Posts

Showing posts from March, 2015

FORUM "PELAKSANAAN HUDUD DAN CABARANNYA DI MALAYSIA MENGIKUT REALITI SEMASA"

Image
"APAKAH PANDANGAN ISLAM TERHADAP PENJENAYAH? MEREKA JAHAT ATAU ADAKAH SEBENARNYA MEREKA PESAKIT YANG PERLU DIRAWAT? SELAIN HUDUD YANG BERSIFAT PUNITIF, APAKAH ISLAM MEMPUNYAI SISTEM DAN PENDEKATAN YANG LAIN DALAM MENANGANI MASALAH JENAYAH?" "APAKAH KEADAAN (CIRCUMSTANCES) YANG HARUS TERLEBIH DAHULU WUJUD SEBELUM HUDUD? TERUTAMA DARI SEGI EKONOMI MASYARAKAT DAN SISTEM KEHAKIMAN". "REALITI MALAYSIA AKAN PELAKSANAAN HUDUD DALAM KERANGKAAN PERLEMBAGAAN, APAKAH KERAJAAN NEGERI BERHAK MEMPUNYAI SET UNDANG-UNDANG TERSENDIRI?" Assalamualaikum w.b.t. Kini saat yang dinanti-nantikan oleh semua mahasiswa sudah tiba. Dengan sukacitanya anjuran Kelab Peguam Muda Jordan & kerjasama Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah (PERMATA) membawakan kepada anda sebuah pentas forum isu perundangan negara tanah air bertajuk ;

Current Affairs : sekitar Hudud dan Parlimen

Perjalanan untuk melihat hudud dilaksanakan di negeri Kelantan masih lagi panjang dan jauh. Beberapa akta dan fasal dalam Perlembagaan harus dipinda di Dewan Rakyat terlebih dahulu. Dua perkara yang perlu dipinda ialah Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah) Bidang Kuasa Jenayah 1965 dan Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada negeri Kelantan melaksanakan kanun jenayah syariah itu. Untuk meminda dua akta ini hanya memerlukan sokongan “simple majority” atau 112 orang ahli parlimen bersetuju bagi membolehkan ianya diluluskan. Apakah cukup jumlah 112 untuk membolehkan undang undang itu dipinda di parlimen? Jika dilihat data semua ahli parlimen Islam yang ada dalam Dewan Rakyat,

Pendaftaran Summer Pre-Chambering (SPC) 2015!

Image
Kini saat yang dinanti oleh semua sudah tiba. Dengan sukacitanya, Kelab Peguam Muda Jordan mengumumkan pendaftaran SPC telah mula dibuka kepada semua ahli KPMJ.  Anda berpeluang menyertai praktikal di seluruh Malaysia! Pendaftaran SPC bermula pada hari ini sehingga 17 April 2015 . Borang pendaftaran pula hendaklah diserahkan selewatnya pada 24 April 2015 kepada perwakilan mantiqah masing masing. Yuran pendaftaran adalah sebanyak 5JD . Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan borang pendaftaran dan untuk mengetahui senarai mahkamah syariah yang terdapat di Malaysia. http://mykpmj.blogspot.com/p/muat-turun.html Jika ada sebarang kemusykilan dan persoalan bolehlah menghubungi perwakilan mantiqah masing masing untuk mendapatkan penjelasan. Amman - Fakhri Irbid - Irfan Mafraq - Shakina Mu'tah - Haziqah Ayuh semua rebut peluang ini! Kalian pasti tidak rugi sama sekali. Jom sertai kami! "Syariah diperkasa, Kredibiliti terbina."

Summer Pre-Chambering (SPC)

Image
Summer Pre-Chambering (SPC) Summer Pre-Chambering (SPC) adalah satu program yang SAMA seperti attachment kedoktoran. Malah, SPC ini juga adalah suatu latihan berpraktikal di KAMAR MAHKAMAH sebagai seorang PEGUAM bagi pelajar Jurusan Fiqh wa Usuluhu di Jordan. Ianya juga satu program PENGENALAN dan ASAS LATIHAN GUAMAN di mahkamah dan firma guaman syarie sekitar Malaysia di bawah kelolaan Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) . Objektif SPC Memperolehi pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan. Mendedahkan para pelajar kepada fungsi dan operasi firma guaman syarie. Pendedahan kepada pelajar mengenai aspek pentadbiran badan legislatif dan perundangan di firma guaman syarie dan mahkamah. Memberi pendedahan teori dan amali kepada pelajar mengenai prosiding perundangan syariah di firma guaman syarie. Syarat Penyertaan SPC (Syarat wajib) Ahli rasmi KPMJ dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Fiqh Wa Usuluhu. Ahli bersekutu KPMJ s

Booth KPMJ di Karnival Permata, Mu'tah

Image
Pada 27 Februari yang lepas, KPMJ telah menyertai Karnival Permata di Mu'tah. Setinggi-tinggi  ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi berkunjung ke booth kami. Diharapkan semuanya mendapat pengetahuan dan manfaat daripada booth ini. Moga ketemu lagi di program yang mendatang. "Syariah diperkasa, Kredibiliti terbina."