Kelab Peguam Muda Jordan 1) Pengenalan Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) ditubuhkan pada 19 Julai 2011 hasil cetusan idea Saudara Muhammad Shafiq Mukhtar Presiden Persatuan KPMJ yang dipersetujui oleh Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Dato' Zainul Rijal Bin Abu Bakar dan telah dirasmikan penubuhannya oleh YAB Dato' Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Amman, Jordan. Objektif awal penubuhan kelab ini adalah lebih kepada berorientasikan kepada karier guaman dan latihan undang-undang bagi membentuk pelapis institusi guaman dan mahkamah syariah Malaysia pada masa akan datang serta memberi input tentang isu perundangan semasa. Ini adalah satu medium untuk Mahasiswa Jordan membina karakter dan potensi ke arah melahirkan tenaga profesional berdasarkan kepada perkongsian pintar melalui modul-modul tersusun. Dua institusi yang menjadi penaung utama kepada kelab ini adalah Persatuan Peguam Muslim Malaysia dan Education Malaysia Jordan.
Alhamdulillah, pada 15 Mei yang lalu, pihak Kelab Peguam Muda Jordan telah mengadakan satu lawatan ke Education Malaysia Jordan (EMJ) dan Kedutaan Besar Malaysia Jordan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. " Keadilan Diperkasa, Bertunjangkan Syariah. "
Pengenalan Kepimpinan Kelab Peguam Muda Jordan Sesi 2017/2018 A) AHLI MAJLIS TERTINGGI i) Presiden - Mohammad Mirzan bin Abdul Majid - Tahun 2, Universiti Mu'tah Facebook: Mirzan Majid ii) Timbalan Presiden - Puteri Raudhatul Rajihah binti Megat Indra Shahpri - Tahun 2, Universiti Yarmouk Facebook : الراجحة شهڤري iii) Setiausaha Agung - Ahmad Huzaifah bin Ahmad Fauzi - Tahun 2, Universiti Mafraq Facebook : Ahmad Huzaifah iv) Timbalan Setiausaha Agung - Siti Nur Aisyah binti Ahmad Fuad - Tahun 2, Universiti Mu'tah Facebook : Siti Nur Aisyah v) Bendahari Agung - Anas Afifi Bin Zulkefli - Tahun 3, Universiti Mu'tah Facebook : Anas Afifi vi) Timbalan Bendahari Agung - Najah Mohd Fadil - Tahun 3, Universiti Mu'tah Facebook : Najah Mohd Fadil B) AHLI LEMBAGA TADBIR i) Exco Penyelidikan dan Pembangunan Akademik - Muhammad Faisal bin Abd Ramlan - Tahun 1, Universiti Yarmouk Facebook : F...
Comments
Post a Comment