalam masa yang sama dapat menangani sesuatu perkara dengan rasional dan bukan emosional, serta memupuk sikap keterbukaan yang lebih matang antara satu sama lain.

Ketibaab Dif-Dif VIP

Perbentangan Wakil PPMM

Perbentangan Wakil MUAFAKAT

Comments

Popular posts from this blog

Info tentang Diploma Perundangan

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri