Posts

Showing posts from April, 2016

BENGKEL INSPIRASI GUAMAN SYARIE III

Image
SLOT KELIMA : Cabaran, Dugaan, dan Realiti sebagai Mooters PANEL : Mohd Hafizuddin Shah bin Abd Latip &  Hanisah binti Safiei. Aktiviti mooters Mahkamah Syariah dilihat sebagai platform terbaik untuk melahirkan Peguam Syarie dalam kalangan siswa dan siswi yang mengambil jurusan Syariah dan ilmu perundangan di institusi-institusi pengajian tinggi. Nantikan perkongsian yang menarik daripada pasangan mutazawij ini yang mana mereka telah terlibat secara langsung dalam slot mooting LANCER IV yang dibimbing oleh dua orang tenaga pengajar yang tidak asing lagi dan mempunyai pengalaman yang luas iaitu Puan Hajah Norfaizah Zainuddin dan Tuan Mohd Fasha Musthafa. Nantikan pembentangan mereka dalam Cabaran, Dugaan, dan Realiti sebagai Mooters: Suatu Pengalaman! Bersama kami di BIGS III, 7 MEI 2016 ini (SABTU) dengan tema "Syariah Dilestari, Integreti Dikagumi", hanya di Mu'tah. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan" ::Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M

BENGKEL INSPIRASI GUAMAN SYARIE III

Image
SLOT KEEMPAT: Dokumentasi, Advokasi, Persepsi dalam Prosiding di Mahkamah Syariah PANEL : Najwa Arifah bt Yasin Istimewa buat peserta yang bakal menjejakkan kaki ke dalam kamar perbicaraan, slot bersama panel ketiga bakal memberi pendedahan mengenai jenis-jenis kes dan perincian dokumen yang berkaitan. Pada masa yang sama, para peserta juga berpeluang memahami secara teori dan praktikal berkaitan kaedah perbicaraan dan penghujahan , seterusnya melakukan mooting dalam kumpulan seusai pembentangan slot. Nantikan perkongsian mengenai kaedah menyempurnakan dokumen , hujah dan fakta yang benar-benar membuatkan anda merasa bahang kehangatan kerjaya sebagai seorang peguam! Bersama kami di BIGS III, 7 MEI 2016 ini, dengan tema "Syariah Dilestari, Integriti Dikagumi", hanya di Mu'tah. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan" ::Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama::

BENGKEL INSPIRASI GUAMAN SYARIE III

Image
SLOT KETIGA : Pengenalan kepada Kes-kes Mal dan Jenayah serta Hukuman di Mahkamah Syariah. PANEL : AHMAD FARIS AINAN BIN MOHD RADZI Al-Mawardi mentakrifkan jenayah sebagai segala bentuk kesalahan menurut syariah yang boleh dihukum berdasarkan hukum Allah samada ia adalah qisas, hudud atau ta’zir. Secara umum, kes jenayah yang dibicarakan dalam mahkamah syariah melibatkan salah laku dalam agama antaranya sumbang mahram, persetubuhan luar nikah, qazaf dan liwat. Kes mal dalam konteks perundangan pula merujuk kepada kes-kes bukan jenayah yang dibicarakan di mahkamah syariah. Zahirnya, skop perbicaraan kes mal hampir menyeluruh dan merangkumi banyak aspek kekeluargaan Islam. Soroti realiti permasalahan masyarakat dalam pengenalan kes mal dan kes jenayah syariah serta hukumannya dalam slot bersama panel kedua! Bersama kami di BIGS III, 7 MEI 2016 ini, dengan tema "Syariah Dilestari, Integriti Dikagumi", hanya di Mu'tah. "Mendukung Syariah, Menegak Kea

BENGKEL INSPIRASI GUAMAN SYARIE III

Image
SLOT KEDUA: Peluang Kerjaya sebagai Pegawai Syariah dan Peguam Syarie PANEL : Ahmad Shauqie bin Zainal Abidin Seseorang manusia yang lemah dan tidak berdaya untuk mempertahankan diri memerlukan seorang pembela bagi menegakkan keadilan di pihaknya. Maka,seorang peguam mempunyai obligasi untuk membantu seseorang yang memerlukan bantuan ini dan akan memberikan khidmat guaman kepada pelanggannya untuk memenuhi harapan dan permintaan mereka. Oleh itu,bidang guaman bukan hanya terletak di mahkamah tetapi masih luas lagi bidangnya. Tidak kiralah anda di bidang syariah,muamamalat,dan ekonomi. Jom sahabat. Peluang kerjaya masih terbuka untuk anda! Bersama kami di BIGS III, 7 MEI 2016 ini (SABTU) dengan tema "Syariah Dilestari, Integreti Dikagumi", hanya di Mu'tah. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan" ::Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama::

BENGKEL INSPIRASI GUAMAN SYARIE III

Image
SLOT PERTAMA : Mahkamah Syariah dalam Sistem Perundangan Negara PANEL : Ubaidillah Asyraf bin Ahmad Shokeri Bagi pengamal undang-undang syarie, mengenali Mahkamah Syariah secara dekat bukan saja menjadi satu kemestian, bahkan merupakan satu tanggungjawab hakiki seorang peguam syarie untuk mengetahui struktur Mahkamah Syariah terutamanya dari segi hirarki dan bidangkuasa mahkamah, kerana amanah yang dipikul dalam mengendalikan kes yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh pelanggan akan akan menjadi sia-sia kerana kegagalannya memahami atau mengenali Mahkamah Syariah secara khusus. Bersama kami di BIGS III, JANGAN LUPA ISI SPREADSHEET di bawah  grin emoticon https://docs.google.com/forms/d/1CmgSvCWH7uRUDlF-FhCjrdVZy99hGZlohM_lOzYDI8E/viewform?ths=true&edit_requested=true#responses 7 MEI 2016 ini, dengan tema "Syariah Dilestari, Integriti Dikagumi", hanya di Mu'tah. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan" ::Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M

Lawatan ke EMJ dan Kedutaan Malaysia Jordan

Image
Pada 20hb April 2016, barisan kepimpinan KPMJ sesi 2016/2017 yang diketuai oleh Presiden Ahmad Irfan Radzi telah mengadakan lawatan ke EMJ dan Kedutaan Malaysia Jordan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan baru dan meminta pandangan serta nasihat bagi melancarkan lagi pengurusan KPMJ.  Semoga lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan   Kelab Peguam Muda Jordan   bersama EMJ dan Kedutaan Malaysia Jordan. "Mendukung Syariah,Menegak Keadilan"

Slot Tahukah Anda?

Image
Slot ini dikongsikan oleh Saudara Syed Abdul Hakim selaku Perwakilan Mu'tah. Perkongsian pada kali ini akan berkisarkan tentang tatacara dan peraturan yang perlu dipatuhi ketika berada di dewan bicara. Peraturan ini adalah diguna pakai di hampir semua mahkamah di seluruh dunia, termasuk Malaysia, samada mahkamah sivil mahupun mahkamah Syariah. Sumber rujukan :  http://syariah.terengganu.gov.my/dewanbicara.php "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Pengenalan BIGS III

Image
Sukacitanya memaklumkan bahawa Kelab Peguam Muda Jordan akan membawakan kepada anda Bengkel Inspirasi Guaman Syarie BIGS III untuk semua a hli KPMJ dan MPMMJ di seluruh mantiqah. Nantikan pada 7 Mei ini di mantiqah Mu'tah. Dengan tema "Syariah Dilestari, Integriti Dikagumi." Ayuh bersama kami dengan slot-slot yang begitu bermanfaat dan bersama mengenali kerjaya Guaman Syarie dengan lebih dekat lagi !!! "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan" .:Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama:.

Nantikan BIGS III

Image
Assalamualaikum wbt. Sukacitanya Kelab Peguam Muda Jordan akan membawakan kepada anda Bengkel Inspirasi Guaman Syarie BIGS III untuk semua ahli KPMJ dan MPMMJ d i seluruh mantiqah. Nantikan pada 7 Mei ini di mantiqah Mu'tah. Dengan tema "Syariah Dilestari, Integriti Dikagumi." Ayuh bersama kami dengan slot-slot yang begitu bermanfaat dan bersama mengenali kerjaya Guaman Syarie dengan lebih dekat lagi !!! "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan" .:Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama:.

Slot Tahukah Anda?

Slot ini dikongsikan oleh Saudari Anis Amalina selaku Timbalan Bendahari Kehormat. Assalamualaikum semua.. Saya ingin berkongsi tentang proses pengurusan kes mal/faraidh, Antara pembahagian kes yang diuruskan di mahkamah syariah adalah kes mal dan kes faraidh. Pengurusan kes mal/faraid ialah tuntutan yang dibuat oleh pelanggan di Mahkamah Syariah yang berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan dan harta benda terhadap sesuatu pihak yang lain. Proses pengurusan kes mal/faraidh adalah proses yg sama. Untuk info lebih lanjut boleh klik link di bawah, http://syariah.perak.gov.my/pengurusan-kes-mal-faraid/maklumat-tetap/pengurusan-kes-mal-faraid Terima kasih. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Pendaftaran SPC 2016 Kini Dibuka!

Image
Sukacita dimaklumkan, pendaftaran SPC 2016 kini dibuka kepada semua ahli KPMJ. Pendaftaran dibuka mulai hari ini hingga 21 April 2016. Borang penyertaan hendaklah diserahkan kepada perwakilan dari mantiqah masing-masing beserta yuran sebanyak JOD 5 selewatnya pada 23 April 2016. Sila rujuk link dibawah untuk mendapatkan borang penyertaan serta senarai mahkamah dan firma yang terdapat di seluruh Malaysia http:// mykpmj.blogspot.com/p/ muat-turun.html Jika terdapat sebarang persoalan, anda boleh menghubungi perwakilan dari setiap mantiqah. Amman - Nur Syahirah Irbid - Raudhatul Rajihah Mafraq - Engku Abdul Hadi Mu'tah - Syed Abdul Hakiim Jadi tunggu apa lagi, ayuh kita sama-sama merebut peluang keemasan ini. Jom sertai kami! "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Testimoni Peserta SPC

Image
Demikian kata-kata mereka setelah menyertai SPC. Pelbagai pengalaman baru yang telah mereka perolehi. Anda bila lagi? Pendaftaran masih lagi dibuka sehingga 21  April 2016. Jangan lupa untuk mendaftar! "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Slot Tahukah Anda?

Slot kali ini dikongsikan oleh Saudara Mustofa Alakhyar selaku Bendahari Kehormat. Kali ini saya ingin berkongsi Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah Tidaklah sebagaimana Mahkamah Sivil, bidang kuasa jenayah bagi Mahkamah Syariah adalah "dikurniakan" oleh Perlembagaan Persekutuan. Bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun ditentukan oleh Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984). Iai memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman maksimum RM5000.00 denda, ataupun penjara maksimum 3 tahun ataupun sebatan  6 kali ataupun gabungan antara hukuman-hukuman berkenaan. Semua kesalahan dan hukuman yang disebutkan ini adalah termasuk di dalam konsep takzir yang ditentukan oleh Islam dalam konteks kes-kes jenayah. Dalam konteks Mahkamah Syariah di Malaysia,kesalahan-kesalahan jenayah syariah ini boleh dilihat peruntukannya di dalam tiga tempat: 1) Kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Pentadbiran Agama Negeri-n

Slot Tahukah Anda?

Image
Slot Tahukah Anda diteruskan lagi untuk sesi kepemimpinan yang baru.  Slot ini dikongsikan oleh Saudari Wan Nurliyana Najwa selaku Timbalan Presiden. Assalamualaikum semua.. Untuk slot pertama untuk sesi kali ini, saya nak berkongsi sedikit tentang "Terminologi Perundangan Bahasa Inggeris-Bahasa Arab" dan "Glosari Kamus Istilah". Moga bermanfaat untuk semua,InsyaAllah.. Sumber gambar daripada : Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Summer Pre-Chambering Kini Kembali!

Image
Apa itu Summer Pre-Chambering? Apakah antara input menarik yang boleh anda dapat daripada program ini? Ayuh sama-sama kita saksikan video ini untuk maklumat lebih lanjut. Nantikan. Pendaftaran Akan Dibuka! "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Pendaftaran Keahlian Dibuka

Image
Kini saat yang dinanti oleh semua sudah tiba. Dengan sukacitanya Kelab Peguam Muda Jordan mengumumkan pendaftaran ahli baru telah mula dibuka kepada seluruh mahasiswa Jordan. Kelainannya pada kali ini, Kelab Peguam Muda Jordan akan membuka pendaftaran sepanjang tahun bermula pada hari ini. Terbuka kepada semua tanpa mengira jurusan kalian. Ahli RASMI - Jurusan Fiqh wa Usuluhu Ahli BERSEKUTU - selain jurusan Fiqh wa Usuluhu