Posts

Showing posts from February, 2015

Pendaftaran Ahli KPMJ

Kini saat yang dinanti oleh semua sudah tiba. Dengan sukacitanya Kelab Peguam Muda Jordan mengumumkan pendaftaran ahli baru telah mula dibuka kepada seluruh mahasiswa Jordan. Pendaftaran keahlian bermula pada hari ini sehingga 20 Februari 2015. Borang pendaftaran pula hendaklah diserahkan selewatnya pada 24 Februari 2015 kepada perwakilan mantiqah masing masing. Terbuka kepada semua tanpa mengira jurusan kalian. Ahli RASMI - Jurusan Fiqh wa Usuluhu Ahli BERSEKUTU - selain jurusan Fiqh wa Usuluhu Yuran pendaftaran adalah sebanyak 2JD. Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan borang pendaftaran. https://www.dropbox.com/s/ciwbgvkulhdj3no/Borangkeahlian.pdf?dl=0 Jika ada sebarang kemusykilan dan persoalan bolehlah menghubungi perwakilan mantiqah masing masing untuk mendapatkan penjelasan. Amman - Fakhri Irbid - Irfan Mafraq - Shakina Mu'tah - Haziqah Ayuh semua rebut peluang ini! Kalian pasti tidak rugi sama sekali. Jom sertai kami! "Syariah diperkasa

Selamat Kembali ke Kampus!

Image
Kelab Peguam Muda Jordan mengucapkan selamat kembali menyambung pelajaran dan selamat memulakan sem baru kepada seluruh mahasiswa Jordan dengan azam baru serta semangat yang membara. Semoga sem ini lebih baik dari sebelumnya dan diharapkan sem ini menjanjikan kejayaan yang cemerlang buat kita semua. Selamat maju jaya! "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Salam Takziah

Image
Kelab Peguam Muda Jordan merakamkan ucapan takziah di atas pemergian seorang ulama yang disegani dan dihormati.  Moga Allah merahmati Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.  Moga Allah menempatkan rohnya bersama roh-roh orang beriman.  Damailah di kau di sana wahai pejuang Islam .  Al-fatihah.  "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Kunjungan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia di Jordan

6 Feb, Sweileh - Kelab Peguam Muda Jordan telah menerima kunjungan hormat Dato' Zainul Rijal dan keluarga sekaligus mengadakan perjumpaan ringkas bersama beliau. Banyak cadangan dan nasihat yang dilontarkan oleh beliau untuk terus menggerakkan Kelab Peguam Muda Jordan ke arah yang lebih baik.  Banyak juga isu yang dikongsikan bersama-sama.  Kami daripada KPMJ juga berbesar hati kerana Dato' sudi meluangka n masa bersama-sama walaupun sibuk dengan urusan-urusan yang lain. Makan malam khas juga turut diadakan bersama kedutaan Malaysia ke Jordan dan Education Malaysia Jordan (EMJ) sebelum beliau dan keluarga pulang ke Malaysia pada malam tadi. Semoga hubungan baik KPMJ bersama PPMM akan terus dikekalkan. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Lawatan ke EMJ

Image
Pada 4 Februari yang lalu, pimpinan Kelab Peguam Muda Jordan telah mengadakan lawatan ke Education Malaysia Jordan (EMJ) dalam usaha untuk meneruskan hubungan baik dengan EMJ serta mendapatkan nasihat bagi memastikan KPMJ tetap utuh sebagai sebuah organisasi yang mantap dalam memberi manfaat kepada semua. Banyak harapan dan impian serta cadangan yang telah dilontarkan oleh Prof. Azidan dan Ustaz Kamaruzzaman sendiri kepada KPMJ. Antaran ya, mereka mengharapkan ramai lagi mahasiswa Jordan yang akan berkecimpung dalam bidang ini setelah melihat sebilangan alumni KPMJ berjaya menempatkan diri dan bergelar peguam syariah di Malaysia. Ini merupakan hasil yang positif yang telah dicapai oleh KPMJ sejak tertubuhnya kelab ini. Semoga kejayaan mereka itu dapat memberi inspirasi kepada kita semua untuk turut sama menceburkan diri dalam bidang ini. Semoga KPMJ terus mengorak langkah menuju kejayaan dan kegemilangan. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"